Search This Blog

Wednesday, February 8, 2012

Rendang Pedas Ayam



Assalamualaikum.
Rendang Ayam yang menjadi menu utama family Mas...kesukaan anak2 dan suami...selalunya Mas buat kering, biar berserdak2 gitu...tapi kali ni sajerk Mas buat berkuah....tetap marbeless rendang pedas ayam ni....sedap dimakan dengan pulut, ketupat, roti dan nasi putih...jadi meh layan dulu Rendang Pedas Ayam .....untuk lihat Rendang Pedas Ayam versi kering, boleh lihat DISINI.

Rendang Pedas Ayam
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1/2 ekor ayam
1 biji bawang besar dihiris halus
1 helai daun kunyit dihiris halus
 1/2 inci halia - dikisar @ tumbuk halus
 1/2 inci lengkuas - dikisar @ tumbuk halus
 2 batang serai - dikisar @ tumbuk halus
1/2 inci kunyit hidup - dikisar @ tumbuk halus
 1/2 sudu kecil garam kasar - dikisar @ tumbuk halus
 3 ulas bawang putih - dikisar @ tumbuk halus
cili kisar - ikut pedas
santan dari 1/2 biji kelapa
gula secukup rasa
3 sudu besar kelapa parut - ditumbuk sedikit


Cara memasak :
Masukkan ayam yang telah dibersihkan ke dalam kuali. 
Masukkan bahan - bahan yang dikisar atau ditumbuk halus . Gaulkan atau sebatikan dengan ayam. 
Masukkan bawang besar, daun kunyit yang dihiris halus, santan ( santan tu dituang biar sampai ayam tenggelam ), cili kisar, kelapa parut dan gula. Gaul sebati.
Buka api sederhana dan masak rendang tadi hingga masak. Sentiasa kacau rendang semasa memasak agar rendang tak hangus. Jika rasa kurang masin boleh tambah garam halus. 



19 comments:

  1. hai mas hemm sdpnya rendang ayam pedas...lama x buat rendang..suka yg mcm ni basah2.....nak cuba juga...

    ReplyDelete
  2. Salam Mas

    how r u dear? ayam kalo dimasak rendang memang kesukaan budak2 kat sini..esp ada pedas2 sket, sure laju jer makan

    ReplyDelete
  3. morning kak mas! rajinnyer masak rendang. kalau tun, wat rendang time raya je. hihi

    ReplyDelete
  4. Aduhai Mas...pagi2 dah goda akak dengan rendang ayam ni. Kat umah ni kalau rendang ayam mesti kena masak 2 ekor..tak leh sikit2nya

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum mas..
    sedaaap!! rendang ayam memang sedaaap!! akak pun suka.. tambah2 lg hubby akak.. mmg fav dia nie.. teliur akak tgk dah ..

    ReplyDelete
  6. Sheila Shafeareen,

    selamat mencuba kak..
    nanti hulur la semangkuk yerk..he3

    ReplyDelete
  7. Yat Maria,

    sama la kat rumah mas..
    rendang memang laku..he3

    ReplyDelete
  8. tun_telani,

    tun..klu dulu....memang mak kak mas buat rendang masa raya jerk..
    tapi bila dah kawin...
    dah biasa dengan family mertua yang selalu buat rendang..he3

    ReplyDelete
  9. Paty's Kitchen - Cook with passion.

    akak..hmm...kat rumah mas pun..
    selagi tak abiss rendang tu..
    berulang anak2 meratah...

    ReplyDelete
  10. Diana @ Melley Mey ,

    sama ngan hubby mas..suka sangat rendang..
    sampaikan anak2 pun terikut2..he3

    ReplyDelete
  11. mas nasib baik la kita dah masak rendang ayam minggu lepas..kalau dak leh gigil nengoknya...hehehe

    ReplyDelete
  12. Apa macam ni Mas?..pagi2 tengok rendang..tak tahan gue..adoii telan2 liur je la.

    ReplyDelete
  13. sedapnya mas,kalau dpt makan dgn nasi impit mmg syok betul nih..:)

    ReplyDelete
  14. quinnie,

    kikikikiki...
    nasib baik kan...
    klu tak..ada gak yg termimpi2..he3

    ReplyDelete
  15. rahel,

    he3...sabo rahel...
    sila jamu mata yerk..

    ReplyDelete
  16. anymz,

    kak anim...
    hingga menjilat jariku..he3

    ReplyDelete
  17. Waaa Mas...k.gee suka makan rendang ayam dengan pulut atau lemang... rasa nk raya pulak....

    ReplyDelete
  18. Salam Mas..Sue kalau rendang2 macam ni suka makan ngan pulut especially pulut kuning....

    ReplyDelete
  19. Lagi pedas lagi bagus...kan kan Mas...bak la sikit bagi kak cek merasa...tak kempunan kita tau...:)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.