Search This Blog

Thursday, April 7, 2011

Kek Coklat Lembut Kukus Chef Zubaidah


                   
            

Bersiaran lagi dengan Kek Coklat Lembut Kukus Chef Zubaidah. Boleh sebut ke kukus tu sebab kek ni telah dibako..he..he...Baru jerk buat tau..tapi dah tinggal beberapa potong jerk sebab Ain ngan Daniel dah bawa bekal ke sekolah, tolak lak entah berapa keping tukang buat ni makan, tinggal la baki tu untuk che abang sayang merasa malam ni. Perhhhh...betul la kata Noorsha, Izahdaut ngan HaSue, kek coklat ni memang sangat sedapppp walaupun telah diderhakan oleh Noorsha iaitu dibako, kek coklat ni tetap lembut dan lembab....Mas, Izah ngan HaSue ikut jerk cara Sha derhaka iaitu bako juga kek coklat ni....he..he...resepi  dari along@myresepi yang telah mengambil resepi dari buku koleksi Chef Zubaidah ni untuk dikongsi bersama.

Kek Coklat Lembut Kukus Chef Zubaidah
Resepi : along@myresepi
Sumber : Noorsha, Izahdaut dan HaSue
Bahan :
  • **100 gm serbuk koko
  • **1 tin susu cair
  • **200 gm minyak masak @ minyak sayuran @ pun butter cair
  • **250 gm susu pekat
  • 250 gm gula kastor - aku kurangkan ke 180 gm saja
  • 4 biji telur - pukul hingga berbuih
  • 150 gm tepung gandum
  • 1st soda bikarbonat
  • 1 st baking powder
Cara membuatnya :
  1. Campurkan kesemua bahan bertanda ** dan masak dengan api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak
  2. Satukan dengan telur yang di pukul tadi dengan mixer. Gaulkan bahan2 kering  dan campurkan sedikit2 sehingga sebati.
  3. Masukkan ke dalam tin yang di lapik dan minyakkan. Kukus selama 1 jam dengan api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
  4. Mas bakar selama 30 minit sebab  Mas buat 1/2 adunan jer, kalau buat 1 adunan , bakar selama 40 - 45 minit dengan suhu 170c.
  5. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dengan icing @ ganache.

Bahan2 Simple Chocolate Ganache:
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 sb butter/margerin/minyak masak
Caranya :
  • Kacau semua bahan atas api kecil hingga likat dan larut sepenuhnya.
Nota :
  • Mas hanya menggunakan coklat masak dengan cara panaskan coklat masak dalam microware, bila coklat sudah cair, keluarkan dan tambah sedikit butter dan kacau sebati dan terus tuang ke atas kek coklat tadi. Hias lah dengan hiasan kesukaan masing - masing semasa topping coklat tu masih panas, kalau dah sejuk nanti hiasan tu tak lekat lak bila ditabur atas topping coklat tadi.


Tart Telur



Assalamualaikum.Bersiaran lagi dihari Khamis. Ada yang jemu ngan keria tu yerk...he..he..Sorry la semalam Mas ada hal sampai petang, tak sempat nak n3 kan resepi pagi semalam, balik lak, dah nak maghrib...letihhh bebenor....nak mengadap lappy pun tak larat...Alhamdudilllah..pagi ni dah segar balik..ni..nak mula merempit dah merata2...he..he... 
Meh layan Tart Telur yang mendapat sambutan hangat di Myresepi ni. Mas buat 2 hari lepas, jadi dah abiss yer. Sebenarnya Mas pernah buat tart telur ni sebelum ni DISINI, tapi telah diderhakakan dengan menukar crust tart telur ni ngan puff pastry. 
Jadi kali ni Mas buat ikut resepi ni , tak de derhaka dah. ..he..he..memang sedappp...tapi rasanya memang berbeza ngan Tart Telur Versi Derhaka tu sebab yang ni shellnya rasa lebih kurang macam shell cheese tart, tapi tart telur yang diletak puff pastry tu..rasanya agak rangup sebab puff pastry tu kan rangup...jadi ikut selera masing2 suka yang mana. Pada Mas dua2 sedap tapi Mas lebih suka yang versi derhaka tu...he..he..apa pun terima kasih untuk tuan resepi tart telur ni  zlinda mz sudi kongsi resepi tart telur yang best ni.

