Search This Blog

Friday, April 13, 2012

Roti Inti Sambal Bilis



Assalamualaikum.
Bersiaran lagi setelah menyepi seketika....tetiba pulak fb buat hal..tak boleh buka paparan halaman...jadi kosonggg....semua komen2, Mas tak dapat baca....aduhh...bengang dibuatnya...bila tengok kat fb ( bantuan ) rupanya ramai yang masalah fbnya sama macam mas....nanti2 la godek lagi ....kalau ada yang pernah alami masalah sama macam Mas..tolongggg yerkkk..dah restart balik lappy ni tadi macam yang Izah ngan HaSue kata...tetap sama jerk...huhuhuhuhu
Berbalik pada entry hari nie, kita meroti pulak yerk...entry tertangguh sebenarnya...Mas buat roti ni minggu lepas...tergoda lak nengok Roti Inti Kelapa Harum Pandan yang Kak Ct Delima tayangkan ...memang lembut gebuss roti ni dan Mas letakkan inti Sambal Ikan Bilis. Hmmm...memang sedappp...maceh pada tuan resepi yang cantikk manis Ros JintanManis. Tak lupa juga maceh pada Anna atas pemberian bekas untuk meroti tu....dah lama Anna kasi..baru nak guna..he3 

Roti Inti Sambal Bilis
Resepi : Ros JintanManis.
Sumber : Kak Ct Delima


Bahan ( untuk doh roti) :
300gram tepung roti
2 sudu besar susu tepung @ skim milk
3 sudu besar gula
1/2 biji telur 
1 1/2 sudu besar butter @ marjerin
120ml susu suam @ air suam
2 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar water roux

baki telur + 2 sudu besar susu segar @ air + beberapa titik madu 



Cara ( Doh Roti) :
Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM) :
 Masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
Kaedah 2, Jika uli tangan : 
Masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali coklat rice  dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.
Selepas itu,  tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada 9 bebola kecil dan bulat-bulatkan, leperkan sedikit doh dan masukkan inti kelapa ( Mas letak sambal ikan bilis ), tutup kemas,  susun di dalam acuan petak 18cm atau di atas dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dengan bancuhan telur dan toppingkan dengan sedikit kelapa kering dan jalurkan atasnya dengan srikayapandan, bakar pada suhu 180 darjah selama 20-22 minit atau sehingga permukaan bun perang.
Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Nota :
Macam Mas menggunakan inti 
Sambal Ikan Bilis, Mas masukkan sambal tu dalam esbox selama 1 jam untuk keraskan sikit sambal tu supaya senang nak masukkan dalam doh tu nanti.



Monday, April 9, 2012

Kuih Ketayap Resepi Princessharyati



Assalamualaikum.
Aduhhhh...kejang perut jap pepagi nie baca n3 HaSue berkisahkan kelapa parutnya......
Kisah Mas pulak, bertangguh nak menerai Kaswi gara2 kelapa parut gakk..tapi idak la sampai tersalah hantar mesej....muahahaha
Elok jerk habiskan stok kelapa parut untuk buat inti kuih ketayap nie, Izahdaut lak tayang kaswi....sabarrrrr jerk...jadi meh layan Kuih Ketayap ni...Mas buat 1 adunan, dapat la nak dekat 20 biji...berebut2 lak ngan Ain ngan Daniel...terutama Daniel..suka sangat kuih ketayap ni...
Maceh pada tuan resepi princessharyati atas perkongsian resepi kuih ketayap nie. Memang sedappp...mungkin penggunaan telur yang banyak..ketayap ni rasa lembutt dan halus jerk..hmm..memang sedapp la...kalau tengok respon kat Myresepi pun, ramai gak yang dah mencubanya...memang terbaikk laaa

Kuih Ketayap 

Bahan :
Untuk kulit :
1 cawan tepung gandum
2 biji telur
2 helai daun pandan
1 1/2 cawan santan - boleh diganti dgn fresh milk
1 1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
Beberapa titik pewarna hijau

Untuk inti :
1/2 biji kelapa parut
3/4 cawan gula merah - boleh dikurangkan
1 helai daun pandan

Cara :

Untuk Inti Kelapa :
Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan. 
Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10 - 15 minit.
 Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat. Buang daun pandan tadi.

