Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Sunday, August 7, 2011

Kuih Sagu @ Bronok



Assalamualaikum. Salah satu kuih peberet dibulan ramadhan, Kuih Sagu @ Bronok, selalu gak buat kuih ni dihari2 biasa, sebab Ain ngan Daniel pun suka kuih sagu ni, tapi bebudak tu makan kuih sagu ni tanpa kelapa....makan gitu jerk..macam2 kan...pada hal Mas suka kuih sagu ni digaul dengan kelapa..baru sedappp.....resepi kuih sagu ni ada Mas entrykan sebelum ni, tapi Mas letakkan lagi resepi kuih sagu ni untuk panduan semua...nak membuatnya pun senang......selamat mencuba dan selamat berpuasa buat semua..

Kuih Sagu @ Bronok
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • 1 cawan sagu biji kecil
  • 2 cawan air
  • 3/4 gula pasir - kalau nak manis lagi boleh tambah
  • sedikit pati sirap
  • 1 helai daun pandan - untuk mewangikan kuih tu
Untuk salut
  • kelapa parut - agak 2 
  • sedikit garam - digaul sebati dengan kelapa parut

Cara membuatnya :
  1. Rendam sagu hingga kembang.
  2. Panaskan air, masukkan pati sirap, daun pandan dan gula, biar mendidih .
  3. Toskan sagu tu dan masukkan sagu kedalam air yang mendidih tu, kacau hingga sagu menjadi agak 2 pekat dengan api sederhana, kalau masih ada biji 2 putih, tak pe, biarkan. 
  4. Tuang sagu kedalam loyang atau acuan kecik yang telah disapu dengan sedikit minyak, kukus selama 20 minit dengan api sederhana atau sehingga biji 2 putih sagu tu hilang.
  5. Apabila sejuk, keluarkan dari acuan, kalau dari loyang potong ikut saiz yang dikehendaki dan salutkan dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.
  6. Jeng..jeng..boleh dimakan

25 comments:

  1. Salam kak mas!!! dah masak lauk bukak kak? kita belum lagi tgh nak bersilat kat dapo nii, :D kita pun buat dessert sago tp bukan bronok kita buat puding sago gula melaka kalau jadi hihihi/... Selamat berbuka kak!

    ReplyDelete
  2. Terliur nye kak. Faveret saya. Tq share resepi ni. Skrg jgk nak cuba. Selamat berbuka ;D

    ReplyDelete
  3. kak masss!!!!!!!!!! tun pun tgh kukus kuih sagu atas dapur tuuuu.. hihi.. arini nk buka puasa umah kawan, bw kuih je =)

    ReplyDelete
  4. hehehehe...ain n daniel sama mcm saya..suka makan sago without kelapa..lagi feel rasa tanpa kelaka..kihkihkihkih ;0).

    ReplyDelete
  5. ijayuji,

    ika...sedapp tu sagu gula melaka,..
    kak mas pun nak buat nanti..
    tak masak lagi la ika...
    kejapp lagi..he3

    ReplyDelete
  6. Nur Alkaf ,

    geng la kita gitu nur...
    kak mas pun suka kuih sagu..
    selamat mencuba yerk nur..

    ReplyDelete
  7. tun_telani ,

    tun...seronoknya berbuka ramai2...
    mesti laku sagu tun tu nanti...

    ReplyDelete
  8. Vivi Lim @ Mrs.Nurulazmi ,

    hhmm...ain ngan daniel dah ada geng la klu gitu...
    nak lebih feel rasa sagu yerk...kikikiki
    macam2 kan...

    ReplyDelete
  9. salam mas
    hari ni kak mula poseee mai la kita tukar2 kuih..kak masak pedas hari ni takoyaki.. ...malam ni nak g tarawikh kat majid mindef yg baru siap tu mas nanti dtg solat kat sini kata depa cantekkkk dan bergemelapan dgn lampu

    ReplyDelete
  10. salam mas,
    tengok perkataan bronok tu teringat pada Jozan pulak sebab diorang suka benar guna perkataan beronok-ronok hehe.. Pape pun kue sago ni memang all time favourite anak-anak bundo.

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Mas,
    akak mmng suka kuih sagu ni, rasanya mcm skrng je nak buat..bila singgah uma kengkawan semuanya rasa nak di buat...adoyaiiii...

    ReplyDelete
  12. ilahjy,

    akak..nak yukar ngan takoyaki...
    sedapppnya...
    hmm..ada masjid baru yerk kat mindef...
    seronoknya mas dengar...
    insyaAllah, mas pun nak merasa sembahyang kat sana....

    ReplyDelete
  13. ibundo,

    muahahaha..kelakar la akak ni..
    beronok2 yerkk.....
    bestkan kak bronok ni..
    mas sekeluarga pun suka kuih ni...

    ReplyDelete
  14. kak yatie,

    akak..sempat ke buat tu...he..he..
    memang best bronok ni..
    sedappp

    ReplyDelete
  15. ada lg mas? hehe..aku dah habis sagu, taknak beli lg sbb nak habiskan stok mana yg ada..

    ReplyDelete
  16. sedapnya...kelapa parut ada lagi sikit...teringin pulak nk buat ni.

    ReplyDelete
  17. ita suka makan sagu bronok ni tapi tak penah buat lagi

    ReplyDelete
  18. kuih ni sedap masuk mulut kn mas posa2 ni...lembut jer

    ReplyDelete
  19. Salam kak mas,
    Ya Allah, tak perasan pula saya entry birthday Nur Ain natasya. buat DFCC lak tu, rugi.. rugi saya tak datang. hehe.. hepi birthday to Ain ya, moga diberi kesihatan dan kecemerlangan dalm hidup dunia dan akhirat.

    Sedapnya kuih sagu. Kami pun suka kuih ni. kak mas kukus juga ya. saya tak pandai nak kukus, aritu jadi lembik. huhu..

    ReplyDelete
  20. Anna Qawina,

    dah abiss la anna bronok tu,
    nak menghabiskan stok yerk anna,
    aku paham..
    he..he..

    ReplyDelete
  21. nuwairani ismail,

    hmmm..elok tu buat bronok kak..
    lagi pun kejapp jerk dah siap...

    ReplyDelete
  22. Juwita Jamaludin,

    try la buat ita,
    senang dan sedappp tau...

    ReplyDelete
  23. Ida,Japan,

    betul tu kak ida...
    mas klu dah makan bronok ni..
    rasa tak leh stop..he..he..

    ReplyDelete
  24. indahhouse,

    amin..maceh indah...
    hmm..bronok tu lembik sbb indah letak air lebih kot...

    ReplyDelete
  25. Kak Mas.. Dah cuba. ;D Tq. Salam Ramadhan !!!!

    http://nuralkaf.blogspot.com/2011/08/kuih-sagu-bronok.html

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...