Tart Telur 
Resepi Asal : zlinda mz@myresepi.com
Rujukan : Mas Duniaku
Bahan :
Bahan untuk crush :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/2 teaspoon baking powder
  • 1/4 teaspoon garam
  • 1/2 cawan butter (bhgikan kpd 8 bhgn kecil2)
  • 2 biji telur
Cara membuat crush :
  1. Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dalam doh mixer @ food processor atau pun guna tangan pun boleh. Sebatikan.
  2. Masukkan butter. Sebatikan lagi.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Uli hingga menjadi bentuk doh.

Bahan untuk filling :
  • 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan air
  • 1 tbs tepung kastard
  • 1/2 tsp vanilla essence
Cara membuat filling :
  1. Pukul gula dan telur.
  2. Masukkan semua bahan filling yang belum dimasukkan lagi dan kacau sebati.
  3. Mas tapis bancuhan filling tadi.
  4. Tekan2 doh ke dalam acuan tart @ pie. Then tuang je bahan2 filling tadi ke dalam acuan tart @ pie yang telah diletakkan doh tadi.
  5. Bakar dalam oven. Linda agak2 jer temp dia. huhu. Agak2 nampak macam kering dah kekuningan orengean tuh masak la tuh ! tunggu sejuk baru potong tau !
  6. Mas bakar pada suhu 190c selama 30 minit dengan api atas bawah.

Tuesday, April 5, 2011

Kuih Keria



Projek nak menghabiskan baki keledek yang Mas buat Talam Ubi Kekedek ari tu, Mas buat Kuih Keria lak. Tengok keledek tu dah nak tumbuh pokok lak. Baik habiskan cepat2 riwayat keledek tu. Lagi pun kuih keria ni memang peberet Daniel, Ain kurang sikit ngan kuih keria ni. Tapi tukang buat ni memang suka. Hmmmm..sedapp tau. Mas suka buat sendiri kuih keria ni sebab kekadang yang dibeli agak banyak tepungnya, jadi kuih keria tu jadi agak liat. Kalau Mas buat sendiri, memang Mas lebihkan keledek, baru terasa keledek tu dan lembut jerk keria ni.....baru sedap kan. Resepi hasil skondeng kat Myresepi...maceh syahmi

Kuih Keria
Bahan :
  • 500 gm keledek
  • 1 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 3 sudu besar gula dan sedikit air -  untuk salut keria 
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Cara membuat keria :
  1. Kupas keledek dan rebus ubi keledek hingga empuk dan toskan airnya dan bubuh sedikit garam.
  2. Lenyek sampai hancur sementara ubi keledek masih panas.
  3. Rehatlah dulu sementara menunggu ubi keledek betul2 sejuk.
  4. Bila sudah sejuk, masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.
  5. Buatlah bentuk seperti gelang dan goreng.
  6. Setelah siap digoreng, masak gula dengan air dalam kuali lain yang bersih.
  7. Didihkan gula hingga pekat  dan kemudian masukkan kuih tadi dan kacau hingga rata. Bagi semua kuih kena gula.
  8. Kacau hingga gula nampak bertali baru boleh tutup api.
  9. Dah tutup api , kacau lagi hingga gula kering dan kuih dan tidak melekat.
  10. Jom kita makan.



Kari Kepala Ikan Salmon





Assalamualaikum. Fuhhh..baru jerk lepas masak Kari Kepala Ikan Salmon, meh hidu baunya yang sedapp ni. Mas pun first time masak kepala ikan salmon ni..selalunya guna kepala ikan merah @ kepala ikan nyok2 jerk...sedapp juga tau kepala ikan salmon ni dikarikan, Mas baru jerk rasa sikit. Pernah nampak kat rancangan jalan2 cari makan, ada satu kedai tu jual kari kepala ikan salmon, jadi bila nampak kat tesco ahad lepas, cantik jerk kepala ikan salmon tu, terus Mas terpikir nak buat kari. Lagi pun Ain ngan Daniel memang gemar ngan kari. 
Jadi ini lah lauk untuk lunch ari ni, selain dari sambal kembung.

