Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Friday, June 25, 2010

CHIFFON COKLAT



Salam semua....Mas buat Kek Chiffon Coklat ni 1/2 adunan je,sebab tu nampak kek tu tak berapa nak tinggi, rakyat kat rumah ni tak ramai, jadi buat sikit je la...nak merasa je...geram juga tengok Kek Chiffon Coklat kat rumah Kak Hana, semalam Izah pun buat juga, memang sedap kek ni, lembut dan gebu....resepi Mas copy dari rumah Kak Hana, tima kasih ye kak....



CHIFFON COKLAT 
Copy : Kak Hana 

Bahan A
  • 4 kuning telur (gred A)
  • 135 ml air
  • 85 ml minyak jagung (minyak masak pun boleh)
  • 1/4 camca teh garam halus
  • 100 g gula halus
  • 135 g tepung gandum 
  • 15 g serbuk koko
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1 camca teh baking powder
Bahan B
  • 4 putih telur (gred A)
  • 90 g gula halus
  • Secubit cream of tartar - mas tak letak

Cara-cara
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan garam, gaul rata dan ayak. Satukan kuning telur bersama gula halus (bahan A), kacau rata dan tuang air, kacau hingga gula larut. Masukkan bahan yang diayak tadi dan gaul hingga sebati, tuang minyak dan esen vanilla, kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Putar putih telur hingga kembang, masukkan gula halus (bahan B), dan cream of tartar dan terus memutar hingga pekat.
  3. Campurkan putih telur tadi ke dalam adunan no 1 dan kacau dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik hingga sebati.
  4. Tuang dalam tin chiffon yang bersaiz 23 cm (jangan sapu mentega pada tin) dan bakar 45 - 50 minit hingga kek masak. Keluarkan dari oven dan terbalikkan tin serta merta dan biarkan kek berada dalam keadaan macam tu sehingga betul2 sejuk.
  5. Bila kek sejuk, sisip tepi tin dengan pisau untuk melonggarkannya. Buat sama juga untuk bahagian dasarnya, keluarkan kek dari tin, potong dan siap untuk dihidang.

4 comments:

  1. mas..wah 2 biji telur pun jadi cantik jugak kan kek tu...saya pun tak ramaai kat rumah ni, tapi kalau kek lembut mcm ni sekejap je habisnya.1/2 untuk umminya, 1/4 untuk anak, 1/4 lagi untuk ayahnya..kholasss...

    ReplyDelete
  2. eksperimen berjaya...he..he..masalahnya 2 orang jer makan, mas ngan daniel je, ain demam..tak lalu makan, suami mas tak balik ari tu...disebabkan semangat nak rasa kek tu, buat juga...sedap kan izah...

    ReplyDelete
  3. Salam Mas,
    waaa dah buat gak ya kek chiffon coklat....nape buat setengah adunan, akak punya bahagian ada tak....nmpk sedap kek tu...akak pun nak cuba gaklah...

    ReplyDelete
  4. mana boleh tahan ,semua orang dah buat..he..he..rakyat tak ramai la kak..memang sedap kek ni, lembut je...ada lagi 2 ketoi dalam bekas tu, mas bagi akak rasa ye......

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...