Search This Blog

Wednesday, July 16, 2014

Biskut Bangkit Cheese yang sedapp...




Assalamualaikum.
Entry biskut raya yang pertama... Biskut Bangkit Cheese ..
Sangattt sedapp... gebu dan seakan2 mencair dimulut..
Cheddar yang ditambah dalam adunan menjadikan biskut bangkit cheese ini sangat mabeless....sedikit kelainan untuk mempelbagaikan aneka jenis biskut raya.
Terima kasih pd tuan resepi yang asal..
Untuk resepinya... Mas copy dari blog Kak Yatie - Sinar Kehidupanku  .
TQ kak.. Mas share resepi disini juga yerk...


Bahan :


250gm Mentega
180gm Gula Aising
2 biji Kuning Telur
250g Tepung Ubi - sanggar 10 min
180 - 225g Tepung Jagung
70g Parutan Keju Cheddar - utk letak dlm adunan
kuning telur dan sedikit parutan keju - utk hiasan


CARA2: 
1. Pukul mentega dan gula sehingga sebati menggunakan senduk.
2. Masukkan kuning telur ,kacau sebati, masukkan tepung ubi yang disanggar tdi dan parutan cheesedar, gaul sebati.
3. masukkan tepung jagung sedikit2 dan uli hingga doh tak melekit ditangan.
4. Canai , terap. Sapukan sedikit kuning telur di permukaan biskut dan taburkan sedikit parutan keju atas setiap biskut.
5.Bakar 160C 15 -20 minit.



Nota :
Untuk yang berminat.. Mas masih menerima tempahan Biskut Bangkit Cheese ini.. sila whatsap @ call 0134242505 . 
Kaw : Giant Stadium Shah Alam Sek 13 dan  Space U8 Jelutong ...boleh ambil dilokasi itu yerk..



8 comments:

  1. Dah cuba. Sangat sedap. Tk tuan punya resepi.

    ReplyDelete
  2. Salam ramadan..mohon share resipi ni..nk cuba la..mcm best je..terima kasih dan selamat hari raya

    ReplyDelete
  3. Mengapa biskut bangkit cheese saya..seperti lemau? Sukatan mengikut resepi, tetapi telur masuk sekali dengan putih. Adakah ini derhaka namanya.

    ReplyDelete
  4. hi menarik resipi... tepung ubi tu tepung ubi kayu or tepung ubi kentang ye... mcm nk buat lah.. tq share resipi

    ReplyDelete
  5. Nampak menarik..boleh cuba resepi ni.. jmput singgah blog saya ea. Dirawanhartawan.blogsport.com

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.