Search This Blog

Friday, September 30, 2011

Mee Goreng Mamak



Assalamualaikum. Moga dihari Jumaat yang mulia ni, kita semua dibawah lindungannya....Amin...semalam Mas plan nak sarapan Mee Goreng Mamak, tup..tup..Izahdaut pun tayang Mee Goreng Mamak yang amat menggoda tu, terliur betoi nengok Mee Goreng Mamak Izahdaut tu, jadi Mas try ikut resepi Chef Hanieliza tu, perhhhh..memang sangat sedappp la, agaknya sebab Mas ikut Kak Hana letakkan bahan tambahan dalam mee goreng mamak tu iaitu potongan tomato. Mas memang tak pernah letak potongan tomato masa goreng mee goreng mamak walaupun perasan memang ada tomato masa makan mee goreng mamak kat kedai mamak..he3....sadis kan...lepas ni lompom ikut stye macam ni...memang mabeless....

Mee Goreng Mamak
Resepi :  Chef Hanieliza
Sumber : Izahdaut  dan Kak Hana
Bahan :
  • 500 gm mee kuning
  • 100 gm daging - hiris nipis
  • 100 gm fish cake - Mas tak letak
  • 1 cawan taugeh - Mas tak letak
  • 1 mangkuk sawi - potong kecil - Mas pun mcm Izah tuko kobis
  • 3 sudu cili mesin - nak pedas bubuhlah lebih
  • 1 sudu rempah kari
  • 3 sudu kicap pekat - Mas guna kicap campur
  • 2 sudu minyak masak
  • 1 labu bawang besar - cincang halus
  • 1 cawan putih telur @ 3 biji telur
  • 3 biji cili hijau @ merah- hiris nipis
  • tomato dibelah - Kak Hana tambah tomato - Mas pun

Cara memasak :
  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang, cili dan rempah dan biarkan garing dan wangi.
  2. Masukkan daging dan kacau rata.
  3. Masukkan fish cake. Biar sebentar.
  4. Masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
  5. Masukkan taugeh, tomato yg dipotong2 dan sawi.
  6. Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
  7. Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
  8. Masakkan mee agak kering.
  9. Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan.


Thursday, September 29, 2011

Ayam Goreng Oats



Assalamualaikum. Semalam dengar khabar dari Izahdaut yang Kak Anim admitted di hospital KPJ Seremban dan hari ni Kak Anim akan di CT Scan. Mohon doa semuanya moga Kak Anim cepat2 sembuh dan moga semuanya berjalan lancar...Amin....
Meh layan dulu Ayam Goreng Oats yang simple dan sedapp ni..selalunya kalau ada lebihan dada ayam, Mas suka goreng gini....sedapp tau..apa lagi kalau dicicah ngan sos...lebih kurang ala2 Popcorn Chicken la kan.....cuma untuk salutkan ayam tu Mas guna oats.....jadi lebih berkhasiat ayam goreng ni....memang sedappp..Ain ngan Daniel ratah gitu jerk...

Ayam Goreng Oats
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • 1 keping dada ayam @ peha ayam tanpa tulang - potong dadu
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 sudu kecil serbuk kari 
  • sedikit garam 
  • 1/4 kiub ayam
  • 1/2 biji telur  - dipukul sedikit
  • 3/4 cawan oats
  • 2 @ 3 sudu besar tepung kastard 
  • minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara membuatnya :
  1. Gaul ayam dengan serbuk lada sulah, kiub ayam dan serbuk kari hingga sebati. Boleh tambah sedikit garam jika perlu. Perap sebentar. 
  2. Letakkan telur yang telah dipukul sedikit tadi pada ayam yang telah diperap dan gaul sebati.
  3. Taburkan oats pada ayam yang diperap tadi dan juga tepung kastard hingga oats dan tepung kastard melekat elok pada ayam tu.....
  4. Goreng dengan minyak panas hingga keemasan.
  5. Apabila dah masak, angkat dan toskan. Hidangkan dengan sos kegemaran.

Wednesday, September 28, 2011

Kari Daging Kerisik



Assalamualaikum. Mencuba lagi resepi dari Kak Fida Myresepi dan kali ni Mas buat Kari Daging Kerisik pulak...serius Mas cakap...resepi ni sangat simple, tak menggunakan santan dan sangattt sedappp tau.....karinya pekat dan rasanya ala2 kari kedai mamak pun ada....sememangnya resepi2 dari Kak Fida ni memang terbaik dan mabeles....sayangnya Kak Fida tak buka blog....hanya berkongsi resepi2nya yang sangat best tu dimyresepi...maceh Kak Fida...Mas menggunakan daging tetel untuk kari daging kerisik ni dan tambah daun pandan masa menumis untuk wangikan lagi kari ni dan tambah kiub daging untuk menambahkan lagi rasa daging pada kari daging ni....rasa macam makan kenduri pun ada tau..he3..meh layan resepinya dulu...nampak banyak..tapi hanya bahan2 asas biasa memasak kari jerk..untuk resepi kari daging kerisik ni, Mas hanya buat untuk 4 orang makan jerk....jadi tak la sampai sekilo guna daging tu yerk...

