Search This Blog

Friday, July 8, 2011

Pau Gebu Kak Fida



Assalamualaikum. Ni gara2 nak menghabiskan stok tepung pau...menerai Pau Gebu Kak Fida lak. Memang best pau ni...lembut gebu jerk..resepi asal pau ni ialah Pau Ayam dan BBQ...oleh kerana Mas buat ni pau kaya...jadi tukar jerk namanya jadi Pau Gebu Kak Fida. Senang nak ingat sebab Mas ada banyak resepi2 pau yang best2 belaka. Maceh pada Kak Fida..sememangnya resepi kak fida ni tak pernah mengecewakan. Sayangnya Kak Fida tak buka blog...kalau tak boleh terjah dapur akak tiap hari.....Terima Kasih juga pada Myresepi..banyak juga resepi2 yang Mas dapat dari sana, salah satunya Mas berpeluang mencuba resepi2 Kak Fida ni......memang terbaik.....oleh kerana Mas tak de tepung Hong Kong dan sememangnya nak menghabiskan stok tepung pau.....Mas guna jerk tepung Pau...hasilnya tetap memuaskan hati...dapat pau yang lembut gebu jerk....lain kali nak try pulak guna tepung Hong Kong......mesti lagi bestkan...

Pau Gebu Kak Fida
Bahan :
  • 500 g tepung Hong Kong @ 3 3/4 cwn rata, 10 g = 1sb rata - diayak
  • 50 g gula halus @ 3 1/2 sb rata
  • 250 ml air suam
  • 2 sk yis segera
  • 2 sk double acting baking powder
  • 1 sk garam halus
  • 40 g crisco / shortening (3 sb rata)
  • secukup inti ayam atau ayam BQQ:-
  • Mas guna inti kaya

Cara membuatnya :
  1. Satukan air suam, gula, garam, yis, double action baking powder dlm mangkuk mixer dan kacau rata lalu masukkan tepung dan diuli dgn hook beater hingga rata dan masukkan crisco dan putar lagi sehingga doh tidak melekat di keliling mangkuk.Sekiranya adunan masih melekit,tambah tepung dan uli terus.Tutup mangkuk mixer dgn plastik dan perap doh selama 30 minit.
  2. Cara lain : Mas masukkan semua bahan dalan BM ( pastikan garam dan yis tidak bertemu, letakkan yis sebelah kanan dan garam sebelah kiri ) dan biarkan BM menguli hingga habis dan doh naik 2 kali ganda. 
  3. Ambil sedikit adunan (akak timbang 40 g dan dapat 24 biji) dan dibulat2kan hingga habis. Leperkan bebola doh dan isi inti pilihan dan bentukkan bulat semula(diponjot atasnye) ikut krativiti masing2. Alas setiap pau dgn kertas kuih yg digunting bulat atau potongan daun pisang. Susun di dlm loyang dan jarakkan dan biar naik 2 kali ganda.
  4. Kukus pau selama 10 minit atau sehingga masak dlm kukusan yg telah dipanaskan terlebih dahulu.


28 comments:

  1. salam mas
    dah lama akak tak tak mengepau.. hehe
    nampak mas buat pau macam nak buat jugak!
    nanti akak nak cuba jugak lah..

    ReplyDelete
  2. Salam kak! akak mengingatkan kita kepada inti kelapa yg kita buat tempoh hari! kita suke pau inti kelapa :D esok nak buat jugaklah! hihihi...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum mas...
    wah buat pau ker mas... akak nak seketul.. e'eh.. nak 3 ketul.. ada lg x nie... akak bebetul dah lama giler x buat pau... asyik beli jer kerja akak.. kalau ler akak nie rajin cam mas gak kan seronok dapat makan pau buatan sendiri.. nmpk sedap ler pau yg mas buat tu...

    ReplyDelete
  4. kak azlita,

    akak..meh mengepau lak..
    memang best resepi kak fida ni...
    lembut gebu jerk pau ni...

    ReplyDelete
  5. Salam Mas,comel pau tu,makan panas2 memang sedap. saya bab buat kuih memang hancus,nak try nih.

