Search This Blog

Monday, August 4, 2014

Kari Ikan Rempah Kisar




Assalamualaikum.
Selamat Hari Raya ... maaf zahir batin buat semua...
Balik kedah baru2 ni... Mas bersempatan belajar buat rempah kari dari mak... kalau emak mas, selalu giling jerk....oleh sebab Mas tak de batu giling...buat cara senang iaitu blender...insya allah.. tetap sedap kari ni..
Mas share resepinya yerk..
Selamat mencuba ...



Bahan :
isi ikan dibersihkan atau apa2 jenis ikan pun boleh
1 1/2 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
Sedikit halba campur
sedikit daun kari
2 biji bawang merah dihiris2
sedikit air asam jawa
tomato, bendi, cabai hijau

Bahan kisar :
3 ulas bawang putih
8 biji bawang merah
1 sudu besar ketumbar - rendam 1/2 jam kemudian tapis
1 sudu besar jintan manis - rendam 1/2 jam kemudian tapis
1 sudu jintan putih - rendam 1/2 jam kemudian tapis
10 biji cili kering direbus dulu dan tapis
1 inci kunyit hidup
1/2 sudu besar kas2 - rendam 1/2 jam kemudian tapis ( tk ltk pun tk pe yerk ) 



Cara :
Panaskan minyak masak dan tumis bahan bawang yang dihiris, daun kari dan halba campur....sampai bawang wangi....  kemudian masukkan bahan2 kisar dan masak hingga pecah minyak dengan api perlahan...kemudian masukan pati santan dan dengan api perlahan biarkan rempah ni mendidih.
Kemudian Masukkan ikan, tomato, bendi dan cabai hijau yg dipatah dua bersama dengan lebihan santan cair dan air asam jawa, perasakan dengan garam, masak hingga ikan masak dan boleh dihidangkan. 



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.