Search This Blog

Friday, January 20, 2012

Mee Rebus Kak Yatie



Assalamualaikum.
Hmmmmm...menu 2 hari lepas....jadi dah abiss yerk....tetiba jerk jadi terliur bila dengar Izahdaut cerita tentang Mee Rebus Kak Yatie yang katanya sangat sedappp walaupun tak de entry tentang mee rebus tu....bila Mas tengok resepinya...memang Mas tak try lagi...jadi...meronta2 la hati ni nak merasanya...lagi pun mee rebus ni ada diletakkan sedikit santan...hmmm...memang sangat sedapppp...rasanya dalam sehari ulang makan 3 kali pun tak pe....ada sedikit kelainan dari mee rebus yang Mas biasa buat....hanya yang dah makan boleh tahu rasanya macam mana...betoiiii kan Kak Yatie dan Izah....
jadi meh layan resepinya...mana tahu ada yang nak menerainya masa cuti2 ni...sila2 lah yerk..selamat mencuba ....

Mee Rebus Kak Yatie

Bahan :
1 kg mee kuning (di celur dan di toskan)
2 cwn taugeh ( buang ekor, celur dan toskan)
4 biji telur ( direbus dan di belah 2)
4 kpg tauhu ( di goreng dan di hiris nipis)
Cili merah dan Cili hijau (hiris)
bawang goreng
limau kasturi (di belah 2)
daun sup dan daun bawang (di hiris)
Untuk Kuah :
500 gm daging (di hiris nipis dan di rebus hingga empuk, kalau guna daging btng pinang takyah rebus dululah...terus masak je..)
4 biji keledek ( di rebus dan di lenyek halus/blend)
15 tangkai cili kering *
10 biji bawang merah *
5 ulas bawang putih*
2 batang serai*
3 sudu besar udang kering *-cuci, rendam dan toskan
2 sudu besar serbuk kari daging *( * bahan2 yg perlu di kisar halus)
1 cwn air atau secukupnya untuk blend bhn2.
2 cwn santan pekat
2 kpng asam keping
2 btng serai- di ketuk
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis.
4 cawan air atau secukupnya- ikut kepekatan yg di sukai ya


Penyediaan Awal :
Hiris daging nipis2 dan rebus hingga lembut.
Kupas keledek, potong kecil dan rebus hingga lembut, lenyek keledek hingga halus. Ketepikan.(Yatie blend je dan tambah air ya semasa blend keledek)
Sementara itu rebus telur....dah siap, kupas kulit telur dan biarkan ketepi.
Untuk Kuah :
Kisar bahan yang bertanda *
Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan serai yg di ketuk. Masukkan daging rebus bersama air rebusan daging dlm 2 cawan.
Bila mendidih, masukkan keledek lenyek tadi, kacau hingga rata.
Tambah sedikit air jika perlu.
Perasakan dengan garam dan gula (selalunya kuah mee rebus mmg ada rasa sedikit manis) dan biar mendidih.
Masukkan santan dan asam keping, masak hingga pekat.
Rasa dan jika ok, boleh dimatikan api.
Penyediaan Mee Rebus :
Masukkan sedikit mee dalam mangkuk, susun tauhu dan telur rebus, cedokkan kuah bersama2 isinya dan tuang atas mee, hias dengan taugeh, taburan daun bawang/daun sup, bawang goreng, hirisan cili hijau dan belahan limau kasturi.
Siap dan bolehlah di makan..yummyyyyy...


