Assalamualaikum.
Bila Kak Diana entrykan Sambal Ayam Udang Kering ni hari tu..terus teringin mencubanya...jadi Mas buat 2 hari kemudiannya....hmm...memang sedappp sebab ada ramuan udang kering dalamnya....rasanya kalau dimakan Sambal Ayam Udang Kering ni dengan nasi lemak lagi bestt...Kak Ct Delima pun dah mencubanya....maceh yerk Kak Diana atas resepi Sambal Ayam Udang Kering ni....memang sedappp....
Sambal Ayam Udang Kering
Resepi : Kak Diana
Sumber : Kak Ct Delima
Bahan² :
900 gm ayam - dibuang kulitnya dan dipotong kecil
1 genggam udang kering - direndam dalam air panas, ditoskan dan ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
1 biji bawang besar - dibelah 2 dan dihiris
2 biji cili merah - dihiris menyerong
2 biji cili hijau - dihiris menyerong
3 tbsp cili kering kisar
1 tsp perencah pati ayam Tumix
100 ml air
Garam jika perlu
Gula melaka secukup rasa
Daun sup - dihiris ( boleh juga guna daun ketumbar ) - Mas x letak
Minyak untuk menumis
Bahan² Perap :
1/2 tsp minyak bijan
1 tsp seasoning Maggi
3/4 tsp garam
1 tsp gula
1 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
1/2 tsp serbuk cili
1 tbsp tepung jagung
Cara memasak :
Perap ayam bersama bahan perap selama 30 minit dan goreng ayam 3/4 masak.. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga sedikit garing.
Masukkan cili kisar dan tumis selama 3 minit.
Setelah itu masukkan udang kering dan tumis seketika.
Masukkan gula melaka dan gaul rata..Tumis sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan ayam goreng dan gaul rata.
Tambahkan air dan perencah pati ayam.. Bubuh garam secukup rasa jika perlu.
Setelah ayam empuk bolehlah masukkan bawang besar, hirisan cili merah dan hijau. Gaul rata dan masak seketika lagi.
Angkat dan sedia untuk dihidang.
Taburkan daun sup / daun ketumbar semasa menghidang.
Nak cuba jugak nanti. Nampak sedap.
ReplyDeleteyumm yumm..bole la cuba juge nanti..tq ya
ReplyDeletemmng sungguh menyelerakan..lenkali leh cuba resepi ni plk..tq Mas..
ReplyDeleteSalam Mas,
ReplyDeleteNampak sungguh menyelerakan ayam yg Mas masak tu
udang kering dengan udang.. wah menarik u... tapi cam biasa. stok udang yilek...nak rasa kuah2 je pun boleh lerrr
ReplyDeleteSedapnya..nanti saya nak cuba resepi nie.Tq
ReplyDeleteSalam Mas. akak lewat hari ini...pagi2 dah ke pasar cari stok..senang tenguk ayam Mas ni...ada lagi ke? Rasanya esok bolehlah try
ReplyDeleteConfirm nak buat ni soon! Sedapnya tengok Mas buat..adeyyyy! :)
ReplyDeletesalam mas...mengodanya asam mas ni.K.atie dtg bawak nasi....
ReplyDeletememang kuye2 betul le akak ni. ermmm nak buat macam mana.
ReplyDeleteisyyy.... terlior la Mas tgk sambal ayam tu...
ReplyDeleteAssalamualaikum mas..
ReplyDeleteterima kasih kerana mencuba resipi nie.. :)