Assalamualaikum.
Lagi resepi biskut yang ditambah cheese/keju dalamnya... Biskut Semperit Susu Berkeju.. Satu campuran yang menjadikan biskut samperit susu ni lebih sedap.. tak rasa muak disamping tekstur biskut yang seakan2 mencair dimulut... memang sedappp....
Untuk resepi.. Mas copy dari blog Anna Qawina, TQ yerk geng... Mas share resepinya disini ...TQ juga pada Marizah Miza atas idea yang mabeless ni..
Bahan-bahan:
250g susu pekat manis
250g butter, lembut tapi jangan terlalu lembik.
500g @ 540g tepung jagung apa-apa brand yang sesuai**
3 sudu besar adunan keju (resepi di bawah)
Adunan Keju :
(Pukul sebati semua bahan sampai pekat,simpan pati ais,tahan selama 2 minggu)
125g cream cheese di biar lembut suhu bilik
2sdb susu pekat
1/4 cwn susu cair
1/4 cwn fresh cream (cair), saya guna Vivo
Cara-cara :
Pukul sebati susu pekat manis, butter dan adunan keju. Tak perlu pukul sampai kembang atau putih gebu. Pukul guna senduk je.
Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit, sambil digaul sebati.
Jika anda suka biskut yang lembab-lembab teksturnya, guna hanya 500g tepung jagung.
Jika anda suka tekstur biskut yang rangup tapi tetap cair dimulut, masukkan 540g tepung jagung.
Picitkan atas dulang yang dialas baking paper/oles dengan mentega. Tekankan ceri merah@coklat chips@ kismis di atasnya (kalau kismis kena potong 4, ia mengembang 2x ketika dibakar).
Bakar dalam oven yang dipanaskan terlebih dahulu, 170C untuk 12-15 minit atau hingga bawah/tepi biskut nampak mula keperangan.
Sejukkan dan simpan didalam bekas kedap udara.
Tip:
Untuk biskut, tak perlu dipukul sampai kembang seperti membuat kek, kecuali ia dinyatakan dalam resepi. Ini kerana apabila butter dan gula@susu pekat manis dipukul hingga kembang/gebu, kita masukkan udara ke dalam adunan. Apabila adunan ini dibakar, udara dalam adunan akan mengembang dan ini akan menyebabkan biskut turut mengembang.
Note :
Saya guna 540g tepung jagung, (marizah Miza guna 600g tepung jagung) sesuai untuk mereka yang menempah biskut ni bawa jalan jauh, tak mudah hancur sebab terlalu lembut, rasanya agak rangup & cair di mulut. Rasa keju balance dengan rasa susu, takdela rasa muak sebab manis susu sebati dengan lemak masin keju.Seeloknya tepung dimasukkan sedikit demi sedikit untuk medapatkan tekstur doh yg kita mahu.
Nota :
Untuk yang berminat.. Mas masih menerima tempahan Biskut Semperit Susu Berkeju ini.. sila whatsap @ call 0134242505 .
Kaw : Giant Stadium Shah Alam Sek 13 & Space U8 Jelutong ...boleh ambil dilokasi itu yerk..
ya Ampun mas, sedapnya.. hehehe.. aku dah buat biskut dahlia dr blog ko.. sedap.. hehehe.. lupa nak boh kaler kuning sikit.. so pucat la my cookies.. ni lagi sedap.. salam ramadan dan selamat hari raya Mas dan keluarga.. rindu nak raya di Malaysia..
ReplyDeleteSedapnya semperit susu...kak atie buat biskut yg anak2 suka jer
ReplyDeleteNak try lah...tq resepinya
ReplyDelete