Thursday, January 19, 2012

Kuih Lapis Noorsha




Assalamualaikum.
Akhirnya.....ku jatuh hati dengan Kuih Lapis Noorsha ni...serius....sedappp sangat pada Mas....rasanya yang sedang2 jerk manisnya, lembut2 kenyal dan tak lemak sangat rasanya, buat mulut ni tak boleh henti bila menguyah Kuih Lapis Noorsha ni. Daniel pun suka sangat...siap minta bawa bekal ke sekolah pagi ni...Ain jerk yang merasa sepotong dua....hmmmm..tak pe....Mas pun buat 1/2 adunan jerk...elok2 untuk 2 orang makan berulang...rasanya abang pun kureng sikit kuih2 gini..he3
Terima Kasih berbillion diucapkan pada tuan resepi kuih lapis ni iaitu Noorsha dan pada Izahdaut yang turut mencuba kuih lapis ni beberapa hari lepas...rasanya Zaliedana pun dah try kan...
Mas memang sangat suka kuih2 yang senang dibuat dan bahan2nya pun simple dan kuih tu....sedapppppp...menepati citarasa Mas. Untuk yang suka manis...boleh tambah gula dalam adunan tu yerk sebab pada Mas kuih ni sedang2 elok jerk manisnya....Selamat mencuba yerk.....

Kuih Lapis NOORSHA
Resepi : Noorsha
Sumber: Izahdaut dan Zaliedana

Bahan :
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
1 cawan santan kotak
1 cawan susu cair
2 cawan air
2 sudu besar minyak sayuran
secubit garam


Cara membuatnya :
 Panaskan kukusan. Sementara itu satukan semua bahan dalam mangkuk, kacau ala kadar hingga bersatu semua bahan² kemudian masukkan adunan tersebut ke dalam blender. Blend hingga smooth.
Bahagikan adunan sama banyak.Satu diletakkan sedikit pewarna merah dan satu dibiarkan plain.. boleh juga bubuh kaler kegemaran masing²....^^
Sapu acuan dengan minyak. Noorsha guna acuan lompang kali ni.. nak guna loyang pun boley.... Susun acuan dalam pengukus dan sudukan warna pink di setiap acuan. Kalau guna loyang, masukkan sesenduk demi sesenduk ye.. agak² lah...
Tutup kukusan dan kukus seketika. jgn lupe lapik dulu tudung periuk kukus ngan kain bersih ya..... kalau kukus guna acuan lompang @ acuan yang kecil x lama..lebih kurang 2-3 minit je....kalau guna loyang mungkin ambil masa 5 - 7 minit la, bergantung pada macammana tebalnye lapisan yg kite wat tadi tu :)
Buka tudung periuk, sudukan @ sendukkan pula warna plain pada setiap satu acuan @ loyang. Tutup semula periuk dan kukus lagi... Buat selang seli begitu hingga habis ya.....
Untuk lapisan terakhir, kukus sekitar 10 minit jika anda menggunakan acuan lompang @ acuan kecil... jika menggunakan loyang, kukus lebih kurang 15 - 20 minit untuk lapisan terakhir ini ya...
Tunggu sejuk dulu baru hidang :)


Ikan Masak Asam



Assalamualaikum.
Resepi yang simple dan sedapp...dan tak payah lauk lain dah klu nak makan Ikan Masak Asam ni ngan nasi. Selalunya kalau Mas dah jemu masak masakan bersantan, bersambal...Mas akan masak Ikan Masak Asam dan telur dadar jerk. Dah cukup sedapp untuk dimakan dengan nasi panas2....dan tempoh untuk memasak Ikan Masak Asam ni tak mengambil masa panjang, lepas goreng ikan, dah boleh terus masak kuahnya. Kalau yang kuat pedas, boleh tukar cili merah tu dengan cili padi...lagi ummmpphh rasanya sebab ada rasa masam dan pedas, untuk resepi ni, Mas guna cili merah jerk sebab anak2 nak makan kan....jadi terpulang pada citarasa sendiri yerk..selamat mencuba...

