Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Tuesday, April 3, 2012

Sos Carrot - memang sedappp




Assalamualaikum.
Dalam cuaca sejukkk dingin petang gini...rasa laparrr jerk kan...he3
Apam Gula Hangus  ada 2 ketoii lagi tue....japppp lagi akan hilang.....
Malam nie pulak plan nak buat Chicken Chop...jadi tadi Mas buat Sos Carrot nie dulu...Sos Carrot ni Mas belajar dari mak Mas, sememangnya Chicken Chop kat restauren mak Mas dulu kuahnya menggunakan sos carrot ni, bukan sos black paper...sedappp tau sos nie...kalau dicicah ngan kentang goreng pun best, kadang Mas jadikan sos fish n chips dan masukkan juga dalam stik......untuk anak2 yang tak makan sayur, gerenti suka sos carrot nie...
Untuk sukatan bahan2nya, Mas agak2 jerk tau..biasa la resepi dari mak Mas, mana ada sukatannya, katanya agak2, janji bahan2nya cukup dan seimbangkan rasa sos tu ikut citarasa kita sendiri...kalau sos ni kelihatan pekat masa sejuk, hanya tambah air panas dan sebatikan. 
Puri sos carrot nie pulak boleh tahan lama dalam esbox dengan syarat disimpan elok dalam bekas bertutup..jadi bila nak buat sos carrot, hanya panaskan balik dengan menambahkan air panas, sos cili, sos tomato, serbuk lada putih, kiub ayam, gula dan garam secukup rasa jerk..senang kan..selamat mencuba...

Sos Carrot
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 biji bawang besar - dikisar
2 biji carrot saiz sederhana - dikisar
1 ulas bawang putih - dikisar
1 batang saleri - dikisar
2 sudu besar tomato puri
2 sudu besar membumbung tepung gandum
2 sudu besar membumbung tepung jagung
2 sudu besar membumbung tepung kastard
2 sudu besar marjerin @ butter

Cara membuatnya :
Cairkan marjerin @ butter dalam periuk dan tumis bahan2 kisar hingga wangi.
Masukkan tomato puri , kacau sebati dan biarkan 10 minit dengan api sederhana.
Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard, kacau sebati .
Pada masa ini, kelihatan bahan2 menjadi pekat, kacau lagi biar bahan2 sebati dalam 5 minit dan boleh tutup api.
Puri Sos Carrot siap....seperti gambar dibawah 




Bahan Sos Carrot :
2 cawan air
1/2 cawan puri sos carrot
4 sudu besar sos cili @ agak2 seimbangkan rasa sos tu
2 sudu besar sos tomato @ agak2 seimbangkan rasa sos tu
1 sudu besar serbuk lada putih
 1/2 kiub ayam
 gula dan garam secukup rasa.

Cara membuat Sos Carrot :
Sebelum tu kalau Puri Sos Carrot tu baru keluar dari esbox, biarkan dalam suhu bilik dulu.
Masukkan air dalam periuk dan biarkan mendidih, agak2 yerk nak sos banyak mana, selalunya kalau 2 cawan air panas, Mas masukkan 1/2 cawan Puri Sos Carrot.
Sebatikan dan masukkan sos cili, sos tomato, serbuk lada putih, kiub ayam, gula dan garam secukup rasa.
Kacau sebati dan seimbangkan rasanya.
Jika sos kelihatan pekat, boleh tambah sedikit air panas.
Sos siap.....


13 comments:

  1. waa...rajinnya ko mas..meh dok tepi umah aku..hihi

    ReplyDelete
  2. mas... kalau tomato puri tak de, tukor sos tomato aje boleh ke? rasa cam nak buat jek bila2.. hehe

    ReplyDelete
  3. ooo baca balik baru paham. ada 2 step la nak buat nyer yer... memula step pertama untuk puri carrot dulu. pastu baru buat sos carrot. ok baru paham.. lembab plak aku dipetang yang lembab ni.. ikiki

    ReplyDelete
  4. Anna Qawina,

    untung gak dok sebelah rumah ko anna, boleh selalu merasa kek..kikikikiki
    tetiba jerk teringin anna,
    tu yg buat....
    sedapp tau..
    anak2 ko mesti suka sos gini..

    ReplyDelete
  5. izahdaut,

    sekehhh izahdaut..
    mamai baru bangun tido la tu..he3

    memang ada 2 step makcik....
    try la buat...
    memang best sos nie,
    bukan kata budak2..
    kita pun suka...
    hingga menjilat jari tau....

    selamat mencuba yerk makcikk....
    gerenti bais ngan muaz suka..

    ReplyDelete
  6. salam mas ok npk pun bhn2 nya senang aje tu boleh le esok akk try mkn same ayam....kalau boleh guna sos tomato oklah tu....tegoda lah pulak

    ReplyDelete
  7. Pandai nya mak Mas reka ya... tak pnh rasa pun lagi... boleh ler nak cuba nanti.

    ReplyDelete
  8. Kak Masssss

    sy lama xjenguk blog lagilah duk mamai tadi,mula2 igt nak kena kukus n lecek dlu carrot tuh,bila baca blk baru ler paham,hehe..Nak wat jugalah bila2 nanti,tq share resepi yer kak mas cayang..

    ReplyDelete
  9. tengok gambarnya je dah terasa sedap, kalau rasa lagi sedap... terima kasih kerana berkongsi...

    ReplyDelete
  10. wah mas..ni kalau dah resepi mak mesti sedap nih....kebetulan ada tomato puree..nanti nak cuba lah..:)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...