    ReplyDelete
  6. ijayuji,

    ika..kak mas pun suka inti kelapa...
    sedappkan..
    malass nak buat inti kelapa..
    letak kaya pun best...he..he..

    ReplyDelete
  7. kak Diana @ Melley Mey,

    akak..he..he..ni nak menghabiskan stok tepung pau kak..
    berbaloi juga buat pau sendiri..
    best...

    ReplyDelete
  8. resipe-masak-makan,

    mas dulu pun tak reti bab2 kuih ni...
    alhamdudillah..sekarang dah pandai...
    selamat mencuba yerk...

    ReplyDelete
  9. Deliah's Deli,

    yang penting sedapp del..he..he..

    ReplyDelete
  10. Mak aii..gebus sungguh!
    Akak 2 tahun dah tak mengepau haha
    Tepung pau ada beli baru ni konon nak mengepau..
    Tengok la esok2 kalau rajin..aku cuba resepi mas tepek ni la:)

    ReplyDelete
  11. TopsyTurvyMum,

    akak...baik mengepau sebelum tepung pau tu expired....kikikiki
    best pau ni kak..
    lembut gebu jerk...

    ReplyDelete
  12. Mas boleh kirim tuh cake to Indonesia awak mahu cuba hehehe,,,,

    ReplyDelete
  13. dedetea,

    dedetea.....selamat mencuba yerk...
    memang best pau ni...

    ReplyDelete
  14. Salam Mas...
    terggoda tgk pau yg gebu.. mama setakat nih blm pernah lagi buat pau!!!

    ReplyDelete
  15. lamanya akak tak mengepau mas..dulu2 kalau nak pau yang gebu akak guna ammonia.skng rasa tak yakin je nak guna bahan tu.tapi masa guna bahan tu pau kiat mmg gebu betul.

    skang ni bolehlah guna resepi ni pulak..:)

    ReplyDelete
  16. Mama Hawa/Mama Nani,

    mama..cer try mengepau lak..
    seronok tau buat pau sendiri...

    ReplyDelete
  17. kak anim,

    akak..cer try resepi ni..
    ok la pau tu..
    lembuttttt tau...

    ReplyDelete
  18. Bila mas sebut tepung pau...ha ah la kak cek pun dok ada tepung pau simpan molek je kat dapo tu...lama dah tak berusik...bilala nak start mengpau ni...he he...gebu menggebu la pau mas buat...nak seketul...:)_

    ReplyDelete
  19. ermmmm...gebus nyer pau simas nih... dah lama tak mengepau... teringin la pulak....thanks dik bagi idea

    ReplyDelete
  20. aku dtg nak pau ko punya pau la mas...bak sini 4 ketul..
    eh..ko uli 1 jam stgh gak ke?

    ReplyDelete
  21. kak anna ni, wat2 tanya lak.. kn kak mas uli guna BM tuu.. tun pose nih, mintak 3 ketul wat buka pose.. ade 24 biji tu kan..

    ReplyDelete
  22. As'salam Mas

    Lambat sikit sampai sini. Main masak2 dulu kat dapur...hihi

    kak ct suka makan pau, bila balik kampung ker mesti singgah R&R dan beli pau sampai 4-5 ketul dok makan tu jer.

    Mas, kalu guna tepung biasa tak boleh eh, stok tepung pau dan hong kong tak ada ler..hihihi

    ReplyDelete
  23. cik cek,

    kak cik...kikikiki..baik menepau cepat..
    nanti berkulat gak tepung pau tu..
    best tau resepi pau ni..

    ReplyDelete
  24. Gee® ,

    akak..selamat mencuba kak..
    best tau pau ni...

    ReplyDelete
  25. Anna Qawina,

    ana..bedik juga mek ni..
    dah abiss la..he..he..
    yupp..aku set no7...1 1/2 jam..

    ReplyDelete
  26. tun_telani,

    tun..give me 5..
    dah debok mek anna tu..kikikiki.
    dah abiss la tun..
    last buat sarapan ....

    ReplyDelete
  27. CT Delima,

    akak..kalau buat sendiri..baru puas makan..
    banyak dapat tau..
    ala..klu guna tepung gandum pun ok gak..
    mas pernah try dulu...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.