Untuk Kulit :
Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. 
Jika u all guna santan segera, just blend dengan daun pandan dan tapis. 
Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati . Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. 
Jika u all nak warna original ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, jika u all nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.

Cara membuat Ketayap :
Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat. 
Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. 
Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung.

Cara Gulung :
Lipat kedua dua tepi sedikit dan gulung melentang. Ulangi sehingga adunan tadi habis. Siap untuk disantap.



Sunday, April 8, 2012

Cendawan Rangup



Assalamualaikum.
Selamat berhujung minggu semua...
Hari ni tak kemana - mana...dok rumahh jerkkk....
Lagi pun semalam dah puas jejalan, habiss carefour, giant, hero ditawafnya...
Jadi hari nie nak rehat2kan badan lak....
Meh layan dulu Cendawan Rangup menu kegemaran family Mas....
Nak membuatnya pun senang jerk...
Dan Mas menggunakan Tepung Bestari pulak...
Hmmmmm....sangat sedapppp....
Rangupppp...pedasssss....
suka sangat anak2 dan suami makan...
tapi cendawan nie dah banyak hari Mas buat..
jangan ada yang minta yerk...
tengok jerk resepinya...dan boleh mencubanya....
berbaloi - baloiiiiii...he3

Cendawan Rangup
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
cendawan
tepung bestari
minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara :
Basuh cendawan dan toskan. Kemudian siat - siatkan cendawan tu.
Masukkan cendawan dalam satu bekas bertutup dan taburkan Tepung Bestari  secukupnya.
Tutup tudung bekas tu dan goncang2kan biar sampai tepung menyelaputi cendawan tu...
Panaskan minyak dan goreng cendawan tadi hingga garing.....
Angkat dan toskan...
Sedia dimakannnn....



Friday, April 6, 2012

Homemade Frozen Fried Chicken



Assalamualaikum.
Hmmm... Homemade Frozen Fried Chicken....
Sebenarnya Mas secara tak sengaja terbuat Homemade Frozen Fried Chicken ni disebabkan Mas kalau nak buat ayam goreng, memang suka perapkan dulu lama2 ayam tu, baru digoreng....baru sedapp ayam goreng tu kan. 
Al kisah, akhirnya Mas terjumpa satu jenama tepung ayam goreng yang sangat mabeless kat Giant, masa tu Giant tengah promosi sakan tepung ayam goreng jenama  Bestari seperti gambar dibawah ni.....



Kalau tak silap Mas tepung Bestari ni ada 4 perisa iaitu pedas, biasa, ala mamak dan tomyam dan semestinya Mas pilih pedas, try kotak kecil dulu dengan harga RM2 lebih untuk 500g kalau tak silap Mas.....yang menariknya salutan tepung ni untuk ayam, tak payah menggunakan telur, selalunya kan kena guna telur, jadi Mas pun try...hmmm...memang tak menghampakan.....rasa ayam goreng yang menggunakann tepung Bestari ni memang betul2 pedas...ala2 ayam goreng kfc tau...jadi Mas pun setia ngan jenama Bestari ni dan disini, Mas sekadar berkongsi ajerk dengan semua tepung ayam goreng jenama Bestari yang best ni. 
Untuk dapatkan ayam goreng yang lebih sedap..Mas suka perapkan dulu, kadang2 sampai seekor ayam Mas frozenkan untuk dibuat ayam goreng, Mas bersihkan ayam tu, potong2, salutkan dengan tepung Bestari dan frozenkan. Nak makan tinggal goreng jerk..senangggg kan...
Kak Nor, Izah..dah beli ke belum tepung Bestari nie....he3

Homemade Frozen Fried Chicken
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
ayam 
tepung Bestari secukupnya
minyak untuk menggoreng


Caranya :
Bersihkan ayam dan potong ikut saiz yang disukai.
Lumurkan ayam tu dengan tepung Bestari ( tepung tu biar melekat kat ayam tu yerk ) dan masukkan dalam bekas bertutup.
Frozenkan ayam yang telah  disalut tepung Bestari tu lebih kurang 2 hari @ lebih, lebih lama lebih sedap ayam goreng tu.



