Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Monday, August 30, 2010

Nasi Kebuli



Mas buat untuk berbuka, sedap jer tengok kat dapur Kak Hana, teringin juga nak mencuba, resepi asal kata Kak Hana dari Kak Shidah , maceh yer untuk akak berdua, sedap nasi kebuli ni....Mas buat Telur masak mamak ngan kuah cili untuk makan ngan Nasi Kebuli ni sebab ayam tu dah goreng, tak de kuah pulak...habis licin juga nasi ni anak2 Mas makan , he..he..

Nasi Kebuli
Copy : Kak Hana 
Bahan-bahan
Bahan A
  • 1 ekor ayam - potong 4
  • garam, kunyit
  • >>> gaul ayam dengan garam dan kunyit, perap for 8 hours
Bahan B - blend
  • 1 tsp ketumbar
  • 1/2 tsp lada hitam
  • 15 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai (resepi asal 4) - hana 1blend, 1ketuk
  • 1 tsp serbuk kunyit
Bahan C
  • 4 pot basmathi
  • 4 1/2 pot air
  • garam
  • 1 tbs chicken stock granules @ 1 ketul kiub ayam (optional)
Cara-cara
  • Basuh dan toskan basmathi
  • Masukkan air dalam periuk, bersama dengan bahan A and B.
  • Biarkan mendidih sehingga ayam 3/4 masak.
  • Keluarkan ayam, masukkan beras, garam and chicken stock.
  • Transfer ke dalam rice cooker, tanak hingga nasik masak.
  • Ayam yg 3/4 masak tu, goreng hingga garing, hidangkan dengan nasi.


4 comments:

  1. Salam kak mas,
    Wah... nasi kebuli. menu menarik utk berbuka. ;)

    ReplyDelete
  2. salam indah, he..he..sedap tau indah...try la buat..

    ReplyDelete
  3. mas..nk tnya, pada mas nasi kebuli ni mana sedap ngan nasi ayam goreng tu? nk buat esok neh..tak tau nk buat yg mana

    ReplyDelete
  4. izah..pada mas nasi ayam goreng lebih sedap..he..he...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...