Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Monday, May 9, 2011

Ayam Masak Hijau Berempah



Assalamualaikum. Bersiaran lewat ari ni, baru jer balik dari bawa Ain ngan Daniel gi cabut gigi. Mc la bebudak berdua tu, masing2 mengadap cermin nengok gigi depan yang dah hilang tu..he..he...Ayam Masak Hijau Berempah resepi Kak Nor ni dah banyak hari dah Mas buat...lupa lak nak n3 kan. Memang sedapp ayam ni...terasa rempah tu dan rasanya yang masam pedas memang best. Abang cicah ngan roti jerk...kalau tengok Ayam Masak Hijau Berempah Kak Nor, agak kering sikit..jadi Mas buat berkuah sebab anak2 ni kalau makan nasi mesti nak berkuah dan Mas letak kentang jerk.....

Ayam Masak Hijau Berempah
Bahan:
  • 3/4 ekor ayam ~ dipotong
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • 5 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1/2 in halia *
  • 3 biji cili hijau *
  • 5 - 7 bj cili padi hijau *
  • 1 pokok daun sup * ~ (* diblend)
  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1/2 cawan air
  • garam
  • gula
  • 1 biji limau nipis
  • secekak kacang buncis ~ dipotong
  • 1 biji cili ~ dihiris serong
  • sedikit hirisan daun sup ~ utk ditabur
  • minyak
Cara memasak :


  1. Panaskan minyak dan goreng ayam yang diperap dengan garam dan serbuk kunyit hingga masak.Toskan.
  2. Tinggalkan 5 sudu minyak dan masukkan bahan2 yang diblend.
  3. Tumis hingga garing dan masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih.
  4. Tumis hingga wangi dan masukkan 1/2 cawan air.
  5. Biarkan hingga pecah minyak dan masukkan garam, gula dan ayam yg digoreng tadi.
  6. Gaul hingga sebati dan masukkan perahan limau nipis, kacang buncis dan cili yg dipotong serong.
  7. Goreng seketika dan padamkan api.
  8. Hidangkan dlm pinggan dan taburkan hirisan daun sup.



27 comments:

  1. Assalamualaikum.. Napa warna kuning erk? hahahaha

    ReplyDelete
  2. Ira pun hari tu cuti semata-mata nak bawa 4 orang semua gi klinik gigi. rupa-rupanya keempat-empat kena tampal, asalnya sorang je berlubang....

    ReplyDelete
  3. happy belated mothers day mas.... aku pun masak ala2 bercili padi jugak ari nih.. same2 lah kite berasap yer..ekekek

    ReplyDelete
  4. ehhh dah buat rupanya masakan ayam ni ya.. mekasih sudi try :)

    ReplyDelete
  5. akak pun nak cuba jugak tapi tunggu budak bujang 2 org tu balik mas.. sebab yg tinggal kat rumah ni tak minat ayam... nanti akak jugak yg nak kena bagi perabis... aduyaiii....

    ReplyDelete
  6. boleh makan ke budak2 tu..abis tu dah cabut gigi...

    ReplyDelete
  7. eh!dah buat ya mas..akak belum try lagi..ayam pun tak sempat nak cekau..ikan je melambak lam freezer tu..huhu

    ReplyDelete
  8. Kak mas,
    Nmpak sedap ayam tuh,lam bhgian dada yg banyak,huhu..Nnti leh la try..

    ReplyDelete
  9. Kak mas,nak kata lam peti ais,huhu..

    ReplyDelete
  10. Satu lagi lau fav kak cek...nak mintak seketul Mas...sedapnya makan ngan nasi putih panas2...Wow!

    ReplyDelete
  11. salam mas..lama akak x dtg sini...
    sedap npk ayam msk ijau...happy belated mothers day mas....

    ReplyDelete
  12. nmpk sedap ayam hijau berempah tu..leh cuba ni...laporlah tetiba...

    ReplyDelete
  13. kak sam,

    entah la kak sam...nape ayam tu tak nak ijau sangat..
    gasak la..janji sedappp...

    ReplyDelete
  14. cikmanggis ,

    betul3 tu cm..memang best...

    ReplyDelete
  15. Wanieyra,

    tu la..bawa semua sekali..senang kerja kan....he..he.

    ReplyDelete
  16. nOOrsha,

    maceh sha..aku buat tak pedas sangat sha...maklum la bebudak makan sama..he..he..

    ReplyDelete
  17. K.Nor ,

    dah buat kak...bestkan ayam ni..mas suka..he..he..

    ReplyDelete
  18. kak AZLITA AZIZ,

    selamat mencuba kak..mesti anak2 akak suka..he..he..

    ReplyDelete
  19. kak Nazrah Bakery & Dunia Kuih,

    tu lauk 3 hari lepas kak..he..he..
    hari ni mas goreng dada ayam jerk..makan ngan pajeri nenas...
    alhamdudillah...tak de masalah makan tadi...

    ReplyDelete
  20. Anna Qawina,

    selamat mencuba anna,,
    nanti anto kat aku sikit tau..

    ReplyDelete
  21. kak anim,

    akak..pada mas...guna ikan pun ok gak kak...try la buat kak...

    ReplyDelete
  22. Zaliedana,

    ct..kak mas guna dada ayam tau...memang best...

    ReplyDelete
  23. cik cek,

    kak cik...dah abiss la..dah banyak hari mas buat..
    memang best makan ngan nasi panas2...he..he..

    ReplyDelete
  24. kzai ,

    selamat hari ibu untuk akak juga..
    memang best kak ayam ni...

    ReplyDelete
  25. kak yatie,

    selamat mencuba kak..
    memang best ayam ni...
    sedapp...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...