Cara menggoreng ayam :
Keluarkan ayam yang difrozen tadi dan biarkan dalam suhu bilik kejap sebab ayam tu keras.
Salutkan lagi ayam yang difrozen tadi seketul2 dengan tepung Bestari , biar tepung melekat @ menutupi seluruh ayam tu....kiranya  ayam yang disalut ngan tepung tu kering yerk....
Panaskan minyak dalam periuk, minyak agak2 akan tenggelamkan ayam tu dan masukkan ayam tadi dan goreng selama 20 minit dengan api sederhana, tutup yerk periuk tadi semasa menggoreng ayam dan terbalikkan juga ayam dalam masa tempoh tu untuk mendapatkan ayam yang cantik garing dan seimbang masaknya.
Cukup 20 minit, angkat ayam tadi, toskan dan sedia dimakan.


Thursday, April 5, 2012

Maggi Goreng Ala Mamak dan bunga dari Finland



Assalamualaikum.
Pagi ni jom sarapan Magggi Goreng. Mas menggunakan maggi kosong brand Cintan.
Memang menjadi salah satu barang yang tersenarai dalam barangan dapur kering, maggi ni sedapp digoreng atau pun dibuat sup...dan senang menyimpannya....boleh jadi stok barangan dapur dan cara menggorengnya sama jerk macam goreng mee kuning tu...Mas suka goreng ala2 mee goreng mamak..memang sedapppp...

Maggi Goreng Ala Mamak
Resepi : Mas Duniaku

Bahan :
3 keping maggi kosong - Mas guna brand Cintan
udang, daging atau isi ayam
2 biji bawang kecil - dihiris nipis
3 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit udang kering - ditumbuk
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar rempah kari
5 biji cili padi - dihiris 
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
sedikit sos ikan
garam dan gula secukup rasa
sedikit kiub ayam
kobis @ sawi
1 biji tomato - dibelah 6
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk lada putih

Cara Memasak :
Panaskan air dalam periuk dan masak seketika maggi kosong hingga lembut dan angkat dan toskan. Masukkan dalam air biasa dan leraikan2kan maggi tu dan toskan. ( ini supaya maggi tu tak melekat2 masa menggoreng nanti ) Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang kecil hingga wangi.
Masukkan bawang putih dan udang kering, kacau seketika hingga wangi.
Masukkan cili mesin, rempah kari dan cili padi.
Lepas tu bolehlah dimasukkan sos tiram, sos cili, kicap manis, kiub ayam, garam dan gula .
Biarkan seketika dan masukkan udang @ ayam @ daging dan tomato.
Biarkan seketika dan masukkan maggi kosong tadi yang dah ditoskan.
Kacau rata maggi tu seketika dan pecahkan telur dalamnya,tutup telur tu dengan maggi, biarkan sekejap dan masukkan terus kobis @ sawi dan sos ikan, kacau sebati semuanya dan last tabur serbuk lada putih.
Angkat dan hidangkan. Tabur hirisan daun saderi dan perahkan limau sebelum dimakan.


Kutip sekali bunga yang cantik nie pemberian dari Kak Nieza sempena 2 tahun Anniversary  Our Journey Begins .




Tahniah Kak Nieza, moga  Our Journey Begins  terus mantap meletuppp dengan entry2 yang menarikkkk.....






Wednesday, April 4, 2012

Chicken Chop Resepi 2



Assalamualaikum.
Menu lunch semalam, makan ala2 omputehhh lakk..he3...lama jugak Mas tak buat Chicken Chop gini, jadi bila sesekali makan, memang licin sepinggan...
Chicken Chop ni menggunakan Sos Carrot yang Mas tunjukkan semalam, memang mabeless...kekadang klu malas baru Mas buat Sos Black Paper. Jadi meh tengok resepinya pulak......

Chicken Chop 
Resepi : Mas Duniaku

Bahan untuk ayam :
2 keping dada ayam @ peha ayam tanpa tulang - di cucuk2 sikit supaya ayam tak mengecut masa digoreng.
sedikit garam
sedikit kiub ayam
1 sudu kecil lada sulah
1 biji telur - dipukul sedikit

Bahan tepung ( untuk salut ayam ) :
1 cawan tepung gandum 
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastad

Satukan semua tepung dlm bekas bertutup dan goncang2 bekas utk sebatikan tepung.




