Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Monday, May 31, 2010

APOM BERAS



Sebenarnya dah lama mas mencari resepi apom beras ni,sesetengah tempat panggil apom lenggang, jumpa juga kat rumah ummi, tima kasih ye ummi atas resepi apom beras ni, sedap tau...berebut2 makan dengan anak - anak, rasanya lemak2 manis, sedap dimakan dengan air nescafe....

Bahan - bahan :
  • 300g tepung beras
  • 270 ml santan pekat
  • 1 sudu kecil yis kering
  • 60g gula 
  • 1/2 cawan nasi
  • secubit garam 
Cara - cara :
  1. Kisar semua bahan kecuali garam hingga sebati.
  2. Tuang kedalam mangkuk dan masukkan secubit garam. Kacau sebati. Boleh tambah sedikit air jika adunan kelihatan agak pekat.
  3. Rehatkan selama 1 jam.
  4. Panaskan kuali non - stik dan masukkan 1 1/2 senduk besar ke dalamnya.
  5. Lenggangkan merata didalam kuali.
  6. Tutup kuali tersebut dan biarkan 2  hingga 3 minit.
  7. Angkat apom dan terus gulung. Ulang langkah tadi hingga habis.

4 comments:

  1. eee mak budak ni memang rajin nor la...eh tak pernah a makan menda alah ni..mmmmmm jap kena buat kajian kalau buat ada sambutan tak..kalau diri sendri je mengabihkan susah ni..huhuhu

    ReplyDelete
  2. dah teringin izah, kena la buat juga, cuba la buat, sedap tau...anak2 maas pun suka,

    ReplyDelete
  3. salam mas,memang sedap apam lenggangh ni.teringat zaman kanak2 dulu,mak suka masak apam lenggang ni...

    ReplyDelete
  4. betul tu kak, mas pun selalu makan masa kecik dulu...sedap kan

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...