Assalamualaikum.
Bersiaran lagi setelah menyepi seketika....tetiba pulak fb buat hal..tak boleh buka paparan halaman...jadi kosonggg....semua komen2, Mas tak dapat baca....aduhh...bengang dibuatnya...bila tengok kat fb ( bantuan ) rupanya ramai yang masalah fbnya sama macam mas....nanti2 la godek lagi ....kalau ada yang pernah alami masalah sama macam Mas..tolongggg yerkkk..dah restart balik lappy ni tadi macam yang Izah ngan HaSue kata...tetap sama jerk...huhuhuhuhu
Berbalik pada entry hari nie, kita meroti pulak yerk...entry tertangguh sebenarnya...Mas buat roti ni minggu lepas...tergoda lak nengok Roti Inti Kelapa Harum Pandan yang Kak Ct Delima tayangkan ...memang lembut gebuss roti ni dan Mas letakkan inti Sambal Ikan Bilis. Hmmm...memang sedappp...maceh pada tuan resepi yang cantikk manis Ros JintanManis. Tak lupa juga maceh pada Anna atas pemberian bekas untuk meroti tu....dah lama Anna kasi..baru nak guna..he3
Roti Inti Sambal Bilis
Resepi : Ros JintanManis.
Sumber : Kak Ct Delima
Bahan ( untuk doh roti) :
300gram tepung roti
2 sudu besar susu tepung @ skim milk
3 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 1/2 sudu besar butter @ marjerin
120ml susu suam @ air suam
2 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar water roux
baki telur + 2 sudu besar susu segar @ air + beberapa titik madu
Cara ( Doh Roti) :
Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM) :
Masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
Kaedah 2, Jika uli tangan :
Masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali coklat rice dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.
Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada 9 bebola kecil dan bulat-bulatkan, leperkan sedikit doh dan masukkan inti kelapa ( Mas letak sambal ikan bilis ), tutup kemas, susun di dalam acuan petak 18cm atau di atas dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dengan bancuhan telur dan toppingkan dengan sedikit kelapa kering dan jalurkan atasnya dengan srikayapandan, bakar pada suhu 180 darjah selama 20-22 minit atau sehingga permukaan bun perang.
Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.
Nota :
Macam Mas menggunakan inti
Sambal Ikan Bilis, Mas masukkan sambal tu dalam esbox selama 1 jam untuk keraskan sikit sambal tu supaya senang nak masukkan dalam doh tu nanti.
Mas ni rajin sungguh meroti, nak buat sambal bilis tu... pun org rajin jer yg mampu..
ReplyDeletetun suka mkn roti ikan bilis gardenia. masa duk uni dulu roti ikan bilis tu laa menu wajib time sahur. hihi.. dh lama x makan. nmpk sedap gebu je roti kak mas nih.
ReplyDeleteps: tun x tau nape fb akak jd gitu. xtau nk bg cadangan camner.
ye la..kita pun sungguh suka makan roti ngan sambal ikan bilis..
ReplyDeleteSalam Mas harap sihat yeee.....roti sambal ikan bilis mmg sdp tu budak2 pun suka roti yg pedas2..akk ada lebihan sambal bilis yg buat cicah sama roti boyan semalm...sejuk beku dlm peti tu so boleh le akk buat cam ni buat mkn esok....
ReplyDeletealahai ciannya mas, harap masalah di fb tu dpt diatasila...akak nk tolong pun tak ada pengalaman. sedapnya lama tak buat roti inti bilis gini..:)
ReplyDeleteMas,gue mau tumapang sekaki makan roti kat sini..nampak gebus la roti tu..ada sambal bilis..mengancam.
ReplyDeletesalam Mas,
ReplyDeleteRoti yg dah berinti camni..mudah n enak terus nak nguyah2 kan..
bergegar jap otak aku tengok roti koyak nampak sambl tuh.. aaaa menggoda tau.... ko sabar la ekjap fb ko tu. kalau buat lain kang sayang la yang lama
ReplyDeleteGebusss dan berongga roti tu... Successs.. successs...
ReplyDeletesedapnya mas.. suke tgok roti gebu2 ..
ReplyDeletesedap nyer mas...
ReplyDeleteni mesti anak2 n hubby mama suka
salam mas
ReplyDeleterajinya..bila lah angin rajin nak sampai kat dapur kita tue..he hhee cantik jew mas nie gebu:)
rajinnya...sedap nmpk roti tu...gebu...
ReplyDeleteakk bahan2 buat roti dah beli tp nak membuatnya ntah bila huhuhu...
ReplyDeletetgk roti mas ni jadi lapar plak :)
sedapnyerr.. =)
ReplyDeletesedapnya mas..suka inti ikan bilis..buat sendiri lagi sedap intinya dari beli..hehehhe
ReplyDeleteMas,aku tertinggal lak nk ngomen.hehe..cam best lak ko buh inyi ikn bilis rh mas.jd rasanya cam beger malaysia la ye mas?
ReplyDelete