Assalamualaikum.
Antara kuih wajib dibulan Ramadhan...
Semalam masa sembang2 kat fb, ramaii juga yang dah buat Kuih Tepung Pelita untuk juadah berbuka dan semestinya Kuih Tepung Pelita resepi Kak Yani yang menjadi pilihan. Kalau tengok kat myresepi pun, ramaiiii yang dah mencubanya. Mas dah pernah buat sebelum nie, kiranya ini kali ke-6 kot...he3
Pada Mas, Kuih Tepung Pelita resepi Kak Yani ni memang terbaikkk...kuih yang sedappp...tak payah kukus, hanya kacau2 dalam periuk dan tuang dalam bekas....kuihnya lembuttt jerk..manisnya pun sedang2 elok ...Mas try tabur gula pasir sedikit atas lapisan hijau macam yang izahdaut katakan semalam...hmmm...sedappp tau.
Kuih Tepung Pelita
Resepi : Kak Yani@myresepi.com
Sumber : izahdaut
Bahan2 ( 12 cups - bergantung pd saiz bekas )
Lapisan hijau @ bawah :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur - jgn letak banyak, nnti pahit
Lapisan putih @ atas :
4 sudu besar tepung beras - ratakan
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
sedikit garam
Cara :
Tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Perah santan, masukkan tepung yang 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
Masakkan tepung yang diadun dan kacau hingga masak dan berkilat ( hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya ).
Bila dah masak, masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Kemudian masak pula adunan santan yang diadun tadi dan kacau sehingga adunan pekat ( hingga nampak adunan meletup2 buih besar, jadi ambik masa sikit masa mengacaunya ).
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan.
NOTA:
Mas pun ikut Izah ikut sedikit tips daari joayee untuk membuat kuih ni basah2 seperti kuih dibeli. Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, saya taruk 2 sudu besar tepung ubi.
Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dalam bekas, sudukan dulu sedikit gula ke atas lapisan hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih. Saya taruk 1/2 sudu kecil gula pasir.
Salam Mas :)
ReplyDeleteSelamat Menyambut Bulan Ramadhan;
Tahniah! Dgn Kehadiran Cahaya Mata;
Note: Fav Kak Lin Tepung Pelita Ni..
salam mas..senang nk makan dh masuk bekas kecik2 tu kak..sedappp:)
ReplyDeleteMas!morninggggg..awal pulak aku smpai pagi ni kan.mesti ko terkejut.tak tkejut pun sila la buat2 terkejut ye.
ReplyDeleteCantik jer tepung pelita ko tu mas..elok rata halus gitu..aku dulu buat x rata,tapi sedap woh...ni kiranya kuih utk mereka yg xde oven n pngukus pun bleh buat kannn..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam Kak Mas..kuih tepung pelita..kuih fav di bulan pose..dh lama yana plan nk bt tp xterbuat lg..lps ni harus kna buat..telan air liur nengoknya hihii
ReplyDeleteAssalam mas cantik lapisan tepung pelita tu, rata saje, kalo akk buat mesti tak comey, sedap nmpk n lembut je
ReplyDeletewindunya dgn tepung pelita nie dek masssss... 4 hari lepas terasa nak makan tapi daun pisang tak de... bekas2 mcm nie lagi senang nak buatkan dek mas...yg ptg wangian pandan tetap ada...
ReplyDeleteSalam kak mas cayang! salam ramadhan buat akak sekeluarga n tahniah dgn kehadiran bb yg baru, semoga makin berseri seri rumah akak dgn kehadirannya, sori kak lmbt nak wish tp ttp ingatt :-) menu wajib masa bulan puasa nanti nk buat jugak tp tgh cuti skrg ni mood nk makan kuih2 mcm ni pun hilang :D
ReplyDeleteAssalamualaikum Mas,
ReplyDeletecantik je tepung pelita Mas ni, mmng sedap wat menu berbuka puasa kuih2 mcm ni.terasa nyaman je lalu kat tekak...
Mas, sedapnya... semlm anak k.gee request nk kuih ini tp k.gee tak smpt lagi nk buat...nk beli di bazaar ramadhan takut tak sedap... kena buat jugak lah ni....
ReplyDeleteSalam Mas..
ReplyDeletenampak sedap la tpg pelita tu..senang klu buat dalam cup mcm ni kan..
salam Mas...walaupon dah trlambat k.atie nk ucapkn slmt berpuasa & menyambut Ramadhan kpd Mas sekluarga
ReplyDeleteSedap tepung pelita tu tuk berbuka puasa tp k.atie dlm bln puasa ni beli kuih muih kat pasar ramadhan.
Jarang masak kuih sendirik..cuma msk lauk pauk jerr:D
sedapnya mas........
ReplyDeletebuat dlm bekas gini simpan dlm freezer makan pula sejuk2.....best
mas.. lawo nya kuih ko. kuih aku tak berapa rata. hahaha... tapi memang sedap sangat kan walaupun letak dlm bekas plastik gini, tapi wangi pandan tu masih best...
ReplyDeleteInilah juadah "wajib" setiap hari anak2 akak Mas, tp beli kat bazar je, belum rajin nak buat sendiri.Tapi niat nak buat sendiri dipasang selalu..ehe...
ReplyDeleteKak Mas,mmg sdp sungguh rcp nih kak,dah le sng nk wat..sedap toi lemak2 lembut jer,fuhh byk gak sy mkn berbuka semalam..
ReplyDeletemas cayang, akak pun tergoda tgk ni..sedapnya nak buat gak la nanti:)
ReplyDeletewaduhhh mas.. rasa nak semua.. termasuk yg dok kt tengah2 banner tu..
ReplyDeleteAssalam Mas, kuih tepung pelita pun fav akak...ingat dulu zaman anak dara suka tolong Opah buat kuih ni, datang mengacau2...hehe. Mmg kalau ikut style sebelah Perak pun tabur gula kat lapisan hijau, nak sedap gula pasir la kan...rasa kasar2 gitu bila makan...Cuma style Opah kuih2 ni sume dikukus selepas masukkan dlm acuan daun pisang...haruuumm...
ReplyDeletesalam.. kalau guna santan kotak boleh ke?
ReplyDeleteSalam kak mas...kalo takde kapur ok x?
ReplyDeleteSALAM KUIH INI MEMANG SEDAP. KALAU DALAM DAUN PISANG LAGI SEDAPPP.MASUK PULAK DALAM PETISEJUK. KEMUDIAN TELAN.SEJUK AJE TEKAK. BEST.
ReplyDeletesalam kuih ni memang sedap...kite orang makan masa bulan ramadan
ReplyDeleteAlahai...kat rumah xder tepung beras pula =(
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam. kak mas..nak try resepi ni..mintk resepi ni kak..
ReplyDelete