Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Wednesday, August 25, 2010

Cokodok Roti



Mas buat untuk berbuka semalam, lagi pun ada baki roti yang dah nak expired, jadi Mas buat cokodok roti, jangan membazir roti yang dah keras atau yang dah expired tau, buat jer cokodok roti, sedap tau dicicah ngan sos cili dan mayonnis, bahan2 tu Mas letak jer apa yang ada ....lagi pun bila letak roti, cokodok ni lebih lembut...Ain ngan Daniel pun suka...

Cokodok Roti
Bahan :
  • roti sandwich - yang dah nak expired / keras
  • udang segar - potong 3
  • sedikit serbuk kari
  • 1 biji bawang besar - hiris2
  • 1 biji telur 
  • jagung
  • tauge
  • kucai
  • cili merah - hiris2
  • ikan bilis - tumbuk
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk perasa
  •  tepung - agak2 masa bancuh adunan
Cara membuatnya :
  1. Rendam roti dengan air ( agak2 tenggelam roti tu ), biar kembang dan hancurkan kasar2.
  2. Kemudian masukkan semua bahan kecuali tauge, kucai, jagung dan tepung, kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung sedikit2 dan bancuh hingga jadi macam cokodok biasa. Tepung bertujuan untuk memekatkan sikit bancuhan tu. Masukkan jagung, kucai dan tauge. Kacau lagi.
  4. Goreng seperti buat cokodok dan sedap dimakan panas2.

4 comments:

  1. cekodok roti ni blm pernah mkn lg tapika i terliur itu popia pedas...nanti tolong wat sebalang untuk i ye! hehe

    ReplyDelete
  2. try la buat cokodok roti tu zarin, sedap tau...ha..ha..isyaAllah kalau rajin..he..he..

    ReplyDelete
  3. salam sngah memlm mas..waduh..mcm2 mnu kat dpur mas ni..kmaz smjak duk gntel ckut ni dah 3 hri xmks..main bli je..huhu..slmat brshur utk mas sklrga..

    ReplyDelete
  4. maceh kak, kak maz pun dah start buat biskut raya...tu la, letih kan kalau dah mengadap biskut tu....mas pun ada setengah beli juga..ha..ha..dah penat nk masak lagi, masa pun tak cukup...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...