Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Thursday, February 9, 2012

Roti Sosej - Resepi Basic Dough



Assalamualaikum.
Hmm...lama betoii Mas tak meroti....sampaikan tepung roti dalam balang tu berkulat2 la.....kene la beli tepung baru untuk meroti...lagi pun mood meroti sudah mari..he3
Dah lama teringin nak buat roti sosej gini....jadi bila mood meroti dah berkobar2...terus Mas buat roti sosej ni yang menggunakan resepi dari Basic Dough, resepi dari Kak Nor - Secubit Garam. Basic Dough ni adalah resepi peberet Mas tau....macam2 jenis roti boleh dihasilkan dari resepi ni..boleh lihat pelbagai roti yang dihasilkan dari Basic Dough tu DISINIDISINIDISINIDISINIDISINIDISINI yerk....lembut gebu jerk roti tu...memang best.....boleh juga skondeng dapur Kak Nor untuk melihat pelbagai roti yang dihasilkan dari basic dough tu.....jadi, Mas tempekkan lagi resepi Basic Dough tu...

Basic Dough
Sumber : MasDuniaku

Bahan :
380gm tepung high protein ( tpg roti ) 
3 sudu besar susu tepung - tak letak
80 gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 biji telur A
100 ml air - Mas guna susu segar sedikit suam @ suhu bilik
100g m water roux
1/2 sudu kecil garam
30 gm butter 
30 gm shortening




Kaedah 1 -  jika menggunakan BM:

Masukkan bahan cecair kedalam BM spt air dan telur. Kocokkan sket dgn garfu.
Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali butter dan shortening.
Pastikan gula dan yis diletakkan di penjuru berasingan dari garam ini kerana gula akan lebih mengaktifkan yis manakala garam pula mengurangkan @ mematikan yis.
Tekan suis on pd BM dan bila doh dah mula membentuk bulat masukkan butter dan shortening.
Biarkan proses menguli hingga selesai.
Utk menghasilkan doh yg lebih lembut, ulangi proses menguli utk 2 kali.
Setelah selesai proses menguli, biarkan doh naik 2x ganda.
Boleh dibentuk ikut citarasa sendiri.
Bakar doh dgn kepanasan oven 180 -190C dengan api atas bawah lebih kurang 20 - 25 min  atau sehingga masak.
Sapukan sedikit butter ke atas roti yg dah dikeluarkan dr oven (utk mengilatkan permukaan roti)


Kaedah 2 - Jika menguli menggunakan tangan:

Masukkan yis, sedikit gula, 2 sudu tepung dan 100ml air kedalam sebuah mangkuk. Kacau hingga sebati dan biar hingga naik dan berbuih.
Masukkan tepung roti, susu tepung, garam, lebihan gula ke dalam satu bekas berasingan. Kacau2 hingga rata.
Masukkan telur dan water roux. Gaul hingga sebati baru la dimasukkan bahan no1.
Gaul lagi hingga hampir membentuk doh, masukkan butter dan shortening, sedikit demi sedikit. Adunan mungkin agak lembik tp teruskan menguli.
Uli hingga doh menjadi kenyal dan lembut. (kalau masih terlalu lembik boleh la ditambah sedikit tepung dan uli lagi hingga lembut)
Tutup bekas dgn rapat atau boleh menggunakan plastic cling supaya udara tak keluar.
Biarkan doh naik 2x ganda dan boleh la teruskan dgn step no8 dan seterusnya.


Nota :
sori la ya,kaedah nampak agak panjang sbb K.Nor tak reti nak buat pendek2. Rasa cam tak complete jer kaedah buat roti kalau main pendek2. Kang nanti org yg tak pandai or tak pernah buat roti tak faham cara nk buat roti ni. Bagi yg dah biasa, dah expert dgn kerja2 buat roti, gerenti dah faham dan tak perlukan kaedah membuat tu. Semua step buat roti biasanya sama jer kalau main campak dlm BM cuma yg tak biasa jer mungkin nampak cam cerewet jer nak buat roti.




20 comments:

  1. heheh sedapnyer...saya pon hari2 buat utk sekolah tapi doh tu guna yg En Mat punya....memang sedap...memang habis sokmo... :)

    ReplyDelete
  2. oishii sou
    adeh nak buat tepung roti dah habis
    tgk pic mcm mini pizza yg juai kat kedai...pandai akak but....rajin!

    ReplyDelete
  3. Mas

    eh ah ah la..cam sepusat sepusing, bentuk jer asing2 gitu Mas, roti kita hahaha:)

    ReplyDelete
  4. pergghh lekat air liur kak nor muah tu. hahaha.. aku pun suke resepi ni. nanti ler rajin dan en mahmood aku dah datang nanti leh la meroti. panas2 ni elok bebenor la kan

    ReplyDelete
  5. As'salam Mas

    tiup angin rajin meroti tu kat k.ct cepattttt! hehehe

    ReplyDelete
  6. Mula2 nampak kat dsppur yat, sekarang kat sini huhuhu lagi semnagat le nak meroti weekend ni. Jgn hangat2 ta.. ayam sudah. hehehe sori erk

    ReplyDelete
  7. Salam winduuuu kak mas!!!!! roti ada lagi tak??? akak sihat??? bb dlm pewut sihat??? Makan byk2 tauuu sbb ada lg sorang dlm perut tu yg makan :D Mekaseh dtg singgah, kita ni baru sibuk nk jengah2 blog org, baru nk free sikit niii, tak byk pun freenyerr ni kak, ambik free akak sikit ya kasi ke kita sikit, penatt betulll lerrr ehehehe... dtg umah org bebel2 tak tentu pasal ya kak :D

    ReplyDelete
  8. Mas,nampak sedap sangat roti sosej tu..gue tengok macam pizza pun ada kan?

    ReplyDelete
  9. Adoiai!...sedapnya ...sume org dok tayang roti2 ni...mintak kat Mas je lah...boleh kan...boleh kan...:)

    ReplyDelete
  10. wahhh massss..sabar je la nengoknya...huhuhu

    ReplyDelete
  11. kalau roti2 mcm ni mmng kegemaran anak2 akak...kalau buat mesti kena lebih punyerrrrr...

    ReplyDelete
  12. Fuh meleleh air liur tengok roti sosej Mas ni! Gosh...sedapnya!

    Brought you some udang goreng berkunyit :)

    ReplyDelete
  13. salam mas..yaa ampunnn... terliur aku tgk roti ko mas... gebu je nampaknye tu..aish!! rajin tul makyong ni meroti eks.. bg aku seketul mas..tak tahan..lame x meroti :)

    ReplyDelete
  14. uikkk mek jah... mana ada air liur yg melekat, kang dah lap tu.. huh.. ngada ya.. hehe

    ReplyDelete
  15. Salam kak mas,
    :D femes sungguh doh roti ni. beruntungnya kalu ada BM.... malasnya nak nguli. :D

    ReplyDelete
  16. wah mmg nampak sedap ler roti tu mas.. rajinnya mas buat... nie fav irfan nie.. tp akak nie bab meroti slow ckit.. hehheee.. beli jer memanjang..

    ReplyDelete
  17. sorry..nk tau water roux tu aper..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...