Kari Kepala Ikan Salmon
Resepi : Mas Duniaku
Bahan Utama :
  • 1 kepala ikan salmon @ kepala ikan lain2 pun boleh -  dibelah 2
  • 2 biji tomato - dibelah 2 @ 4
  • 6 biji kacang bendi 
  •  jus asam jawa secukup rasa
  • 2 1/2 camca besar rempah kari ikan - dibancuh dengan sedikit air
  • 1/2 cawan pati santan 
  • Air ikut keperluan
  • Garam, gula dan sedikt kiub ikan bilis

 Bahan Kisar :
  • 5 ulas bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Bahan Tumis :
  • 3 biji bawang merah kecil - hiris halus
  • 1 ulas bawang putih - hiris halus
  • 3/4 camca teh halba campur
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 helai daun pandan - simpul
Cara membuatnya :
  1. Cuci kepala ikan bersih2, perap dengan garam dan jus limau seketika, cuci dan toskan. Ketepikan.
  2. Tumis bahan2 tumis hingga wangi dan kemudian masukkan bahan2 kisar dan juga rempah kari dan tumis hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana. Tuang air biar mendidih.
  3. Kemudian masukkan kepala ikan, bila mendidih masukkan kacang bendi, masak hingga mendidih. Tuang jus asam jawa dan masukkan tomato.
  4. Bila mendidih, masukkan santan dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk ikan bilis secukup rasa , biar masak sebentar. Rasa dan jika ok, boleh dihidangkan...

Monday, April 4, 2011

Strawberry Cheese Tart & Tips Dari Kak Azita


           

Strawberi Cheese Tart lagi. Jangan ada yang jemu lak yer....sebab Mas sekeluarga memang gemar ngan cheese tart ni. Sedappp tau. Kali ni Mas ikut resepi Kak Azita lak. Ari tu nampak Kak Niza dan Hasue pun try resepi ni. Tak banyak perbezaan dengan resepi sebelum ni, boleh lihat Disini, cuma untuk resepi Strawberry Cheese Tart ni, Tart Crust / Shell menggunakan marjerin dan rasa shell tu rapuh2 lembut gitu. Sedapp tau dan kali ni Mas dapat dalam 30 biji menggunakan acuan 5.5 cm.  Meh tengok resepi dan tips2 dari Kak Azita. Untuk teknik membuat lorekan di atas cheese tart boleh dilihat  DISINI, ditunjukkan oleh cikgu Hasue yang tengah bercuti tu, maceh cikgu...he..he..

Strawberi Cheese Tart
Resepi asal : Kak Azita
Sumber : Kak Niza dan Hasue

Tart Crust / Shell .
Bahan-bahan :
  • 170 gm marjerin
  • 50 gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuatnya :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling
Bahan :
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon - Mas letak esen vanila
Cara membuatnya :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170c. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.


  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
  4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Mas menggunakan strawberi filling untuk lorekkan atas cream cheese tu, jadi Mas picitkan jer strawberi filling yang telah dimasukkan dalam pipe bag tu atas cream cheese. Sila abaikan no 7  dan no 8 jika menggunakan strawberi filling.
  7. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  8. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  9. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  10. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  11. Bakar selama 5 minit. Siap!!!
Tips untuk dapatkan cistat yang gebu dan montok(mengikut pengalaman Kak Azita.) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 30 ~ 40 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.

Mee Ketam



Assalamualaikum. Pepagi ni meh jamu mata dengan Mee Ketam . Tapi dah abiss yer sebab Mas buat petang semalam. Ni gara2 terliur tengok mee ketam Kak Nieza ari tu. Jadi Mas cari ketam kat pasar tani semalam sebab kat situ ketamnya memang fresh, Mas beli ketam biru, sekilo rm20. Ok la tu kan, tu la harga yang paling murah, ada juga peniaga2 lain jual rm22 dan rm 23 sekilo, jadi sebelum beli, kena buat pembandingan harga dulu...baru tak menyesal nanti..he..he...

