Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Sunday, August 1, 2010

NASI GORENG BELACAN


Pagi ni sarapan Nasi Goreng Belacan, ada nasi lebih malam tadi, jadi Mas buat nasi goreng, lagi pun suami kerja pagi ni...Mas makan dengan Ain dan Daniel jer....kalau tak kami dah kat Pasar Tani dah pagi2 macam ni..minggu depan baru pergi pasar tani...ari ni melepak kat rumah....

NASI GORENG BELACAN
Bahan-bahan :
  • nasi untuk 3 orang makan
  • isi ayam
  • *10 tangkai cili merah
  • *3 ulas bawang putih
  • * 6 biji bawang merah
  • *1 sudu besar udang kering - rendam kejap ,toskan
  • *2 inci belacan bakar
  • 3 biji telur
  • 2 sudu besar sos tiram
  • garam (kalau perlu) & perasa secukupnya
  • 1 cawan ikan bilis goreng(terpulang nak gaul sekali dengan nasi atau makan bersama nasi)
Cara-cara
  • Tumis bahan2 kisar*, hingga naik bau dan betul2 garing.Masukkan sos tiram, isi ayam dan gaul rata. Tambahkan garam & serbuk perasa. Kacau hingga sebati. Pecahkan telur, biarkan sekejap baru masukkan nasi dan gaul rata. Bila bahan2 sudah menyerap matikan api. Siap dihidang panas bersama ikan bilis goreng dan kacang goreng.


4 comments:

  1. salam mas..

    wuiiii..ko wat nasi goreng belachan??? emmm power tu makan panas2 time ujan macam kat sini..akak niari..masih blur kambeng taktau nak masak apa for lunch..tadi dah makan cucur udang banyak gaks..tu yg lunch mungkin lambat sket arr... :)

    ReplyDelete
  2. salam kak yat..ha..ha..power tau nasi goreng ni..sedap...nak cucur udang sikittt..

    ReplyDelete
  3. memang best nasi ni lepas tu saya bersin je laaa

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...