Search This Blog

Friday, July 18, 2014

Biskut Samperit yang sedap...




Assalamualaikum.
Biskut wajib dibuat tiap tahun...
Biskut Samperit ..
Mas suka guna resepi dari blog Noorsha ...
Tekstur biskut yang mencair dimulut memang best dinikmati...
Mas share resepinya yerk..

Biskut Dahlia
Resepi : Norazie - Resepi.net

Bahan :
300 g mentega - SCS atau Anchor atau mentega pilihan

160 g gula aising - Mas ikut Noorsha guna 120 gm
2 kuning telur
4 sudu makan susu pekat manis - Mas ikut Noorsha tambah
1 camca teh esen vanilla

240 g tepung gandum * - Jika adunan masih lembik, boleh tambah sedikit2
100 g tepung jagung *
160 g tepung kastard ( Noorsha guna 200gm ) *
(*bahan bertanda *  diayak)
Ceri merah - dipotong kecil untuk hiasan

Cara :
Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla @ rose dan putar hingga kembang. ( Noorsha pukul bersama mentega, gula icing, telur kuning dan susu pekat dengan menggunakan spatula sahaja asal bercampur semua..tak perlu pukul lama sebab nanti kukis jadi kembang ).
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan. ( Untuk step ini, Noorsha masukkan tepung kastad dan tepung jagung terlebih dahulu.. kacau rata dengan spatula. kemudian baru masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut dan mudah dibentuk ).
Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. ( Mas pun macam Noorsha guna suhu 130 C dan bakar selama 20 minit... suhu ni bergntung pada jenis oven masing² ya..jadi kenali  oven anda... hehe)
Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.



11 comments:

  1. Assalam..salam ziarah..

    biskut ni mmg tak pernah jemu nak makan...dulu kini dah selamanya sedap..heheh

    ReplyDelete
  2. salam Mas akak mmg teirngin gak nak buat samprit ni dah ada resepi boleh lah try nanti

    ReplyDelete
  3. mmg mencari resepi semperit terbaik.thank u mas!:-)

    ReplyDelete
  4. biskut raya favourite saya ni..memang wajib ada setiap tahun..:)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kongsikan resepinya..biskut paling sue suka..nak cuba buat sendiri tahun ni 😊😊

    ReplyDelete
  6. lembut dia mcmana ae?? saya da try buat... lg 1 nak Tanya.. apa beza butter ngn mentega? sebab saya guna butter.

    ReplyDelete
  7. Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Resepi Biskut Almond

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.