Mee Ketam
Bahan :
  • 300gm Mee kuning dicelur
  • 1/2 kg ketam - dibersihkan dan belah 2
  • 8 biji cili merah - mengikut kepedasan masing2
  • 2 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 tin tomato soup
  • 1 liter air
  • 1 biji telor (dipukul sedikit) Mas ikut Kak Nieza tambah 2 biji telur yg tdk dipukul
  • 2 kiub ayam
  • 2 sudu makan kicap
  • 2 sudu makan oyster sauce
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar cili sos
  • 2 biji tomato dibelah 4
  • Daun bawang dipotong 1"
  • sedikit sayur sawi
  • 1 batang carrot dipotong nipis
  • Bawang goreng
  • bebola  - Mas tambah
  • Garam secukup rasa
  • sedikit bancuhan tepung jagung - Mas tambah untuk pekatkan kuah
Cara membuatnya :
  1. Cuci bersih ketam dan toskan
  2. Blend cili merah + bawang putih + bawang merah.
  3. Tumiskan bahan blend tadi dan masukkan soup tomato, kicap, oyster sos, tomato sos dan cili sos dan masakkan sekejap.
  4. Masukkan air dan kiub ayam.
  5. Bila kuah mula mendidih, masukkan telor dan kacau.
  6. Kemudian masukkan ketam, tomato yg dibelah 4 tadi, carrot dan sayur sawi.
  7. Rasakan kuah...boleh tambahkan garam jika perlu
  8. Tutup api...dan hidangkan bersama mee yang dicelur tadi.
  9. Taburkan daun bawang yg dipotong dan bawang goreng sebagai hiasan



Sunday, April 3, 2011

Donut Tofu Lembut



Assalamualaikum. Selamat berhujung minggu buat semua. Mesti ramai yang keluar jejalan kan, makan kenduri ke. Mas pun pagi tadi gi menghabiskan duit kat pasar tani ngan tesco . Sampai rumah dah nak tengah hari, banyak lak barang2 yang nak dikemaskan, opis pun petang2 baru Mas masuk, tadi dah beli macam2 makanan...tak de la masak tengahari ni. Tu yang baru nak n3 kan Donut Tofu Lembut ni. Resepi dari Ros - Jintanmanis. Mas buat semalam, lepas bersembang ngan ijahdaut, terus buat donut ni, ala..bibik yang buat keje..he..he..Mas goreng suku jerk untuk merasa, lebih tu Mas buat frozen. Pagi tadi goreng lagi...memang best donut ni...lembut jerk dan tak berminyak.  Maceh untuk Ros....muahhhhh

Donut Tofu Lembut
Resepi Asal : Ros - Jintanmanis

  • 300 gram tepung gandum
  • 100 gram tepung roti ( ganti dgn tepung gandum pun boleh)
  • 125 gram taufu lembut - boleh lihat DISINI
  • 1 1/2 sudu besar susu tepung / skim milk - Mas tak letak
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu) 
  • 160ml susu suam@air suam - Mas letak susu segar suam
  • 40gram shortening
  • 4 sudu besar gula 
  • 6gram yis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil baking powder
  • sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ni nanti.

Cara membuat Doh :
  1. Kaedah 1 : Penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. Kaedah 2 : Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Tips untuk dapat doh yang lembut : Ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye dan biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan dengan menggunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.
Nota: Ros bentukkan donut taufu ni macam anyaman dan pintalkan, boleh lihat DISINI bentuk donut yang dipintal tu, lepas tu goreng macam biasa, kasi lain sikit rupanya, anak-anak pun suke. topping saja donut ni ikut selera masing2, boleh dicelup dengan coklat bagi menaikkan lagi rupa donut taufu lembut  ini, Selamat Memasak semua.




Saturday, April 2, 2011

Talam Ubi Keledek



Bersiaran dipetang hari lak...meh layan Talam Ubi Keledek Kak Anim ni. Mas nampak Mamahawa  pun dah buat tau. Sodapppp bobonar talam keledek ni, lembut jerk bila dikunyah, jadi elok bobonar la kalau dibuat didalam acuan kocik2. Betoi eden cakap negeri ni Kak Anim, nanti nak jadi orang Senawang ni...kena praktis sikit2.....muahahaha
Talam ni Mas buet pagi tadi masa masak nasi lomak, jadi pada masa sekarang, dah abiss dah...tengok gamborr jerk lah. Hambik kau....bebolit juga jojari ni nak menaipnya. Minta maaf yer kalau cakap negeri ada yang tak berapa betol...ini budak baru nak belajor....
meh la tengok resepinya, mano tahu ada yang teringin nak membuetnya....