Ikan Masak Asam
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
4 ekor ikan kembung - ikan lain pun sedap juga 
1 biji bawang besar - dihiris2
2 ulas bawang putih - dihiris2
1 biji cili merah ( klu nak pedas, guna cili padi ) - dibelah2 @ dihiris2
1 cawan air asam jawa
sedikit garam dan gula secukup rasa
sedikit kiub ikan bilis
sedikit lada hitam yang ditumbuk

Cara memasak :
Lumurkan ikan yang telah dibersihkan dengan garam, serbuk kunyit dan lada sulah dan goreng, angkat dan toskan.
Lebihan minyak goreng ikan, cedok minyak untuk disimpan dan tinggal untuk ditumis ajerk.
Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili hingga wangi dan masukkan air asam jawa ( pandai2 agak yerk asam jawa tu supaya tak masam sangat kuah tu ), biarkan mendidih dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa dan sedikit kiub ikan bilis, kacau sebati dan rasakan, boleh tambah lagi bahan2 untuk seimbangkan rasa tu dan bila ok, masukkan ikan goreng tadi dan serbuk lada hitam,kacau, biarkan seketika dan boleh diangkat.


Wednesday, January 18, 2012

Tart Telur Portugis



Assalamualaikum.
Hmmmmm...Tart Telur yang menjadi kesukaan semua. Enak dimakan ketika suam2...rangupppp diluar dan lembut didalam...memang asyik kalau dapat menguyah Tart Telur Portugis ni....memang compom tak cukup sebiji...salah satu desert yang sesuai dimakan bila2 masa jerk...nak membuatnya pun senang....klu ada tetamu yang datang mengejut....boleh juga buat Tart Telur Portugis ni untuk dihidangkan......senang kan...dok tunggu2 juga Izahdaut menayangkan Tart Telurnya.....Izah.....cepatttt tayang tart telur ko....ke kau belum buat lagi...muahahaha..sabo jerk ngan makcik sorang tu....

Tart Telur Portugis
Diolah : MasDuniaku

Bahan Untuk Crush :
1 paket puff pastry

Bahan filling :
1 cawan susu cair @ susu segar
4 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan air
1 tbs tapung kastard
½ tsp vanilla essence


Cara membuatnya :

Untuk buat crust : 
Ambik sekeping puff pastry dan tekan2 rata puff pastry ke dalam bekas tart. Sekeping puff pastry tu boleh dapat 2 biji tart telur. 

Cara buat filling : 
Pukul manja gula dan telur biar sebati.
Masukkan semua bahan filling yang belum lagi dimasukkan. Kacau hingga sebati dan tapis adunan filling tadi. 
Then tuang je bahan filling ke dalam acuan bekas tart yang diletakkan puff pastry tadi.
Bakar pada suhu 190c selama 30 minit dengan api atas bawah.
Selamat menjamu selera!


Ikan Bilis Goreng Cili Padi Tempoyak



Assalamualaikum.
Hmmmm...tempoyak...pantang tengok tempoyak...maunya meleleh jerk air liur ni.....kikikikikiki....
ni gara2 Izahdaut tayang semalam....jadi terliur lak..lagi pun stok tempoyak memang ada tu...masih baru lagi....mertua kasi masa balik kampung baru2 ni.....lagi pun semalam memang masak simple2 jerk...ingat nak buat sambal belacan, tapi bila ternampak Izahdaut tayang Ikan Bilis Goreng Cili Padi Tempoyak, aduhhhh...dah terbayang kesedapannya walaupun belum rasa lagi...kena sangat tu dimakan ngan ikan goreng dan bayam tumis air....bebudak tu dapat ayam masak kicap...memang tak jeling dah ikan goreng yang dok 2 ekor berduet dalam pinggan tu...he3...
Alhamdulillah.....memang dah jangka...sedapppp sangat...maceh pada tuan resepi akak yang awet muda sentiasa cun tu ( ayat nak memang GA, sah2 Izahdaut berbulu baca ni...muahahaha ) Kak Anim. Tapi Mas tak letak cili padi sebanyak yg akak cadangkan tu....berasap telingo den...kikikikiki

