Search This Blog

Friday, July 18, 2014

Biskut Samperit yang sedap...




Assalamualaikum.
Biskut wajib dibuat tiap tahun...
Biskut Samperit ..
Mas suka guna resepi dari blog Noorsha ...
Tekstur biskut yang mencair dimulut memang best dinikmati...
Mas share resepinya yerk..

Biskut Dahlia
Resepi : Norazie - Resepi.net

Bahan :
300 g mentega - SCS atau Anchor atau mentega pilihan

160 g gula aising - Mas ikut Noorsha guna 120 gm
2 kuning telur
4 sudu makan susu pekat manis - Mas ikut Noorsha tambah
1 camca teh esen vanilla

240 g tepung gandum * - Jika adunan masih lembik, boleh tambah sedikit2
100 g tepung jagung *
160 g tepung kastard ( Noorsha guna 200gm ) *
(*bahan bertanda *  diayak)
Ceri merah - dipotong kecil untuk hiasan

Cara :
Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla @ rose dan putar hingga kembang. ( Noorsha pukul bersama mentega, gula icing, telur kuning dan susu pekat dengan menggunakan spatula sahaja asal bercampur semua..tak perlu pukul lama sebab nanti kukis jadi kembang ).
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan. ( Untuk step ini, Noorsha masukkan tepung kastad dan tepung jagung terlebih dahulu.. kacau rata dengan spatula. kemudian baru masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut dan mudah dibentuk ).
Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. ( Mas pun macam Noorsha guna suhu 130 C dan bakar selama 20 minit... suhu ni bergntung pada jenis oven masing² ya..jadi kenali  oven anda... hehe)
Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.



Thursday, July 17, 2014

Biskut Semperit Susu Berkeju - Memang Sedap




Assalamualaikum.
Lagi resepi biskut yang ditambah cheese/keju dalamnya... Biskut Semperit Susu Berkeju.. Satu campuran yang menjadikan biskut samperit susu ni lebih sedap.. tak rasa muak disamping tekstur biskut yang seakan2 mencair dimulut... memang sedappp....
Untuk resepi.. Mas copy dari blog Anna Qawina, TQ yerk geng... Mas share resepinya disini ...TQ juga pada Marizah Miza atas idea yang mabeless ni..


Bahan-bahan:
250g susu pekat manis
250g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik.
500g @ 540g tepung jagung apa-apa brand yang sesuai**
3 sudu besar adunan keju (resepi di bawah)
 
Adunan Keju :
(Pukul sebati semua bahan sampai pekat,simpan pati ais,tahan selama 2 minggu) 
125g cream cheese di biar lembut suhu bilik
2sdb susu pekat
1/4 cwn susu cair
1/4 cwn fresh cream (cair), saya guna Vivo

Cara-cara :
Pukul sebati susu pekat manis, butter dan adunan keju. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu.  Pukul guna senduk je.
Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati.
Jika anda suka biskut yang lembab-lembab teksturnya, guna hanya 500g tepung jagung.
Jika anda suka tekstur biskut yang rangup tapi tetap cair dimulut, masukkan 540g tepung jagung.
Picitkan atas dulang yang dialas baking paper/oles dengan mentega. Tekankan ceri merah@coklat chips@  kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.
Sejukkan dan simpan didalam bekas kedap udara.


Tip: 
Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.

Note : 
Saya guna 540g tepung jagung, (marizah Miza guna 600g tepung jagung) sesuai untuk mereka yang menempah biskut ni bawa jalan jauh, tak mudah hancur sebab terlalu lembut, rasanya agak rangup & cair di mulut. Rasa keju balance dengan rasa susu, takdela rasa muak sebab manis susu sebati dengan lemak masin keju.Seeloknya tepung dimasukkan sedikit demi sedikit untuk medapatkan tekstur doh yg kita mahu.



Nota :
Untuk yang berminat.. Mas masih menerima tempahan Biskut Semperit Susu Berkeju ini.. sila whatsap @ call 0134242505 . 
Kaw : Giant Stadium Shah Alam Sek 13 &  Space U8 Jelutong ...boleh ambil dilokasi itu yerk..



Wednesday, July 16, 2014

Biskut Bangkit Cheese yang sedapp...




