Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Thursday, August 5, 2010

Keli Goreng Sambal Tempoyak



Ari tu nampak kat dapur Che Mat Gebu, Kembung Goreng Sambal Tempoyak, terliur dibuatnya...tapi Mas tukar dengan ikan keli..jangan marah ye Che Mat, Mas derhaka sikit...minta ampon yer..ha..ha..memang sedap....Mas makan dengan nasi panas dan kangkung goreng belacan jer...perh...sedap sangat...

Keli Goreng Sambal Tempoyak
Copy : Che Mat Gebu

Bahan :
  • 3 ekor ikan keli - bersihkan dengan asam jawa / air limau nipis
  • 1 helai daun kunyit - hiris halus
  • 2 batang serai - hiris serong kasar
  • 5 biji bawang merah *
  • 1 biji bawang kecil bawang besar *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 inci kunyit hidup *
  • 25 biji cili padi siam merah *
  • 1 camca besar penuh tempoyak
  • 3 keping asam gelugor 
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 cawan air
Cara membuatnya :
  1. Ikan keli dicuci bersih dengan asam jawa / air limau nipis, kemudian lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng embal2 ( tidak terlalu garing ) angkat dan toskan.
  2. Tumbuk lumat bahan2 bertanda ( * ), kemudian masukkan serai yang dihiris serong dan tumbuk sekejap tapi jangan hancur sangat, biar kasar2.
  3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan2 tumbuk tadi hingga bau harum, kemudian masukkan tempoyak, kacau dan tuang air. Tambah asam gelugor, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan yang digoreng tadi dan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan nasi panas.

2 comments:

  1. mas samat pagi..hamboi hamboi..sampai ke sini baunya..sedapnya tempoyakkk..saya kalau nasi panas2 dapat makan sambal tempoyak..peehh bertambah2 nasi tak hengaaatt

    ReplyDelete
  2. ha..ha..dasyat juga pegangan bau tempoyak ni...pandai dia cari rumah izah...sedap izah..try la buat...memang bertambah2 makan dengan nasi panas...che mat cakap makan dengan petai lagi sedap....mas tak makan petai la....tu yang belasah kangkung tu...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...