Ikan Bilis Goreng Cili Padi Tempoyak
Resepi : Kak Anim
Sumber : Izahdaut 

Bahan :
2 genggam ikan bilis-goreng garing dan ketepikan
25 ulas cili padi*
1 labu kecil bawang besar*
1 ulas bawang putih*
bahan2 bertanda * di kisar kasar
1 1/2 senduk makan tempoyak
minyak untuk menggoreng

Cara memasak :
Kurangkan lebihan minyak goreng ikan bilis tadi menjadi lebih kurang 1 mangkuk kecil
Tumiskan bahan2 kisar sebentar dan masukkan tempoyak.
Gaul sebati dan masukkan ikan bilis goreng
Sedia untuk di hidangkan dan jika suka bolehlah di perah sedikit limau kasturi..
*nota izah: izah sengetkan kuali selepas memasaknya, tutup api, biarkan minyak turun. Biarkan 5 minit. Kemudian cedukkan minyak keluar. 

* Mas pun macam Izah, kurangkan cili padinya. Karang berdesing telinga kepedasan.



Monday, January 16, 2012

Kek Gula Hangus ( Kak Anim )





Assalamualaikum.
Akhirnya...semalam ngekek juga setelah lama tak buat kek....
Kek Gula Hangus ni memang Mas dah lama usha masa Kak Anim buat dulu....lepas tu yang Mas perasan Izahdaut pulak yang buat dan diikuti pulak dengan Anna. Hmmm..memang dah tak tahan godaan....jadi semalam Mas pun godek2 buat Kek Gula Hangus ni setelah bertemuramah dengan Izah dan Kak Anim pasal pembikinan Kek Gula Hangus ni...he3...maceh yerk ....akhirnya Kek Gula Hangus ni menjadi dengan jayanya.....nak membuatnya pun senang sangat....godek2 bahan2 tu...dah siap untuk dibakar....untuk resepi Kek Gula Hangus kali ni, Mas buat 1/2 adunan jerk memandangkan permintaan untuk kek gini agak kureng.....hmm..hasilnya berbaloi2 juga...Kek Gula Hangus ni sangat lembut dan rasanya pada Mas sedang2 elok jerk manisnya....maceh juga pada tuan resepi Kak Anna iaitu kawan Kak Anim atas resepi Kek Gula Hangus yang mudah dan sedapppp ni..

Kek Gula Hangus
Resepi : Kak Anna - kawan Kak Anim
Sumber : Kak Anim, Izahdaut dan Anna

* Mas pun mcm Izah gunakan sukatan cawan mcm kak Anim

Bahan :
1 gelas gula
1 gelas air

*1 gelas gula di jadikan gula hangus dan masukkan
1 gelas air. Hati2 dengan gula yang panas waktu masukkan air.

3/4 tin susu pekat-boleh kurangkan ke 1/2 tin
1 gelas tepung
5 biji telur
4 sudu makan margerin * Mas pun mcm Izah guna butter
2 sudu kecil soda bikarbonat





Cara membuatnya :
Alas acuan dengan kertas.
Lenser acuan dengan margerin - ketepikan.
Pukul margerin dengan telur hingga sebati. Pukul manja2 jerk, tak payah sampai kembang.
Masukkan susu pekat manis dan masukkan juga gula hangus tadi.
Akhir sekali masukkan tepung gandum dan soda bikarbonat
Kacau sebati.
Tuang dalam loyang yang dilenserkan marjerin tadi.
Bakar pada suhu 170 selama lebih kurang 1 jam



Dada Ayam Bersos Plum & Lada Hitam




Assalamualaikum.
Morning semua....dah sarapan ke tu....meh cuci mata dulu ngan menu lunch yang lepas.....lama dah Mas buat.....resepi yang menjadi kesukaan family Mas, bila ada bahagian dada ayam yang tak digunakan....sesuai sangat dimasak gini...simple dan sedap....anak2 nak makan pun senang sebab tak de tulang.....
selamat mencuba yerkk....

