Search This Blog

Monday, July 7, 2014

Kuih Tepung Pelita yang sedap ...





Assalamualaikum.
Antara kuih kegemaran dibulan Ramadhan ... 
Alhamdulillah...Mas jumpa resepi yang sedappp pada Mas...
Dah banyak kali Mas guna resepi Kak Yani @myresepi
Jadi Mas recomended untuk mencuba resepi ini...


Kuih Tepung Pelita

Bahan2 ( 12 cups - bergantung pd saiz bekas )

Lapisan hijau @ bawah :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur  - jgn letak banyak, nnti pahit

Lapisan putih @ atas :
4 sudu besar tepung beras - ratakan
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
 sedikit garam dalam anggaran 1 sudu kecil



Cara :

Untuk lapisan Hijau :
Tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat ( hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya ).
Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.

Untuk lapisan atas : 
Perah santan, masukkan tepung yang 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan..
Kemudian masak pula adunan santan yang diadun tadi dan kacau sehingga adunan pekat ( hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya ). 

Nota : 
 ( Mas tambah lagi 2 sudu besar tepung beras yang dibancuh dengan sdikit air sebab adunan nampak agak cair.. jadi ikut dulu resepi iaitu 4 sudu besar tepung beras, jika adunan nampak cair mcm Mas, tambah sedikit2 hingga nampak agak kenyal masa mengacau.) 

Angkat dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan.





6 comments:

  1. WAH Mas rajin nya sedappp ni, akak belum pernah buat lagi mesti nak kena try ni suatu hari sbb nampak macam lazatttt

    ReplyDelete
  2. salam Mas, selamat berpuasa, nak tanya 1 cawan gula untuk lapisan hijau tak maneh sangat ka ? atau elok dah
    satu lagi soalan harap sudi menberi jawapan plastik lapik kuih talam atau serimuka tu mas beli kat mana ?

    Kak Saadiah , hospikal Kajang

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..elok2 jerk manisnya kak sbb sukatan air 5 cawan..
      plastik tu akak boleh guna plastik yg bungkus lauk tu...potong keliling supaya jadi besar...
      selamat berpuasa juga buat akak

      Delete
  3. akk pun tak buat lagi tepung pelita utk berbuka ni, nnt sng2 akk nk buat jugak la..

    ReplyDelete
  4. wah...ingat tepung pelita kene pakai daun tu jer.pakai bekas plastik ni lagi la senang!:-)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.