Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Saturday, August 21, 2010

Daging Berkunyit Berkentang



Daging Berkunyit Berkentang ni Mas masak untuk berbuka semalam, tengah memikir nak masak pe daging semalam, nampak Izah buat Daging Berkunyit Berkentang, jadi Mas pun buat juga, memang sedap, Mas derhaka sikit resepi ni, tambah lada hitam ,he..he..resepi asal dari CMG, boleh juga tengok kat dapur CMG yer...maceh yer Izah dan CMG, memang sedap....Daniel suka sangat.... 

Daging Berkunyit Berkentang
Sumber : Izah dan juga CMG

Bahan - bahannya :
  • 300g daging batang pinang, hiris nipis, cuci dan toskan
  • 1 inci kunyit hidup - tumbuk lumat
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk lumat
  • 1/2 inci halia - tumbuk lumat
  • 1 biji kentang - kupas, potong dadu kasar2 dan rendam
  • 1 biji bawang besar - hiris kasar
  • 1 biji lada merah - hiris - mas ganti dengan cili kering - potong panjang2 jer
  • 1 biji lada hijau - hiris  - mas tak letak
  • 1/2 cawan air
  • 2 camca besar minyak masak
  • garam dan gula secukup rasa 


Cara membuatnya :
  1. Daging digaul dengan bahan tumbuk lumat hingga rata, perap selama 1 jam (seeloknya siapkan sebelum anda masuk tidur). Kentang tadi digoreng (toskan dahulu) hingga keemasan. Angkat dan toskan.
  2. Panaskan kuali, masukkan daging tadi, kacau dan tuang air. Bila mendidih, kecilkan api dan masak hingga daging lembut. Masukkan minyak masak, gaul rata dan biar daging sedikit garing.
  3. Tambah kentang, hirisan bawang, hirisan cili hijau/merah dan perasakan dengan garam dan secubit gula. Kacau rata dan masak hingga bahan2 tadi layu sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat...hmmm...no comment yeaaa...

4 comments:

  1. Salam kak mas,
    Hu, windu daging. dah lama tak beli. berpantang skit baru2 ni. sedapnya nampak menu daging berkunyit tu kak. makan ngan nasi minyak pun sodap ni!

    ReplyDelete
  2. mass...sedapkan bila perap lama sikit, daging tu terasa la bahan tumis tu.. kalau tambah kacang panjang ke, bendi ke rasanya tak lari..memang sedap

    ReplyDelete
  3. i panggil ni daging masak blackpepper hihi..

    ReplyDelete
  4. indah
    kak mas pun baru beli daging balik...terpandang pulak izah masak daging kunyit, tu yg buat..memang sedap...daniel suka sangat...

    izah
    betul tu izah, memang sedap, senang pulak tu buatnya...sayur tak de stok la izah, tu yang tak letak...lain kali nk letak bendi plak...

    zarin
    ha..ha..boleh la tu, tapi kunyit lagi ok sebab masakan tu nmpk kuning...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...