Dada Ayam Bersos Plum & Lada Hitam
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
2 keping dada ayam - dihiris2
1 - 2 biji kentang - kupas kulit dan belah 6
1 biji bawang besar - dihiris2
1 biji bawang putih - dicincang
1/2 inci halia - dimayang
1 - 2 biji cili merah - dihiris2
sedikit daun bawang - dihiris
1 sudu besar lada hitam yang ditumbuk
1 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu besar sos plum
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos cili thai
sedikit kiub ayam
sedikit garam dan gula
sedikit air panas - untuk kuah - terpulang letak banyak mana


Cara memasak :
Gaulkan dada ayam bersama tepung goreng ayam, goreng sekejap. Tak payah terlalu garing. Begitu juga dengan kentang, goreng kejap biar 1/2 masak. Angkat, toskan dan ketepikan. 
Panaskan minyak dan tumis bahan2 yang dimayang kecuali daun bawang hingga wangi dan masukkan sos plum, sos tiram, sos cili, sos cili thai, sebatikan.
Masukkan dada ayam dan kentang yang digoreng tadi dan gaul sebati dan masukkan air panas, agak2 untuk kuah, kacau lagi dan masukkan lada hitam dan lada putih, kacau lagi dan biarkan mendidih.
Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa dan kiub ayam, rasakan dan jika ok, biarkan kejap dan bila kentang empuk boleh masukkan daun bawang, sebatikan dan boleh tutup api.


Friday, January 13, 2012

Donut Kentang Fatmah



Assalamualaikum. 
Donut....donut...hmmm..lama dah Mas tak mendonut...asyik telan air liur jerk mengok donut ijahdaut tu...akhirnya semalam terlaksana juga projek nak mendonut setelah tergodaaa lagi nengok donut ijahdaut tu...sabo jerk ngan makcik sorang tu...dah boleh digelar ratu donut dah...kikikiki...
Sebenarnya dah banyak kali Mas buat Donut Kentang Fatmah ni......ada entrynya DISINI dan DISINI untuk donut yang telah dilabukan. Memang terbaik Donut ni....lembut gebu seakan akan donut big apple jerk tau......sape yang dah try....mesti setujukan....
Alhamdulillah...semalam donut menjadi dengan jayanya...maklum la, dah lama tak mendonut....bibik tu pun semalam kena lapkan dulu sebelum digunakan...berabukkkk..kikikiki
Untuk resepi donut ni....Mas nasihatkan lubang tengah donut tu bulatkan beso sikit yerk sebab donut ni akan mengembang lagi semasa menggoreng....jadi elok donut tu pun disaizkan sederhana...baru cantik kejadiannya....hmmm....meh la layan resepi  Donut Kentang Fatmah ni walaupun dah dientrykan sebelum ni....senang nak rujuk kan...

Donut Kentang Fatmah
Resepi : Fatmah
Sumber : Izahdaut

Bahan :
500 gm tepung  gandum
50 gm susu tepung
11 gm ragi instant
200 gm kentang - kukus, haluskan dan dinginkan
100 gm gula pasir
75 gm mentega
½ sdt garam
4 btr kuning telur
100 ml air dingin *air sejuk dari peti ais


Cara membuatnya :
Dalam mangkuk besar, campur tepung gandum, gula, susu tepung, ragi instant, aduk rata, masukkan kentang halus (keledek) ,tuang telur dan air dingin, uli hingga rata dan setengah kalis.
Masukkan mentega dan garam, uli terus hingga kalis elastis. Istirahatkan 15 menit.
Bagi adonan  masing-masing 50 gr, bulatkan. Diamkan 20 menit, hingga mengembang.
Lubangi tengahnya, menjadi bentuk donat, segera goreng sampai kuning kecoklatan.
Angkat, tiriskan. Taburi gula donat, atau hias dengan coklat.



