Search This Blog

Monday, May 3, 2010

MURTABAK PARATHA


Assalamualaikum. Dah lama Mas tak makan murtabak, bila ternampak je resepi  murtabak kat Myresepi, berkobar2 hati nak buat. Lagi pun semua bahan dah ada, maka siaplah murtabak paratha petang semalam. Sedap dimakan dengan kari ayam. Nyum...nyumm..

Bahan - bahan:

  1. roti paratha, 1 keping untuk 1 biji murtabak ( mas guna jenama kawan )
  2. *daging ayam dipotong dadu
  3. *1 biji kentang yang direbus empuk kemudian kopek kulit dan dipotong dadu
  4. *1 biji bawang besar dipotong dadu
  5. *1 sudu besar rempah kari ( kalau nak rasa kari lebih pekat boleh letak lebih  )
  6. 2 biji telur ( untuk murtabak yg tebal,kalau nak nipis letak 1 biji je ) tapi kalau suka rasa telur lebih boleh letak lebih telur.
Cara - cara:
  1. Daging ayam dicelur dalam air mendidih supaya 1/2 masak.
  2. Satukan semua bahan bertanda dalam mangkuk. Pukul  1 1/2 biji telur dan masukkan kedalam mangkuk dan kacau rata semua bahan, letakkan sedikit garam dan perasa.
  3. Masak atas kuali non - stick frying pan seperti memasak telur dadar.
  4. Canai roti paratha nipis sikit ( canai guna plastik paratha supaya tak melekat masa canai ) dan letakkan inti tadi diatas roti paratha dan tuang rata 1/2 biji telur yang dipukul atas inti kemudian lipat.
  5. Masak diatas kuali tadi tanpa minyak hingga kulit murtabak kelihatan garing. Kalau buat tebal tutup kuali semasa masak supaya inti murtabak masak.


2 comments:

  1. woow..murtabak.lama tak makan.makan time bolan pose je.nak buat maleh bebenor.mas sowi lak tak perasan umo same je..no kak la kan.hikhik.sbenarnya terkonmpius kak maz dengan mas. wateroux tu kalau bace kat citarasawan.com die buat zaman dolu2 untuk melembutkkan lagi roti n mee.buat die 50gm tepung campur ngan 250gm air.masak atas api plahan hingga sedikit pekat.biar sejuk bleh la masuk skali masa nak bancuh roti.mas try tgk kat resepi finger bun ka saya pun ade.wah panjang lebar nih

    ReplyDelete
  2. o....cam tu ke izah,ingat ada jual, nnti kita tengok tau,mas pun tak perasan umor kita sama,he..he..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.