Assalamualaikum.
Entry biskut raya yang pertama... Biskut Bangkit Cheese ..
Sangattt sedapp... gebu dan seakan2 mencair dimulut..
Cheddar yang ditambah dalam adunan menjadikan biskut bangkit cheese ini sangat mabeless....sedikit kelainan untuk mempelbagaikan aneka jenis biskut raya.
Terima kasih pd tuan resepi yang asal..
Untuk resepinya... Mas copy dari blog Kak Yatie - Sinar Kehidupanku  .
TQ kak.. Mas share resepi disini juga yerk...


Bahan :


250gm Mentega
180gm Gula Aising
2 biji Kuning Telur
250g Tepung Ubi - sanggar 10 min
180 - 225g Tepung Jagung
70g Parutan Keju Cheddar - utk letak dlm adunan
kuning telur dan sedikit parutan keju - utk hiasan


CARA2: 
1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati menggunakan senduk.
2. Masukkan kuning telur ,kacau sebati, masukkan tepung ubi yang disanggar tdi dan parutan cheesedar, gaul sebati.
3. masukkan tepung jagung sedikit2 dan uli hingga doh tak melekit ditangan.
4. Canai , terap. Sapukan sedikit kuning telur di permukaan biskut dan taburkan sedikit parutan keju atas setiap biskut.
5.Bakar 160C 15 -20 minit.



Nota :
Untuk yang berminat.. Mas masih menerima tempahan Biskut Bangkit Cheese ini.. sila whatsap @ call 0134242505 . 
Kaw : Giant Stadium Shah Alam Sek 13 dan  Space U8 Jelutong ...boleh ambil dilokasi itu yerk..



Monday, July 7, 2014

Kuih Tepung Pelita yang sedap ...





Assalamualaikum.
Antara kuih kegemaran dibulan Ramadhan ... 
Alhamdulillah...Mas jumpa resepi yang sedappp pada Mas...
Dah banyak kali Mas guna resepi Kak Yani @myresepi
Jadi Mas recomended untuk mencuba resepi ini...


Kuih Tepung Pelita

Bahan2 ( 12 cups - bergantung pd saiz bekas )

Lapisan hijau @ bawah :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur  - jgn letak banyak, nnti pahit

Lapisan putih @ atas :
4 sudu besar tepung beras - ratakan
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
 sedikit garam dalam anggaran 1 sudu kecil



Cara :

Untuk lapisan Hijau :
Tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat ( hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya ).
Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.

Untuk lapisan atas : 
Perah santan, masukkan tepung yang 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan..
Kemudian masak pula adunan santan yang diadun tadi dan kacau sehingga adunan pekat ( hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya ). 

Nota : 
 ( Mas tambah lagi 2 sudu besar tepung beras yang dibancuh dengan sdikit air sebab adunan nampak agak cair.. jadi ikut dulu resepi iaitu 4 sudu besar tepung beras, jika adunan nampak cair mcm Mas, tambah sedikit2 hingga nampak agak kenyal masa mengacau.) 

Angkat dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan.





Saturday, July 5, 2014

Aneka Tempahan




Moist Choc Cupcake 



Moist Choc Cupcake 



Roti Jala & Kari Ayam



Apam Polkadot



Moist Choc Cake 



Untuk tempahan @ pertanyaan , boleh call @ whatsap 013 4242505, 
juga call no 03 78599266


Wednesday, July 2, 2014

Kaswi Gandum ... memang sedap..




Assalamualaikum.
Dah berkali2 Mas buat Kaswi Gandum ni... memang resepi yang paling best...
Lembut kenyal jerk kejadiannya...
Jadi untuk penggemar kaswi yang belum mencuba resepi Chef Hanie Lieza - Fotopages, boleh mencubanya ...


Kaswi Gandum
Sumber : MasDuniaku.

Bahan Sirap :
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
* Mas ikut Izah tambah beberapa helai daun pandan

Masakkan semua dan sejukkan.

Bahan :
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji @ ubi @ jagung
1 sudu kecil kapur kueh - optional - Kali ni Mas x letak
Kelapa parut - yang muda
Sedikit garam

Cara:
Panaskan kukusan.
Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. Lapikkan pelastik saiz loyang.
Bancuh semua bahan hingga sebati dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
Masakkan sehingga masak  ( 30 minit ).
Tunggu sehingga sejuk baru boleh potong dengan pisau pelastik.
Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
Lumurkan kaswi yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.


