Assalamualaikum.
Antara koleksi biskut yang menjadi pilihan Mas, Biskut Bangkit Cheese yang sangat sedap ini, teksturnya yang gebu ringan dimulut amat asyik apabila dimakan .
Mas share lagi resepinya disini .
Selamat mencuba.
Bahan :
250gm Mentega
180gm Gula Aising
2 biji Kuning Telur
250g Tepung Ubi - sanggar 10 min
225g Tepung Jagung
70g Parutan Keju Cheddar - utk letak dlm adunan
kuning telur dan sedikit parutan keju - utk hiasan
CARA2:
1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati menggunakan senduk.
2. Masukkan kuning telur ,kacau sebati, masukkan tepung ubi yang disanggar tdi dan parutan cheddar cheese, gaul sebati.
3. masukkan tepung jagung sedikit2 dan uli hingga doh tak melekit ditangan.
4. Canai , terap. Sapukan sedikit kuning telur di permukaan biskut dan taburkan sedikit parutan keju atas setiap biskut.
5. Bakar 160C 25 minit dengan api atas bawah.
Hi sis...boleh ke gantikan keju cheddar slice,kalau xada yg blok/buku tu ? Tq
ReplyDelete