Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Friday, May 20, 2011

Vietnamese Spicy Lemongrass Chickenr



Assalamualaikum. Menu lunch anak2 semalam, Mas try resepi ayam yang best ni, Vietnamese Spicy Lemongrass Chicken, memang sangat best ayam ni....rasa manis, pedas tu amat serasi la.....Ain ngan Daniel pun suka.....memang betul kata Izahdaut tentang kesedapan ayam ni...rasanya akan dibuat lagi nanti...maceh pada Tulip77 yang sudi berkongsi resepi ayam yang sedapp ni di Myresepi...tengok respon kat Myresepi, ramai gak yang dah mencubanya......

Vietnamese Spicy Lemongrass Chicken
Bahan ( 5 org ) :
  • 3 keping isi ayam, potong saiz kecil2 * Mas ikut Izah goreng sebentar 
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 3 batang serai - ketuk
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar - dipotong dadu
  • lada merah & lada hijau - dipotong menyerong

Cara memasak :
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan gula dan biarkan sebentar hingga bertukar warna gelap. Masukkan ayam dan bawang.
  2. Lepas 5 minit masukkan serai dan lada. Perlahankan api dan masuk bahan2 lain dan gaul biar sekata. Jika kering masukkan sedikit air.
  3. Rasa dan adjust apa2 yg terkurang. Hidang panas2 dengan nasi putih.

12 comments:

  1. sedapkan mas.. manis masam pedas.. wooww.. best best.. nampak kuah kuah likat gitu lagi best

    ReplyDelete
  2. As'salam Mas

    woww! cepatnya dah masuk dapor Mas, kak ct semalam baru plan nak masak hari ni :D sedap ehhh..kena masak lebih2 ni beli sekor ayam cukup lah kan... hihihi


    Ada old town white coffee bun ...nape tak perasan semalam..boleh mengendeng ..hihihi

    ReplyDelete
  3. izahdaut,

    betul tu makcik..
    aku suka la...
    ain ngan daniel pun suka...
    sempat gak bebudak tu ulang makan malam tadi...

    ReplyDelete
  4. kak ct,

    akak..masak lebih kak...memang sedapp ayam ni....terbaikkk

    ReplyDelete
  5. jauh tu Mas..sampai Vietnam.. eee..kita tengok sedap jer..terliur tau...

    ReplyDelete
  6. kak Nazrah Bakery & Dunia Kuih,

    kikiki..memang best kak ayam ni....
    sedapppp...

    ReplyDelete
  7. Sedap ke Mas, ira ni pantang org cakap sedap. Berkobar2 nak buat...

    ReplyDelete
  8. menyelerakan sungguh ayam ni...nak wat gaklah...terliur je tngk..roti kat bawah tu pun gebu betullah....laporrrr bila singgah sini...

    ReplyDelete
  9. Masssss.. sedap mas.. nak buat jugak...

    ReplyDelete
  10. Wanieyra,

    serius sedapp ira..
    try la buat...

    ReplyDelete
  11. kak Yatie,

    akak tak try lagi yerk...
    try la buat kak..
    memang best ayam ni..

    ReplyDelete
  12. kak naz,

    akak..memang sedapp kak...
    selamat mencuba yerk...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...