Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Monday, August 16, 2010

Udang Rock N Roll



Mula - mula nampak kat dapur Kak Ummi , lepas tu Kak Hana pulak buat, dari telan jer air liur tengok udang tu baik Mas pun buat juga....hmmm...memang sedap...Mas buat 6 ekor jer udang tu, untuk Mas ngan Danial, Ain tak makan udang, lagi pun semalam Mas 3 beranak jer berbuka, abang keja malam...nasib baik ada Ain ngan Daniel, kalau tak Mas berbuka sorang2 jer...hu..hu..Kak ummi guna udang galah, Kak Hana guna udang rimau, Mas pulak guna udang kapas sederhana...untuk sesiapa yang teringin, boleh mencuba ....memang sedap...


Udang Rock N Roll
Copy : Kak Hana dan  Kak Ummi

Bahan-bahan

  • 500 gm udang (k.ummi guna udang galah) - aku gune udang rimauu!! -mas guna udang kapas sederhana
  • 1 sudu besar bawang putih yang dicincang
  • 2 sudu besar minyak
Bahan-Bahan Untuk Sos:-
  • 1 sudu besar taucu biji
  • 2 sudu besar cili padi yang dicincang
  • 2 sudu besar sawi jeruk (kai choy) - dicincang - x ltk
  • 2 sudu besar cendawan butang yang dicincang - sket jerk ltk
  • 2 sudu besar cili sos
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos plum
  • 1 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada sulah
  • 1 sudu besar tepung jagung dibancuh dgn 3 sudu besar air
  • 200 ml air
  • 3 sudu besar minyak
  • sedikit minyak bijan

Cara Memasak
  1. UDANG :- Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tumiskan bawang putih. Kacau sekejap dan masukkan udang.. Balik-balikkan biar masak lebih kurang 5 - 6 minit. Tutup api dan ketepikan. Masak sos seperti di bawah
  2. BAHAN SOS :- Campurkan bahan2 sos cili, tomato, tiram, plum semua dalam bekas. Kacau rata dan ketepikan. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumiskan cili padi, taucu, sawi jeruk dan cendawan cincang tadi. Kacau dan masukkan bahan2 sos yang dicampur tadi. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Masukkan minyak bijan. Kacau rata dan akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau dan bila sos nya agak pekat tutup api. Tuangkan ke atas udang tadi dan gaul rata. Hidangkan..


6 comments:

  1. salam kak mas,
    cantiknya udang rock ni bila guna udang rimau. menu kita sama kak, udang rock n roll. hihi. tapi saya guna udang kecit2.

    saya dah buat tag, simple2 jer kak. lepas utang. terima kasih kak atas tag tu. :)

    ReplyDelete
  2. tu la indah, macam berjanji kan...sedap kan udang tu...anak k.mas pun suka, maceh indah....k.mas dah baca...

    ReplyDelete
  3. adoilah Mas, cukup ke 6 ekor tuh?? kalau akak sorang 6 ekor.. huhu

    ReplyDelete
  4. cukup tu kak, lauk lain ada lagi, ha..ha..tu pun ada lauk yg tak abis...semuanya teringin..masak jer sikit2...sahur nanti tak mo mkn nasi dah...

    ReplyDelete
  5. salam mas...nmpknyer ramai dh bt udang rock n roll ni tp sy kena kurangkan seafood bt ms skrng-cian kan :(

    ReplyDelete
  6. I like use viagra, but this no good in my life, so viagra no good.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...