Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Wednesday, May 5, 2010

Kentang Putar




Assalamualaikum.
 Kita makan kentang putar hari ni ye...Anak Mas Ain suka sangat makan kentang putar. Dari kecil sampai sekarang, kalau beli kfc mesti nak kentang putar, yang besar sekali tau. Memang habis kat dia sorang. Jadi Mas mencari2 juga resepi ni, akhirnya jumpa juga kat myresepi, tima kasih pada Daunpandan atas perkongsian resepi sos kentang putar yang mabeless ni, rasanya memang sama macam sos kentang putar kfc...


Resepi Gravy @ Sos Kentang Putar

Bahan :
650 ml air
5 sudu besar stok ayam maggi  - guna kiub ayam pun ok
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
40 gm mentega
20 gm tepung gandum - bancuh dgn sedikit air
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam - Mas tak letak sebab dah cukup masin

Cara membuatnya :
Masak air dengan stok ayam, saderi dan bawang besar hingga mendidih. Renihkan dalam 10 minit. Tapis ke dalam mangkuk. Ambik air rebusan jerk.
Masukkan semula air rebusan ke dalam periuk. 
Masukkan butter, sos tomato, kicap ( bergantung kehitaman yang dikendaki ) dan sos tiram. Kacau sebati.
Kemudian masukkan blackpepper.
Masukkan garam jika perlu. 
NOTE: 
Rasa dulu baru letak garam sebab stok ayam dan sos tiram dah masin.
Kecilkan api, bancuh tepung dengan sedikit air, kemudian tapis utk mengelakkan berketul2. 
Masukkan ke dalam periuk sos tadi dan kacau perlahan dengan whise. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
Curahkan ke atas kentang putar.


Untuk kentang putar :
Basuh kentang dengan air suam dan rebus hingga kentang empuk, buang kulit dan lenyek halus kentang tu, masukkan sedikit susu segar dan butter, sebatikan dan boleh dihidangkan dengan sos kentang putar. 
Boleh juga guna kentang putar segera, caranya gaul serbuk kentang dengan air panas dan masukkan sedikit susu segar dan butter, sebatikan. 

5 comments:

  1. assalamualaikum mas.. wah kite pun dok cari gak ni resepi ni. ni kite sendrik suka makan...nyum nyumm sodapnyeee

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum..ermmm best nyer..dah lama umi nak cari resepi ni...boleh tak umi nak copy paste masuk kat blog...terima kasih ya sudi share resepi ni

    ReplyDelete
  3. salam .. kak mas.. sy mmg suka mkn kentang putar ni.. nnt sy try buat ... kalo jd.. sy letak dalam blog sy gak resepi kak mas ni erk.. thanks sbb kongsi resepi..

    ReplyDelete
  4. zatie
    insyaAllah jadi kentang putar tu zatie, selamat mencuba ye....

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...