Cara membuatnya :
Untuk Ayam :
Gaul sebati dada ayam @ peha ayam tanpa tulang dengan garam, kiub ayam dan serbuk lada sulah. Perap seketika.
  • Celupkan ayam yang diperap tadi kedalam telur dan kemudian salutkan dengan tepung yang telah disatukan tadi.
  • Goreng hingga garing dengan api sederhana dan toskan. Ketepikan.
  • Boleh dihidangkan dengan 
  • Sos Carrot .



    Tuesday, April 3, 2012

    Sos Carrot - memang sedappp




    Assalamualaikum.
    Dalam cuaca sejukkk dingin petang gini...rasa laparrr jerk kan...he3
    Apam Gula Hangus  ada 2 ketoii lagi tue....japppp lagi akan hilang.....
    Malam nie pulak plan nak buat Chicken Chop...jadi tadi Mas buat Sos Carrot nie dulu...Sos Carrot ni Mas belajar dari mak Mas, sememangnya Chicken Chop kat restauren mak Mas dulu kuahnya menggunakan sos carrot ni, bukan sos black paper...sedappp tau sos nie...kalau dicicah ngan kentang goreng pun best, kadang Mas jadikan sos fish n chips dan masukkan juga dalam stik......untuk anak2 yang tak makan sayur, gerenti suka sos carrot nie...
    Untuk sukatan bahan2nya, Mas agak2 jerk tau..biasa la resepi dari mak Mas, mana ada sukatannya, katanya agak2, janji bahan2nya cukup dan seimbangkan rasa sos tu ikut citarasa kita sendiri...kalau sos ni kelihatan pekat masa sejuk, hanya tambah air panas dan sebatikan. 
    Puri sos carrot nie pulak boleh tahan lama dalam esbox dengan syarat disimpan elok dalam bekas bertutup..jadi bila nak buat sos carrot, hanya panaskan balik dengan menambahkan air panas, sos cili, sos tomato, serbuk lada putih, kiub ayam, gula dan garam secukup rasa jerk..senang kan..selamat mencuba...

    Sos Carrot
    Resepi : MasDuniaku

    Bahan :
    1 biji bawang besar - dikisar
    2 biji carrot saiz sederhana - dikisar
    1 ulas bawang putih - dikisar
    1 batang saleri - dikisar
    2 sudu besar tomato puri
    2 sudu besar membumbung tepung gandum
    2 sudu besar membumbung tepung jagung
    2 sudu besar membumbung tepung kastard
    2 sudu besar marjerin @ butter

    Cara membuatnya :
    Cairkan marjerin @ butter dalam periuk dan tumis bahan2 kisar hingga wangi.
    Masukkan tomato puri , kacau sebati dan biarkan 10 minit dengan api sederhana.
    Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard, kacau sebati .
    Pada masa ini, kelihatan bahan2 menjadi pekat, kacau lagi biar bahan2 sebati dalam 5 minit dan boleh tutup api.
    Puri Sos Carrot siap....seperti gambar dibawah 




    Bahan Sos Carrot :
    2 cawan air
    1/2 cawan puri sos carrot
    4 sudu besar sos cili @ agak2 seimbangkan rasa sos tu
    2 sudu besar sos tomato @ agak2 seimbangkan rasa sos tu
    1 sudu besar serbuk lada putih
     1/2 kiub ayam
     gula dan garam secukup rasa.

    Cara membuat Sos Carrot :
    Sebelum tu kalau Puri Sos Carrot tu baru keluar dari esbox, biarkan dalam suhu bilik dulu.
    Masukkan air dalam periuk dan biarkan mendidih, agak2 yerk nak sos banyak mana, selalunya kalau 2 cawan air panas, Mas masukkan 1/2 cawan Puri Sos Carrot.
    Sebatikan dan masukkan sos cili, sos tomato, serbuk lada putih, kiub ayam, gula dan garam secukup rasa.
    Kacau sebati dan seimbangkan rasanya.
    Jika sos kelihatan pekat, boleh tambah sedikit air panas.
    Sos siap.....


