Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Wednesday, August 4, 2010

MOIST CHOCOLATE CAKE



Kek untuk Birthday Ain semalam...Mas buat Moist Chocolate Cake sebab Marble Banana Muffin yang Mas buat  untuk kawan2 sekolah Kafa Ain dah abis, jadi untuk kasi kat jiran2, kena la Mas buat lain..Ain nak kek coklat, jadi inilah hasil dari selongkar dapur Izah dan Kak Yatie, Mas jumpa resepi kek coklat ni..bahan2 pun ada kat rumah, jadi petang semalam Mas lancarkan projek kek coklat ni...sedap tau dan topping kek ni pun simple jer, tak guna coklat masakan....tetap sedap....rasanya kalau simpan dalam peti ais lagi sedap dimakan...  

Moist Chocolate Cake
Copy : Kak Yatie dan boleh juga tengok kat dapur Izah  
Bahan2 ( loyang 9x9 in / 8x8 in ) :
  • 3 biji telur
  • 2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • sedikit garam
  • 1 cawan susu segar
  • 1 cawan minyak jagung / minyak masak
  • 1 cawan air panas didih
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sudu kecil nescafe*
  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 2 sudu kecil baking soda*
  • 1 sudu kecil baking powder*     -bahan2 bertanda* diayak-
Cara membuatnya :
  1. Ayak bahan2 bertanda* dan ketepikan.
  2. Pukul telur dan gula hingga kembang kemudian masukkan esen vanila, garam dan minyak . Pukul lagi.
  3. Masukkan susu segar dan air panas didih, pukul lagi kemudian masukkan tepung dan bahan2 ayak tadi, gaul sebati.
  4. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain supaya air tak menitis atas kek. Setelah air mendidih bolehlah kukus kek dengan api sederhana.
  5. Sapu loyang dengan sedikit butter dan alaskan dengan kertas minyak ( Mas guna bekas kek non-stik tak payah sapu butter terus tuang adunan ). Tuang adunan dan kukus selama 1 jam. 
  6. Setelah masak, angkat dan sejukkan dahulu sebelum dipotong.
  7. Kalau suka bolehlah disapu chocolate ganache dan hias mengikut citarasa masing2

Bahan Topping :
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 2 sudu besar minyak jagung / minyak masak
  • 1/2 cawan serbuk koko
Cara membuatnya :
  1. Campurkan susu pekat manis, serbuk koko dan minyak. Masak atas api sederhana hingga pekat dan sentiasa kacau dengan whisker dan masukkan esen vanila dan kacau lagi. Bila pekat dan berkilat ( dalam 10 minit ) tutup api dan biarkan sejuk. Sapu atas kek yang telah sejuk.  - Mas biarkan suam dan tuang atas kek
  2. Kek ni boleh juga dibuat dalam bekas2 kecil seperti muffin dan cetak lompang yang dialas kertas muffin / cupcake. Selamat Mencuba....

2 comments:

  1. salam ziarah..skrg ni kek coklat kat umah dah tak laku..mungkin sebab dah jemu kot

    ReplyDelete
  2. salam kak ina
    mungkin juga kak..kena biar lama sikit...lepas tu baru buat balik..mas pun jarang2 buat...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...