Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Monday, June 21, 2010

TOMYAM



Tomyam ni Mas masak untuk tengahari semalam, ari tu tengok ada tomyam kat rumah kak Hana, jadi teringin pulak, lagi pun anak - anak ngan suami pun suka ...tomyam ni mas makan ngan nasi panas dan telur dadar, memang sedap....


Bahan :
  • ayam dan udang -ikut suka nak banyak mana
  • bebola ketam
  • 3 kiub tomyam 
  • 1 batang serai - dititik
  • 1 biji tomato - dibelah 4
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 biji bawang besar - dibelah 4
  • bunga kobis 
  • 5 biji cili padi - ditumbuk pecah sedikit 
  • 1 sudu besar oren sunquits
  • 2 biji jus limau nipis
Bahan kisar :
  • 1 biji bawang besar
  • 1 biji tomato
Cara memasak :
  1. Masukkan ayam dan air kedalam periuk dan biar mendidih.
  2. Masukkan bahan kisar, daun limau purut, serai, cili padi, bawang besar, tomato,bebola ketam dan kiub tomyam. Biar mendidih.
  3. Apabila ayam kelihatan masak ,masukkan udang, bunga kobis, pati oren sunquits dan jus limau nipis.
  4. Bila udang kelihatan kemerahan bolehlah tutup api dan dihidangkan.


3 comments:

  1. salam kak mas,
    segarnya hirup kuah tomyam, terasa2 kat tekak dah ni.. hihi

    ReplyDelete
  2. letak oren ek bagi masam..ha ah..good idea tul la...

    ReplyDelete
  3. indah
    memang terasa masam dan pedas tomyam tu...sedap tau

    izah
    mas dapat petua dari kawan,sedap tau izah

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...