Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Monday, August 23, 2010

Karipap Inti Sedap



Mas buat karipap untuk berbuka semalam, laki Mas tak nak berbuka ngan nasi, jadi Mas buat karipap ngan murtabak untuk mylaling...tapi dalam berdiet tak nak makan nasi , terlajak juga bila dah rasa Nasi Ayam Goreng yang sedap tu....ha..ha..tak pe sekali sekala langgar pantang tak salah kan...resepi Mas ambik kat dapur Kak Hana, maceh yer Kak .... Izah pun dah buat karipap ni.....tu yang teringin juga nak rasa karipap inti sedap ni...memang sedap.....

Karipap Inti Sedap
Copy : Kak Hana
          Izah
Bahan-bahan :

  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
  • 2 sudu besar minyak masak - panaskan
  • garam
  • air
Bahan untuk inti :
  • 5 biji kentang@keledek - bleh juga dicampur
  • 200g daging@ayam cincang@ peha ayam boneless potong kecik2@ bleh nk masukkan tulang2 ayam skali, tp masa nk isi inti asingkan la tulang2 tuh. cara yg nih lg sedap!
  • setangkai daun kari
  • daun sup - cadangan dr mamakastam.tQ!
  • 2 biji telur rebus - di belah 6/lebih setiap biji@ potong dadu.
  • 21/2 sudu besar kari ayam/daging
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • garam
  • gula - jika perlu
  • air
Cara-cara :
  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
  2. Untuk buat inti - kentang@keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  3. Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang@keledek, ayam@daging, air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam@daging masak dan air kering.last skali taburkan daun sup yg dipotong halus.
  4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari dan juga tulang2 ayam jika ada.
  5. Masukkan inti kentang dahulu dan buh satu hirisan telur tadi dan tutup serta kelim@cetak mcm biasa. *telur rebus bleh juga dipotong dadu dan dcampurkan ngan inti kentang@keledek tadi.
  6. Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)



2 comments:

  1. salam sis mas

    wow...first time ayu lihat karipap yang intinya lain dr yang lain..bubuh kentang, keledek, telur, daging

    PS terima kasih sharing resepi...insyallah petang nie ayu cuba,,,

    dok belek2 peti ais...nampaknya, daging bertukar ayam......

    ReplyDelete
  2. salam ayu....ha..ha..daging tukar ayam tak pe...sedap juga tu...selamat mencuba yer ayu...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...