Thursday, January 12, 2012

Bingka Susu Kak Fida



Assalamualaikum.
Jom layan lagi salah satu resepi dari Kak Fida @myR yang sememangnya tak menghampakan. Bingka Susu ni memang sangat sedapp pada Mas. Rasanya yang manis2 berkrim berkastard memang best. Satu lagi kelainan untuk resepi bingka yang harus dicuba...sesuai untuk dijadikan sarapan atau minum petang dan gandingkan dengan teh o atau kopi o jerk...memang dah lengkap....sesuai juga kalau dijadikan bekal anak2 ke sekolah.....
Pada Mas bingka susu ni sedapp dimakan suam2 atau pun sejuk....Mas lagi suka makan masa bingka ni masih suam2.....asyikkkk......dan walaupun bingka susu ni dah sejuk...rasanya tetappp sama....masih lembut gitu...jadi kalau ada yang terasa nak membingka petang ni...apa kata try bingka susu ni.....memang best.....

Bingka Susu Kak Fida
Resepi : Kak Fida @myR

Bahan A :
Loyang 8x8 @ 9x6
1 cawan susu cair - Mas guna susu segar
3/4 cawan susu pekat manis
50 g gula pasir - opt ( Mas letak 25 g jerk )
1 cawan tepung gandum - diayak
2 biji telur

Bahan B :
500 ml @ 2 cawan air
100 g @ 6 1/2 sudu besar mentega @ marjerin
50 g @ 5 sudu besar tepung kastard
1/2 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil garam


Cara membuatnya :
Satukan Bahan A dan ketepikan
Satukan Bahan B dalam periuk dan kacau rata. Masak hingga pekat atas api perlahan.
Masukkan Bahan A ke dalam adunan Bahan B yang dimasak tadi, kacau rata dan masak terus hingga pekat lagi. Matikan api.
Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu mentega dan bakar pada suhu 160C selama 30 - 40 min atau hingga permukaan kuih garing.
Biar kuih benar2 sejuk di dalam loyang, potong dan boleh dihidangkan. 
Kuih boleh disimpan dalam peti sejuk jika ingin dimakan dingin.


Wednesday, January 11, 2012

Kuih Lompang



Assalamualaikum.
Kali ni Mas nak share satu resepi Kuih Lompang yang pada Mas sangat sedap pada tekak Mas. Kuihnya yang lembut dan sedang2 jerk manisnya memang mengasyikkan bila dah mula menjamahnya....satu demi satu kuih lompang ni berkurangan dari pinggan tu....oppssss tak pe....kali ni kan Mas makan berduet...jadi boleh makan lebih sikitttt...kikikik.....resepinya diambik dari dapo mek ampang aka ijahdaut yang menyepi jappp tu...katanya ada masalah internet kat rumahnya....mudah2an esok ok kan jah.....rindu nak gaduh2 ngan kau.....he3. Kata Ijah resepi asal datangnya dari sweetlily01@myR. Tengok respon pun, ramai yang dah menerainya....maceh pada kalian berdua....resepi yang mudah dan sedappppp...i like.....

Kuih Lompang
Resepi : Izahdaut 
Resepi Asal :  sweetlily01@myR
Bahan :
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
2 cawan air
daun pandan
kelapa parut putih + garam + daun pandan simpul - kukus kejap


 Cara membuatnya :
Satukan gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. Masak atas api kecil hingga gula larut. Sejukkan sebentar
Satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. Gaul rata
kemudian tuang air gula yang telah sejuk tadi. Gaul hingga sebati dan tapis adunan tadi.
Panaskan pengukus dan panaskan dulu acuan lompang yang telah disapukan minyak baru  tuangkan adunan tadi ke dalam acuan lompang.
Kukus 10 minit atau hingga masak. Bila dah masak kuih akan jadi berlubang di tengahnya
hidang bersama kelapa parut yang di kukus tadi.



