Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Friday, August 6, 2010

MUFFIN DURIAN



Masa selongkar dapur Kak Hana nampak Muffin Durian, jadi bila dah ada durian Mas try buat Muffin Durian  ni, memang sedap...gebu tau muffin ni...rasanya dah ramai yang buat Mufin Durian ni..kata Kak Hana resepi asal dari Che Mat Gebu, maceh yer Kak Hana dan Che Mat Gebu....

MUFFIN DURIAN
Copy : Kak Hana dan juga Che Mat Gebu

Bahan-bahan
  • 125 g mentega
  • 100 g gula halus
  • 2 biji telur gred A + 1 kuning telur
  • 130 g tepung gandum*
  • 3/4 camca teh serbuk penaik*(*disatukan dan diayak)
  • 20 ml susu segar
  • 70 g isi durian
  • 30 g hazelnut, dicincang kasar - mas tak letak

Cara-cara
  1. Pukul mentega, gula dan telur hingga kembang dan gula hancur. Masukkan isi durian dan terus memukul hingga sebati.
  2. Masukkan tepung berselang seli dgn susu segar hingga habis. Gaul rata.
  3. Masukkan cincangan hazelnut, dan gaul rata menggunakan spatula. Boleh juga diganti dgn walnut, badam atau tak payah letak kalau tak nak..
  4. Isi dalam muffin cup 3/4 penuh dan hias dgn sebiji hazelnut. Banyak atau sikit bilangan muffin bergantung pada saiz muffin cup masing2.
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C, selama 25 minit. Sejukkan atas redai.

8 comments:

  1. alahai..ni yg tak tahan dengan muffin doyan ni..meh kita tukar ngan almond cluster nk?? tp akak nk buah durian tu skali...wakahkahkah...

    ReplyDelete
  2. kak mas,sedapnye napak muffin ni... ni bwk pinggan ni nk mintak brg 2 3 ketul,hehhehe...

    ReplyDelete
  3. salam kak norma...ha..ha..muffin boleh la mas kasi..kalau nak buah sekali dah tinggal kulit doyan dah...best ni tukar dengan almond cluster...nak4....mas dah tengok tadi...sedapnya...akak bawa 1 kotak ke...he..he..


    salam mimiey...ha..ha..kalau dah bawa pinggan tu mesti nak lebih ni...10 ketoi cukup...

    ReplyDelete
  4. salam mas,
    wah ni mesti sedap muffin durian..
    rajin mas buat muffins..poslah sini sikit..hehe

    ReplyDelete
  5. salam kak ayu..ha..ha..belum jemu la gi kak...nanti bila dah lama tak de muffin , faham2 jer la...boleh kak...petang nanti sampai..

    ReplyDelete
  6. salam...uish hebat ni.. akak pon suka resipi2 durian neh.. akak banyak resipi pahang pakai tempoyak..memang minat derian2 neh wehhh...hihi.

    ReplyDelete
  7. mimiey...ha..ha...berapa orang nk makan tu....

    salam kak nores, ha..ha..ni mesti hantu doyan ni..sama macam mas...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...