Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Friday, August 13, 2010

Agar2 Soya & Cincau




Assalamualaikum.
Mas buat semalam untuk berbuka puasa...kalau bulan puasa Mas memang suka makan agar- agar...tengok air soya ada banyak dan cincau pun masih ada sikit lagi, jadi Mas try buat Agar - agar Soya Dan Cincau...memang sedap...lebih sedap makan masa sejuk...nyamannya...


Agar2 Soya & Cincau
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
10g serbuk agar-agar 
1 liter air soya kotak
125g gula pasir  - boleh kurang @ tambah ikut manis masing2
Cincau dicincang @ dadu kasar 


Cara :
Masak serbuk agar2 bersama air soya dan gula sehingga larut. 
Apabila telah larut kesemuanya, matikan api. 
Masukkan cincau yang telah dicincang tadi ke dalam adunan agar2. 
Tuangkan ke dalam loyang @ bekas  yang disukai dan sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

Tips :
Jika guna bekas kecil, basahkan dulu bekas tu baru tuang agar2 supaya senang nak keluarkan nanti.





6 comments:

  1. Salam kak mas,
    Idea yang bagus kak. cantiknya puding tu bl letak cincau. yum yum.. :)

    ReplyDelete
  2. suka gak soya & cincau. menarik ni. nnt boleh cuba ;)

    ReplyDelete
  3. salam mas...ermmmm,ptg ni nak beli cincau la-bt air bandung cincau sedap gak yer mas :)

    ReplyDelete
  4. salam indah, ha..ha..maceh...sedap tau indah..

    salam kak ain, mas memang suka soya dan cincau ni..selamat mencuba kak..

    salam del..wow..mas pun suka cincau bandung..sedapnya...

    ReplyDelete
  5. mas.sedapnya agar2 tu..sejuk jek tekak kan

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...