Search This Blog

Tuesday, August 24, 2010

Rendang Tok




Assalamualaikum.
Rendang Tok ni asalnya rendang orang Perak. 
Mas belajar masak dari MIL, first time Mas makan Rendang Tok pun masa baru kawin, memang sedap rendang ni, first time Mas makan, terus jatuh hati ngan rendang nie....
Rendang Tok nie selalunya dimasak sampai kering, baru boleh disimpan 2 ke 3 hari. 
Rendang Tok yang Mas buat kali ni, Mas guna daging cincang, sedap sikit daging yang bercampur ngan lemak ni tapi kena masak lama tau untuk dapat daging rendang yang lembut, Mas masak 1 jam lebih dengan api perlahan. 
Jadi, selamat mencuba yerk..


Rendang Tok
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 kilo daging lembu - Mas guna daging cincang 
santan dari sebiji kelapa - agak2 tuang sampai daging tu tenggelam
2 sudu besar kerisik - boleh tambah jika perlu
2 sudu besar gula merah - boleh tambah jika perlu
2 sudu besar membumbung serbuk kari daging - boleh tambah jika perlu
kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang
1 biji bawang besar - hiris  nipis2
1/4 inci halia - hiris nips2
1 helai daun kunyit - hiris
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
1/4 inci halia
3 ulas bawang putih
1/4 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
2 batang serai - hiris2 dulu


Cara memasak :
Gaul sebati daging, bawang besar yang dihiris2, bahan2 tumbuk, halia yang dihiris2, daun kunyit, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, gula merah, kerisik dan serbuk kari, jika nak lebih sedap, perap dulu selama 1 jam.
Kemudian masukkan kedalam kuali bersih. 
Tuang santan hingga daging tenggelam, sebatikan dulu.
Buka api perlahan dan biarkan rendang mendidih, masukkan garam secukup rasa dan masak hingga rendang kering. 
Semasa memasak seimbangkan rasa kerisik, serbuk kari dan gula merah tu mengikut selera kita....gelap Rendang Tok tu bergantung pada kerisik dan gula merah....jadi kena pandai seimbangkan.....
Santan juga memainkan peranan untuk mendapatkan Rendang Tok yg hitam, guna santan kelapa yg pekat yerk....santan kotak...no no no
Masak hingga Rendang Tok kering, boleh juga lembab berkuah jika suka dengan api perlahan dan sentiasa kacau rendang tu.
Sedap dimakan dengan nasi panas, roti atau pun pulut...



4 comments:

  1. terima kasih mas dah lama cm dok cari resepi cam ni.masuk list raya ni:)

    ReplyDelete
  2. sama2 kasih kak...ha..ha..selamat mencuba yer...

    ReplyDelete
  3. dah try...sedap dan senang!thanks...

    http://e-nalovelykitchen.blogspot.com/2011/10/rendang-tok-resepi-1.html

    ReplyDelete
  4. as slm dik mas, syukran jazilan. akk terus try bila jumpa resipi ni. first time ni buat rendang tok. alhamdulillah, mmg mudah, rasa spt yg akk suka. buat sikit je, sbb daging ada x sampai 500gm n sbb xde rempah kari akk guna rempah sup adabi n cili geling ikut pedas yg nak. kunyit hidup pun xde, akk hentam je yg serbuk. mungkin terlebih kunyit, warnanya x gelap hitam mcm biasa. sbb x sabar nak mkn, akk x tunggu kering habis, hehe...terus hidang. lain kali leh buat lagi...moga dik mas dimurahkn rezeki oleh Allah sbb baik hati share dgn pembaca. slm.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.