    Lagi Apam Gula Hangus Kak Jun Resepi 2



    Assalamualaikum.
    Sambil update blog, sambil mengunyah Apam Gula Hangus bercheese nie...sedappp..sedappp..sedapp...sebab tu Mas berulang kali buat apam nie....gabungan chesse dalam apam ni mabelesss sangat....ni semua atas idea Izahdaut dulu....maceh makcik...semalam pun Izah buat Apam Gula Hangus, tapi resepi yang lain...macam berjanji lak kita kan..he3....maceh juga pada Kak Jun@myresepi atas perkongsian resepi apam yang best nie...untuk entry terdahulu, boleh lihat DISINI.

    Apam Gula Hangus 
    Resepi :  Kak Jun@myresepi

    Bahan :
    150 gm gula dan 100 ml air - dibuat gula hangus
    70 gm butter - cairkan
    75 gm susu cair - Mas guna susu segar
    1 biji telur dipukul
    150 gm tepung gandum - diayak
    1 sudu teh baking soda - diayak
    secubit garam
    75 gm gula - Mas letak 60 gm gula halus sebab tengok kat Myresepi Kak Jun kata apam ni manis sikit.

    Cara membuatnya :
    Masukkan butter yang dicairkan, susu cair dan telur ke dalam gula hangus.
    Dalam mangkuk lain, ayak tepung dan soda. Masukkan garam dan gula. Masukkan campuran gula hangus tadi. Kacau sebati.
    Acuan lompang tak payah disapu minyak sebab dah ada butter dalam adunan apam gula hangus tu, terus jerk masukkan adunan apam tadi ke dalam acuan lompang, dan picitkan sedikit cream cheese dengan menggunakan paip. 
    Biarkan air kukusan betul2 mendidih baru kukus adunan apam tadi.. Kukus selama 20 min dan balut tudung pengukus dengan kain untuk mengelak air menitik atas apam.




    Untuk Cream Cheese Topping :
    Sumber : Izahdaut 

    Bahan : 
    • 125gm cream cheese
    • 1 sudu besar gula
    • 1/2 biji telur
    • sikit oren juice

    Cara membuatnya :
    Campur semua. 
    Mix dengan mixer hingga gebu. 
    Letakkan adunan cream cheese atas apam gula hangus sebelum dikukus. 




    Monday, April 2, 2012

    Paprik Resepi Makyong




    Assalamualaikum.
    Rasanya dah lama Mas tak berkongsi resepi berasaskan sayur kan...jadi hari ni meh layan Paprik Resepi Makyong ni. Sebenarnya dah banyak kali dah Mas masak paprik ni, dan pada Mas Paprik Resepi Makyong ni yang paling terbaik...jadi Mas kongsikan disini pulak. Kalau tengok respon kat Myresepi, ramaiii bebenor yang dah mencubanya....
    Selalunya paprik ni Mas akan masak untuk dimakan ngan nasi goreng...memang best..kalau dimakan ngan nasi putih pun tetap sedappp...tak payah lauk lain dah....cukuppp dah lauk paprik nie dan Mas memang selalu masak paprik ni berkuah banyak.....ikut selera masing2 yerk...maceh pada makyong@Myresepi yang sudi berkongsi resepi paprik yang mabeles nie....

    Paprik 
    Resepi : makyong@Myresepi

    Bahan :

    ½ ekor ayam - dipotong kecil2 - Mas guna daging

    4 ulas bawang merah - ditumbuk

    2 ulas bawang putih - ditumbuk

    1 labu bawang besar - dimayang

    2 batang serai - dititik

    2 biji buah tomato - dipotong 4

    5 biji cili padi - ditumbuk

    bunga kobis, kacang buncis @ panjang, karot dan jagung muda

    sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis

    bahan2 perasa - Mas letak kiub ikan bilis





    Cara memasak :

    Panaskan kuali. Gorengkan ayam ( agak2 sampai masak, jangan terlalu garing ).

    Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang ditumbuk, kacau sekejap.

    Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis dan Mas letak 1/2 kiub ikan bilis. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. Masukkan serai, daun limau purut, ayam yang digoreng tadi dan sayur-sayuran.

    Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato. Biarkan seketika dan boleh tutup api.

    Semasa menghidang, perahkan limau kasturi.