Mas buat 1/2 adunan pun dapat banyak , puas makan untuk 4 orang...jadi untuk family besar, 1 adunan memang cukup elok, boleh dapat 1 loyang besar....



Hong Kong Egg Tart





Assalamualaikum.
Gara2 terliur tengok kt fb.. Mas pun mencuba Hong Kong Egg Tart.. untuk resepinya.. Mas copy dari blog Dapur Tanpa Sempadan hasil dari google.
TQ yerk CMG  ...Mas share resepinya disini pulak yerk..


BAHAN-BAHAN PASTRI :-)

160 gram tepung gandum
75 gram mentega
1 camca besar penuh gula aising
1 kuning telur
1/2 bahagian putih telur
Secubit garam
Tepung gandum jika perlu

BAHAN-BAHAN KASTARD (INTI) :-)
2 biji telur
75 gram gula halus
75 ml air panas
125 ml susu segar
1/4 camca teh esen vanilla
Secubit garam
Beberapa titik pewarna makanan kuning telur (optional)



CARA MEMBUATNYA :-)



UNTUK PASTRY :- 
Putar mentega dan gula aising hingga sebati, masukkan kuning telur dan 1/2 bahagian putih telur, putar hingga rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga menjadi doh, jika doh terlalu lembut, tambah sedikit lagi tepung. Balut doh dengan plastik cling dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
Keluarkan pastry, bahagikan kepada 12 bahagian sama besar dan bulat2kan. Ambil satu bahagian, tekan doh ke dalam acuan tart hingga meninggi seperti dalam gambar di atas. Kemudian tolak ke dalam seperti dalam gambar dan tekan sekali lagi agar membentuk kelongsong yang bahagian tepinya seakan2 kelim karipap, seperti dalam gambar. Buat hingga siap dan masukkan ke dalam peti sejuk semula semalam 30 minit.

UNTUK KASTARD (INTI) :- 
Bancuh gula dengan air panas dan kacau hingga gula larut, biar sejuk. Kemudian masukkan susu segar, ke dalam air gula tadi, tambah telur, secubit garam dan beberapa titik pewarna makanan kuning telur (kalau guna). Kacau rata dengan whisk dan tapis bancuhan tadi sebanyak 2 kali. Ketepikan


UNTUK HONG KONG EGG TART :- 
Panaskan oven pada suhu 180C. Keluarkan kelongsong tat dari peti sejuk, susun atas dulang pembakar. Tuang kastard tadi hingga penuh. Buat hingga siap dan masukkan ke dalam oven, bakar selama 25 - 30 minit pada rak bawah. Bila kastard kelihata kental dan pastry keperangan, boleh keluarkan dari oven. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan. Hidangkan untuk minum petang....




Tuesday, July 1, 2014

Rendang Ayam Kelantan





Assalamualaikum.
Juadah untuk bersahur semalam.. Mas try Rendang Ayam Kelantan pulak.. Alhamdulillah... memang sedappp... 
Lama dah nampak Kak Fauziah Samad @ Kak Jee , tayang.. baru semalan dapat mencubanya ... TQ yerk kak atas perkongsian resepi rendang ayam yang sedap ni... klu guna daging atau kerang pun sedap,...
Mas share resepi disini pulak yerk..


Bahan :
1 ekor ayam (berat kurang lebih 1.4 kg), dipotong pada saiz sederhana
15 biji bawang merah kecil*
4 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
1/2 inci kunyit hidup (che mat tambah)*
10 biji cili merah*(*dikisar halus)
5 helai daun limau purut (kalau saiz daun anda besar, guna 3 helai)
4 batang serai, diketuk
2 cawan pati santan
1 keping asam gelugor (che mat tambah)
2 helai daun kunyit, dimayang halus
Garam dan gula secukup rasa


Cara memasak :
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan serai titik dan bahan kisar halus. Kacau dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam dan gaul rata, masak hingga ayam kecut sedikit.
Masukkan pati santan, asam gelugor dan daun limau purut, kacau dan biar mendidih, kemudian kecilkan api dan masak hingga pekat. Perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau rata.
Bila rendang kering (tapi masih lembap dan bekuah sedikit), masukkan hirisan halus daun kunyit. Gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, nasi berperisa (seperti nasi minyak, beriani dan sebagainya), nasi impit dan ketupat...
Selamat mencuba!!.