Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Sunday, March 20, 2011

Rendang Pedas Daging




Assalamualaikum. 
Alhamdulillah Mas sekeluarga selamat sampai ke Subang malam tadi. 
Meh layan Rendang Pedas Daging lak pagi ni. Mas buat kat kampung semalam, ada lagi tu dalam freeze untuk dipanaskan balik kejap lagi. Rendang Pedas Daging ni adalah resepi dari MIL,lama juga belajar, baru pandai. Sedap tau dimakan dengan nasi panas, lebih sedapp dimakan dengan lemang atau ketupat. Rendang Pedas Daging ni memang menu wajib dalam juadah hari raya. Meh tengok resepinya.


Rendang Pedas Daging
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 kilo daging - dihiris kecil2
2 biji bawang besar - dihiris halus
1 helai daun kunyit - dihiris halus
1/4 inci halia - dihiris nipis
* 1/2 inci halia
* 1/2 inci lengkuas
* 10  biji cili kering yang direndam ( kalau nak pedas boleh letak lebih )
2 batang serai
* 1/2 inci kunyit hidup
* 1/2 sudu kecil garam kasar
3 ulas bawang putih
santan dari 1 biji kelapa
gula secukup rasa
sedikit garam halus untuk ditambah jika kurang masin
3 sudu besar kelapa parut - ditumbuk sedikit





Cara memasak :
Kisar atau tumbuk halus bahan2 yang bertanda  * . Ketepikan.
Masukkan daging ke dalam kuali. 
Masukkan bahan2 yang dikisar atau ditumbuk halus tadi. Gaulkan atau sebatikan dengan daging. 
Masukkan bawang besar yang dihiris nipis, halia yang dihiris nipis, daun kunyit yang dihiris halus, santan ,kelapa parut yang telah ditumbuk sedikit dan gula . Gaul sebati.
Buka api dan masak rendang tadi hingga masak.Jika rasa kurang masin boleh tambah garam halus. 
Masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau rendang hingga daging empuk dan rendang kering.
Sedap dimakan dengan nasi panas, lemang atau ketupat.


19 comments:

  1. salam....
    mr.mama nak balik kampung kena tunggu raya la huhuhuhu....
    mas! yang perangat tu lagi kick tu..hehehe.....

    ReplyDelete
  2. mr mama,
    betul3..rendang klu panaskan balik..lagi sedappp oooo...

    ReplyDelete
  3. rendang!!!!!mau....mau...lps panaskan, jangan lupa bukak pintu dapo tau...jap g mie smpai...nk sidai baju lu....lallalalalla

    ReplyDelete
  4. morning kak mas!! resepi kt nk sama ngn resepi mama tun, cuma kiteorg xletak kelapa parut tuh.
    nmpk sgt sedap, husban tun mmg suke sgt rendang daging nih.

    ReplyDelete
  5. Mimiey,
    rindunya kat budak kecik ni..he..he..
    nak yer mimiey..tunggu kak mas buka pintu dapo tau...

    Tun,
    try la tun, sedapp tau rendang ni...kelapa tu untuk sedappkan lagi rendang tu...hubby kak mas pun suka rendang....

    ReplyDelete
  6. massss... akak nak rendangg! makan ngan nasik putih pong xpe kan kan... heeeee

    ReplyDelete
  7. salam mas
    dah sampai rumah dah ya..balik kg mana tu?..mesti seronok kan?..kawan kita izah tu tengah seronok makan char kue tiau.tak hengat nak balik..
    wakakaka..

    meh sini rendang tu sikit.layan dgn nasi impit..perghhh..sedapnya..

    ReplyDelete
  8. Kak Hana,
    akak..tukar ngan bihun goreng akak boleh..he..he..
    ehhhh..makan rendang daging ni ngan bihun pun sedapp kan kak...
    meh kita tukar menukar....

    Kak Anim,
    alhamdudillah dah selamat sampai semalam...
    mas balik rumah mertua kat pahang...
    ijahh tu pun dah nak balik tu...
    dia dah balas dendam kat char koewtiaw tu...wakakaka...
    tergelak mas baca mesej makcik tu..he..he..
    hmmm..memang sedapp makan rendang ngan nasi impit..klu kat rumah ni mas ngan anak2 jer yg makan ngan nasi impit...hubby suka makan ngan lemamg..he..he..

    ReplyDelete
  9. Rendang looks delicious ya!Can sub with mutton! :D

    ReplyDelete
  10. Mas...adik kak ayu ni...mm lama kak ayu tak jenguk sbb busy dik...mmm akhir jumpa gak rendang tanpa daun kunyit eik....mmm sbb kat sini susah nak cari daun kunyit ni.......sedap ni Mas....tukar ngan ayam ke, kambing ke...ok gak kan?

    ReplyDelete
  11. Lama xmkn rendang. Last sekali raya tahun lepas (biasalah mkn time raya je). Hehe.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum..
    lamanya dah tak makan rendang. Mas akak nak sepinggan buat lunch hari ni.

    ReplyDelete
  13. b.r.u.t.a.l.s.o.l.o,
    salam kenal dan selamat mencuba.....

    Love,
    hmmm...ngan kambing pun sedapp love...boleh jer..he..he...

    Kak Ayu Safieza,
    akak..rendang ni guna daun kunyit la kak..he..he..ada tu tertulis..
    klu tak letak pun tak pe...cuma kurang la rendangnya....
    akak nak guna daging apa pun boleh..ayam pun sedapp tau...

    Aishahias,
    klu mas memang selalu buat rendang gini..hubby dan anak2 suka...

    ReplyDelete
  14. Mas..aku nak sepinggan!ada lagi kan kan?tolong pnskan sekali yer..jgn 2x lak..takut hangus..haha

    ReplyDelete
  15. wow!nak rendang =0).
    sedap giler kalu makan ngn nasik puteh =0).
    kak mas, bila kita boleh berdating lagi ye?hehehehe

    ReplyDelete
  16. Sue,
    wehhh..tahu jer kau aku dah panaskan rendang ni..he..he...
    nahhh aku kasi...1 pinggan kecik..kau tak leh makan banyak2..wakakaka..

    Nurul.
    meh join kak mas lunch...he..he..
    nanti kak mas mesej tau..he..he..
    kak mas baru jer gi hospital sebelum cuti sek ari tu...

    ReplyDelete
  17. Kak Sam,
    kalau mas memang selalu buat rendang...he..he..meh kak join mas lunch...

    ReplyDelete
  18. sis,asalkan daging semua sy bantai.heheeee

    folow sni^^

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...