Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Thursday, August 26, 2010

Butter Cookies



Petang semalam Mas buat Butter Cookies pula, ni permintaan adik tercayang yang nak makan Butter Cookies. Ikutkan Mas nak buat minggu depan, tapi disebabkan Yan nak singgah rumah malam ni, Mas buat awal sikit biskut ngan popia pedas tu, nak kirim kat mertua, raya tahun ni beraya kat kampung Mas, lepas raya baru balik rumah mertua, jadi Mas kirimkan dulu biskut raya, orangnya lepas raya baru balik...he..he..resepi Mas dapat hasil dari mengintai kat Myresepi dan dapur E-na Zarina, maceh yer....

Butter Cookies - Mas dapat 70 biji lebih.
Copy : Myresepi
          E-na Zarina
Bahan - bahan :
  • 180gm butter
  • 120gm gula kastor
  • 450gm tepung naik sendiri
  • 50gm tepung jagung
  • 2 biji telur
  • chocolate chip - ikut nak banyak mana
  • chocolate rice - optial
Cara membuatnya :
  1. Pukul butter dan gula hingga berkrim. 
  2. Masukkan telur dan kacau rata.
  3. Kemudian masukkan semua bahan lain, kacau sehinnga mesra.
  4. Buat bentuk bulat2 dan tekan menggunakan garfu. Tabur chocolate rice atas biskut.
  5. Bakar pada 180 C selama 15 - 20 minit hingga masak.   
  6. Sejukkan di atas redai dan simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat Mencuba!


4 comments:

  1. MAS..RAYA MANA TAHUN NI? KULIM KE? best ye biskut ni?

    ReplyDelete
  2. raya kat kulim izah...raya ke-2 baru balik pahang...izah raya kat mana tahun ni....sedap izah biskut butter ni, lagi lama lagi sedap rasanya....

    ReplyDelete
  3. wahhh,kak mas dh stat mengukis...bleh mintak sebalang ni,ngeh3....

    ReplyDelete
  4. mimiey
    ha..ha..ha..boleh kalau nak balang...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...