Talam Ubi Keledek
Resepi asal : Kak Anim
Bahan untuk lapisan bawah :
  • 300gm keledek merah - Mas guna  keledek oren
  • 75 gm tepung beras
  • 75 gm tepung ubi
  • 150 ml santan -  Mas dan Kak Anim guna santan kotak + 150 ml air
  • 250 gm gula pasir - Mas dan Kak Anim guna 200 gm
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 st esen vanila
  • sedikit pewarna kuning - Mas tak letak
Cara membuat lapisan bawah :
  1. Bancuh tepung beras dan tepung ubi dengan campuran santan hingga sebati dan kemudian tapis.
  2. Mas ikut Kak Anim, blend semua bahan termasuk keledek.
  3. Kemudian masukan ke dalam periuk dan kacau di atas api sederhana hingga pekat.
  4. Sapu acuan dengan sedikit minyak dahulu dan tuangkan adunan lapisan bawah ke dalam loyang. Mas dan Kak Anim gunakan acuan lompang dan tuang adunan hingga paras separuh sahaja dan kukus selama 7 min.

Bahan untuk lapisan atas :
  • 100 gm tepung ubi
  • 200 ml santan pekat + 200 ml air
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil garam
Cara membuat lapisan atas :
  1. Mas ikut cara Kak Anim, blend sekejap untuk sebatikan bahan2 tu.
  2. Kemudian tuang bahan2 yang dikisar tadi ke dalam periuk dan kacau atas api kecil hingga pekat .
  3. Kemudian tuang ke atas adunan keledek tadi dan kukus semula selama 10 minit.
  4. Bila talam keledek dah masak, sejukan dulu baru di potong ataupun keluarkan dari acuan.

Nota : 
  •  Pendapat Mas dan Kak Anim sama, Kuih Talam ni elok dibuat dalam bekas kecik2 supaya senang dihidangkan sebab kuih ni agak lembut, agak susah dipotong jika dibuat dalam loyang. 
  • Jadi bila dibuat dalam acuan kecil2, keluarkan saja talam ni dari acuan dan terus dihidangkan..kuih pun cantik2 jerk bentuknya.




Nasi Lemak Sambal Sotong



Assalamualaikum. Sarapan merangkap lunch.....Mas buat nasi lemak dan sambal sotong, dah lama teringin nasi lemak ngan sambal sotong ni, semenjak nampak Kak Dayang tayang dan HaSue pun buat juga lepas tu, jadi ari ni memang sesuai untuk buat nasi lemak dan sambal sotong, Mas tambah ngan telur rebus jerk.....tak de timun, kacang tanah....ni kira apa yang ada kat dapur, esok baru nak shopping barang2 dapur....he..he..

Nasi Lemak
Resepi : MasDuniaku
Bahan ( 4 orang ) :
  • 2 mug beras - dicuci bersih
  • 1/2 mug santan pekat
  • 2 mug air - ikut jenis beras
  • 1 biji bawang putih - di mayang halus
  • 1/2 inchi halia - di ketuk / dihiris halus
  • suku biji bawang merah - dihiris
  • 1 sudu kecil garam
  • Sehelai daun pandan
  • 1 batang serai dititik
  • secalit kapur makan - sebatikan dengan santan 
  • 2 titik minyak masak - titikkan dalam santan

Cara :

  1. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker dan sebatikan.
  2. Masak nasi seperti biasa. Sekali sekala kacau supaya santan bergaul rata.
Bahan sambal :
  •  cili kisar - ikut kepedasan
  • 3 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 labu bawang besar - dihiris
  • 1/2 labu bawang besar - dikisar
  • sedikit ikan bilis - dikisar
  • 1 keping asam keping
  • gula dan garam secukup rasa
  • sedikit kiub ikan bilis
  • minyak untuk menumis
  • sotong - dipotong2

Cara memasak :
  1. Tumis bawang yang dihiris2 hingga wangi kemudian masukkan bahan2 kisar dan masak hingga pecah minyak.
  2. Masukan garam, gula, asam keping dan kiub ikan bilis, kacau sebati.
  3. Biarkan sambal kering dengan api yang perlahan dan sentiasa kacau supaya sambal tak hangus.
  4. Bila sambal kering, masukkan sotong dan masak lagi hingga sambal kering balik sebab bila sotong dimasukkan , air sotong akan keluar.
  5. Angkat dan dihidangkan dengan nasi nasi lemak tadi dan telur rebus. 