Tuesday, January 10, 2012

Kari Kepala Ikan



Assalamualaikum.
Meh layan menu lunch Mas semalam......buat Kari Kepala Ikan lak.....makan ngan sambal belacan dan ulaman....hmmmmm...best kan....lagi pun kari ni memang laku kat rumah...Ain ngan Daniel suka bebenor kari ni...kuah kari tu pulak, klu ada lebih, boleh gak dicicah ngan roti....kali ni Mas masak kari cara mak Mas...masa balik kampung baru2 ni, mak ada bagi tips untuk dapatkan kari yang sedap....daun kari diblend sekali dan gunakan bawang kecik sahaja ......hmmm....patut la rasa kari yang mak masak sedappppp.....untuk yang nak mencuba masak kari, apa kata cuba pulak cara mak Mas ni...memang best............

Kari Kepala Ikan 
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
 sebelah kepala ikan
1 biji tomato - dibelah 4
5 biji kacang bendi 
jus asam jawa - agak2 yerk
 santan 
Air agak2 yerk untuk kuah
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar :
5 ulas bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
sedikit lada hitam biji
1 tangkai daun kari - daun sahaja
1 paket rempah kari ikan

Bahan Tumis :
2 biji bawang merah kecil - hiris halus
1 ulas bawang putih- hiris halus
1/4 camca teh halba campur
1 sudu kecil pes cili 



Cara memasak :
Cuci kepala ikan bersih2, perap dengan garam dan jus limau seketika, cuci dan toskan. 
Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga wangi. Tuang bahan2 kisar dan kacau sebati dengan menggunakan api sederhana hingga bahan2 tadi pecah minyak, kemudian tuang sedikit air dan biar mendidih.
Kemudian masukkan kepala ikan dan bila mendidih masukkan kacang bendi dan masak hingga mendidih. Tuang jus asam jawa dan masukkan tomato.
Biarkan seketika dan masukkan santan, garam dan gula secukup rasa, biar masak sebentar. Rasa dan jika ok, boleh dihidangkan...


Monday, January 9, 2012

Sambal Ikan Bilis Dan Kembali Bersiaran


Assalamualaikum........
Aduhaiiiiii rindunya mengupdate blog....rindunya pada kekawan semua......
Terima kasih tak terhingga pada semua yang tak jemu2 bertanya khabar Mas....sama ada diblog, fb, mesej atau pun tel...maaf juga yerk klu ada yang sempat balas....time2 cuti sek baru ni, agak ramai tetamu bertandang dan dengan aktiviti bercuti bersama keluarga, memang tak sempat mengadap laptop......terharu sangat bila ada yang bertanyakan khabar....sememangnya kekawan semua pembakar semangat Mas.
Terima kasih juga diucapkan buat yang tak jemu2 bertandang ke Duniaku dan juga yang sudi follow blog Duniaku ni walaupun dah lama blog ni berabuk....he3..
Untuk yang bertanya, sekarang usia kandungan Mas dah 18 minggu...Alhamdulillah...Mas dan baby sihat.
Alhamdulillah, Mas dapat bersiaran kembali.....nak mengupdate blog pagi ni pun agak merangkak rangkak sebab dah lama tak mengetuk papan yg satu ni..kikikiiii...sabo jerk..
untuk entry pemanas hari ni, meh layan dulu Sambal Ikan Bilis cara Mas.



Sambal Ikan Bilis
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
ikan bilis - dibasuh sedikit dan digoreng garing
1/2 labu bawang besar - dihiris nipis
bawang kecik - dikisar
2 biji bawang putih - dikisar
cili kering ikut pedas - dipotong dan direbus sekejapp - dikisar
sedikit ikan bilis - dikisar
1@ 2 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa
sedikit kiub ikan bilis

Cara memasak :
Tumis bawang besar yang dipotong nipis hingga wangi dan kemudian masukkan bahan-bahan kisar dan masak garing sedikit.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kemudian masukkan kiub ikan bilis dan asam keping. Kacau sebati dan masak hingga pecah minyak.
Setelah masak,(boleh juga masukkan sedikit air panas jika ingin berkuah) masukkan ikan bilis yang digoreng tadi dan gaulkan rata-rata dan rasa dan jika ok boleh matikan api.