Search This Blog

Tuesday, July 3, 2012

Biskut Chocolate Oats Crips



Assalamualaikum.
Layan lagi Biskut Chocolate Oats Crips yang dah berulang2 kali Mas buat. Sangat sedap dan berkhasiat sebab ada oat dalamnya. Kali ni Mas tambah badam yang dikisar, hasilnya, rasanya lebih sedap dan rangup....resepi datangnya dari Koleksi resipi Oats yang dikongsikan oleh Maklang Azie diblognya dan Mas mencubanya first time bila Izahdaut tayang dulu....Izah pulak ambik resepi dari Kak Zana ...tima kasih pada semua......


Biskut Chocolate Oats Crips
Sumber : Izahdaut dan  Kak Zana

Bahan :
130g tepung gandum - ayak
30g tepung jagung - ayak
20g serbuk koko -  ayak
½ sk serbuk penaik - ayak
¼ sk serbuk kulit kayu manis - ayak * Mas dan Izah tak letak
¼ sk garam
90g Quaker Oat Segera - Mas letak lebih sbb adunan lembik
4 - 5 sudu nestum * Mas dan Izah tambah
200g mentega
120g brown sugar
½ sk esen vanilla
1 cawan badam yg dikisar - Mas tambah



Cara membuatnya :
Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.
Masukkan garam, badam yang dikisar, Quaker Oats segera, choc chips dan gaul rata.
Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu.
Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
Potong atau terap dan letak atas dulang.
Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit. 
Mas bakar selama 20 minit. 
Biskut ni akan keras selepas keluar oven dan sejuk yerk..jadi jangan risau jika biskut ni kelihatan lembut lagi masa panas iaitu keluar dari oven. Untuk dapatkan biskut yang cantik keraknya...lapik dulang dengan kertas minyak yang telah disapu marjerin.


Tempahan dibuka untuk sekitar Shah Alam dan kaw2 sewaktu dengannya....boleh email Mas di Mashitah80@gmail.com atau pm jerk kat FB....


11 comments:

  1. dah rasa macam nak dekat sangat raya, kan Mas.. tapi akak perasan Mas memang rajin buat biskut ni..

    ReplyDelete
  2. Salam Mas...
    mama pun dh pernah buat biskut oats berchocolate nie mmg sedap n ranggup

    ReplyDelete
  3. Asslm Mas... sedapnye...kalau anak2 FnF mesti laju je makan kukis ni... cepat je habis sebalang.

    ReplyDelete
  4. amboi mas.... ni projek sebelum pantang ke, dalam pantang atau lepas pantang? berdesup resepinya...

    ReplyDelete
  5. salam mas...wahh dh buat biskut dh ye..sedap..budak2 mesti suka kan..;-)

    ReplyDelete
  6. haaaa... tu tengah ngunyah cookies ke tuuu.... dah2.. xleh xleh... makan sebiji je.. nnti dh habis pantang baru boleh makan sebalang. hihi

    ReplyDelete
  7. aslmkum mas.. dah lama akk tak buat sekut ni.. tgok mas buat rasa teringin pulak.. dlm berpantang pun rajin mas masak2..

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Hi Mas, apa khabar dear? Congratulations again on the newborn dear. Adam is soooooo cute! Baru baca older posts.

    Nak cookies sebalang. Yay, Raya is coming! Can't wait for Bazaar Ramadhan...hehe! :)

    ReplyDelete
  10. Mas apa kabar? Wah...mcm dah nak raya je....

    ReplyDelete
  11. salam kenal ...
    menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
    di tunggu kunjungan balik.nya!

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.