Friday, April 1, 2011

Kuih Kasturi Dan Cara Membuat Inti Kacang Hijau Cara Hasue



Entry tertunggak 3 hari lepas. Mas buat Kuih Kasturi @ kuih rengas @ pun kuih kacang hijau cara Hasue lak. Memang sedappp dan best sangat sebab intinya memang semata2 hanya kacang hijau, tak de tepung dan kelapa parut...terserlah rasa kacang hijau tu. Selalunya kalau Mas buat, Mas letak sedikit jerk kelapa parut, bila tengok resepi Sue, perhhhhhh..memang yang ini lagi best. Mas memang tak suka beli kuih ni...selalu buat jerk sebab yang dibeli selalunya keras sebab kacang hijau tu sikit, banyak tepung ngan kelapa...baik buat sendiri...puas hati kan.
Lepas ni memang Mas buat kuih ni cara Sue...maceh mek sue...cayangggg kau...

Kuih Kasturi @ kuih rengas @ pun kuih kacang hijau
Resepi Asal : HaSue - I Love My Life
Inti Kacang Hijau
Bahan :
  • 1 cawan kacang hijau
  • 3/4 atau 1 cawan gula pasir- kemanisan bergantung kepada selera masing2
  • 1 sudu kecil garam
  • Air secukupnya untuk merebus kacang
Cara membuatnya :
  1. Kacang hijau dicuci dan ditoskan seketika,rebus dengan lebih kurang 7-8 cawan air sehingga empuk.
  2. Apabila air rebusan hampir kering,tambahkan sedikit air supaya kacang lebih lembut dan tunggu sehingga benar2 kering(sila kacau selalu apabila hampir kering tu untuk mengelakkan berkerak atau hangus)
  3. Setelah benar2 kering,barulah masukkan gula dan garam tadi. Inti akan mencair kembali kerana gula yang cair tu..Biarkan renih dan kering lagi sekali..kacau sekali sekala dan pastikan guna api sederhana perlahan.
  4. Apabila sudah mula kering, perlahankan api..dan kacau sentiasa.
  5. Untuk memastikan inti sudah masak - kacang yang dimasak tadi tidak lagi mengeluarkan wap dari inti atau tiada renihan lagi walaupun api masih terpasang..memang senyap je(takde plup2 dah kat adunan inti tu..haha..bahasa apa aku guna nih),dah siap laa tu..harap faham laa maksudnya ni..hehe
  6. Padamkan api dan sejukkan inti sepenuhnya sebelum dibentuk..
  7. Bentukkan bulat2 sebesar bola pingpong dan leper2kan sedikit.. *sila rujuk gambar DISINI.
  8. inti ini juga tahan disimpan dalam peti sejuk dan sedia saja untuk digunakan..jadi jimat masa kan.

Bahan2 membuat adunan tepung :
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/3 sudu makan marjerin
  • 1 sudu kecil garam
  • secubit gula
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit pewarna kuning
  • Minyak secukupnya untun menggoreng - lebih kurang 2 cawan
Cara membuatnya :
  1. Dalam bekas,campurkan tepung,marjerin,garam,gula. Masukkan air dan kacau menggunakan hand whisk supaya adunan cepat sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning
  2. Panaskan minyak dalam kuali,celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan.



Kek Pisang Bercoklat



Assalamualaikum. Bersiaran dipagi Jumaat yang mulia ni. Jom layan Kek Pisang Bercoklat Kak Nor ni. Sedap tau, lembut , gebu dan lembab jerk kek pisang ni. Sangat sedapp dimakan masa suam2. Mas baru jerk lepas bakar Kek Pisang Bercoklat ni tau. Meh sapa yang nak rasa, ambik sorang sepotong jerk ...he..he..
Resepi kek pisang Kak Nor ni juga boleh dilihat di Myresepi, tengok respon ramai yang dah mencubanya.
Pada Mas ni la Kek Pisang yang palinngggg best yang Mas pernah buat, maceh Kak Nor...sayangg akak....

Kek Pisang Bercoklat 
Bahan:
  • 250gm mentega - Mas guna marjerin tetap sedapppp
  • 3/4 cawan gula caster
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur gred A
  • 1 cawan pisang yg dilecek
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang
Cara membuatnya :
  1. Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan tepung.
  2. Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
  3. Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. K.Nor hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
  4. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  5. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang dan gebu. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
  6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
  7. Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
  8. Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
  9. Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lg cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup