Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Thursday, June 10, 2010

Ayam Masak Santan Berlada



Assalamualaikum. Layan Ayam Masak Santan Berlada ni Mas copy resepi dari majalah RASA ni untuk lunch hari ni, sedap tau, tak tahu nak masak apa, itu yang membelek2 majalah cari resepi, selain dimakan dengan nasi sesuai juga dimakan dengan roti atau pulut,

Ayam Masak Santan Berlada
Resepi : Dari majalah Rasa
Bahan :
  • 1/2 ekor ayam
  • 250 ml santan
  • 1 helai daun kunyit
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar :
  • 10 biji cili kering - nak pedas boleh letak lebih
  • 3 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 biji buah keras
Bahan Tumis :
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
Cara memasak :
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga garing.
  3. Masukkan ayam dan masak hingga ayam kecut sedikit.
  4. Masukkan santan dan daun kunyit.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6.  Masak hingga kuah kelihatan agak pekat.
  7. Sedia dihidangkan.

14 comments:

  1. salam kak mas..

    wow...sedapnya...ayu nak cuba lah..
    tq for sharing

    ReplyDelete
  2. ayu
    memang sedap ayu, cubala..mesti menjilat jari nanti..

    ReplyDelete
  3. Salam Mas,
    sedapnya tngk ayam msk santan berlada ni....ni akak bawakan ayam masak minang utk Mas...kita tukar2 ya..

    ReplyDelete
  4. nampak sedap...mesti sedap...mesti masa numis tu bau semerbak e kan

    ReplyDelete
  5. kak yatie
    boleh ....mas pun tergoda tengok ayam masak minang akak tu...nampak sedap la...

    izah
    mesti la sedap izah,jangan cerita baunya masa menumis, wangi, daniel tengah main boleh masuk dapur tanya mas masak pe...he..he..

    ReplyDelete
  6. Mas...ayam sentiasa menjadi hidangan feveret anak2...masak apa pun diorang suka...

    ReplyDelete
  7. salam kak mas,
    Huwa...! kalau lauk wangi2 camni, meemang buat saya terliur. nampak sedap ayam santan berlada ni. Yum.. yum...

    ReplyDelete
  8. Salam Mas.. ni mkn ngan nasi impitpun sodap ni.. kan.. kan..

    ReplyDelete
  9. kak anie
    sama la tu kak,anak2 mas pun suka ayam, masak ape pun takpe, mas je yang kadang2 pening nak masak pe,asyik masak yang sama pun boring juga, tu yang kadang2 membelek2 juga resepi kat majalah...

    indah
    hari ni kak mas nak goda indah plak lauk ayam masak santan berlada ni, terliur ye...cepat2 masak tau...he..he..

    erma
    memang kena erma,sedap tu...lain kali kak mas masak kena buat nasi impit plak, cadangan yang bagus..he..he..

    ReplyDelete
  10. membelek di sini..
    mak tengah cari resepi apa nak masak kenduri ni.. untuk pengantin..

    ReplyDelete
  11. cikgu isza
    sila2 cikgu...dah jumpa ke..kalau tak de rumah kawan2 yang lain pun ada juga..masak untuk pengantin mesti yang special kan cikgu..

    ReplyDelete
  12. memang menarikkk ni... masak lemak tapi pedas yekkk!

    ReplyDelete
  13. izan
    cuba la buat izan, mana tahu kena dengan selera izan..bagi mas memang sedap...

    he..he..macam ni nisya, jadi mak kena la rajin.kan..kan...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...