Kari Daging Kerisik
Resepi : Kak Fida Myresepi 
Bahan :
  • 1 kilo daging -dipotong nipis dan rebus empuk. Mas guna daging tetel
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 jari halia - dikisar
  • 4 - 5 sudu besar rempah kari daging - dicampur sedikit air dan jadikan pes
  • 1 batang serai - dititik
  • 2 lembar daun kari
  • sedikit kayu manis,cengkih,pelaga - untuk bhn penumis
  • 3 biji kentang - dibelah 4
  • 3 biji tomato - dibelah 4
  • 2 batang lada hijau - dibelah 2
  • 1/2 cawan kerisik
  • 1 keping asam gelugur
  • garam secukup rasa
  • kiub daging knor - Mas tambah
  • 1 helai daun pandan - Mas tambah
  • minyak masak - untuk menumis
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • air secukupnya untuk kuah
Cara memasak :
  1. Campurkan bahan2 kisar bersama cili kisar.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris juga daun kari dan daun pandan hingga layu dan masukkan campuran bahan kisar,penumis dan serai dan terus tumis hingga hampir kering lalu masukkan pes rempah kari dan tumis hingga wangi dan terbit minyak.
  3. Masukkan daging rebus bersama air rebusannya sekali dan juga kentang.Bubuh garam, asam gelugur, kerisik, kacau rata dan masak hingga mendidih. Boleh tambah air jika perlu dan masak lagi biar mendidih dan kentang empuk.
  4. Kecilkan api dan masukkan cili hijau dan tomato. Renihkan lagi 10-15 min. Siap untuk dihidangkan.

Monday, September 26, 2011

Cheese Tart Againnnn



Assalamualaikum. Projek pagi tadi....untuk menghabiskan baki cream cheese filling yang Mas buat Cheese Tart untuk dibawa ke rumah Izahdaut sabtu lepas, lagi pun hari tu merasa sebiji dua jerk..macam tak puas lak makan..he3..jadi hari ni merajinnkan diri buat lagi Cheese Tart yang sangat sedapp ni...lagi pun seronok pulak mendeko cheese tart ni....Ain ngan Daniel pun senyum lebar jerk balik dari sekolah tengok ada cheese tart dalam peti ais...klu sejukkk.....lagi sedapp tau....resepi cheese tart ni Mas suka guna resepi Azita Kitchen - Kak Ita...memang terbaik...walaupun dah banyak kali Mas n3kan resepi Cheese Tart ni, meh layan lagi resepinya...senang nak tengok kan......

Cheese Tart
Tart Crust / Shell .
Bahan :
  • 170 gm marjerin
  • 50 gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara membuatnya :
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.
Nota :
Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Cream Cheese Filling
Bahan :
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon - Mas letak esen vanila
Cara membuatnya :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170c. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.


  1. Tart crust yang sedia untuk dibakar.
  2. Tart crust yang telah siap dibakar dan disusun ke dalam loyang untuk proses seterusnya.
  3. Isikan filling ke dasar crust. Lebih banyak filling..lebih sedap!
  4. Picitkan adunan cream cheese filling ke atas filling tadi.
  5. Untuk melorek, ambil sedikit adunan cream cheese dan titikkan dengan beberapa titik pewarna.
  6. Mas menggunakan strawberi filling untuk lorekkan atas cream cheese tu, jadi Mas picitkan jer strawberi filling yang telah dimasukkan dalam pipe bag tu atas cream cheese. Sila abaikan no 7  dan no 8 jika menggunakan strawberi filling.
  7. Kacau rata2 hingga mendapat warna yang diinginkan.
  8. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  9. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri (lebih banyak lebih cantik...)
  10. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  11. Bakar selama 5 minit. Siap!!!
Tips untuk dapatkan cistat yg gebu dan montok(mengikut pengalaman Kak Azita) :
  1. Jangan simpan cream cheese di tempat sejukbeku (frozen).
  2. Keluarkan cream cheese 30 ~ 40 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  3. Isi adunan cream cheese ke dalam piping bag untuk memudahkan proses mengisi adunan ke dalam crust.
  4. Picitkan adunan hingga penuh...hingga sampai ke bahagian sisi crust.



Ikan Pekasam Goreng dan Masak Lemakkk



Assalamualaikum. Semalam masak simple2 jerk..memandangkan Izahdaut tapaukan masak lomak dari Kak Anim masa bertandang kerumah Izahdaut sabtu lepas, Mas goreng ikan pekasam jerk untuk dimakan ngan masak lomak tu...untuk Ain ngan Danaiel, Mas goreng ayam jerk...ikan pekasam ni pun buah tangan dari Izahdaut masa Izah bertandang kerumah Mas minggu lalu....hmm...memang sedapp ikan pekasam yang dibuat mertua Izahdaut ni...masak lomak daging dan sembilang salai Kak Anim pun memang mabelesss.....tak kurang juga sedapnya kek karemel Anna tu...kejapp jerk dah abisssss....memang seronok berjumpa ramai2 gini..InsyaAllah....lain kali boleh buat lagi....tak puas pulak sembang hari tu...he3..meh layan dulu ikan pekasam ni...ari ni baru dapur mula nak berasap2...

Ikan Pekasam Goreng
Resepi : MasDuniaku
Bahan :
  • Ikan pekasam
  • Bawang merah - hiris
  • Cili padi secukupnyer - belah dua atau hiris
Cara memasak :
  1. Cuci bersih ikan pekasam. Rendam sebentar dalam air untuk mengurangkan sedikit kemasinan dan melembutkan sedikit kecut ikan tersebut.
  2. Panaskan sedikit minyak. Goreng ikan pekasam hingga masak @ garing. Angkat dan gunakan minyak yang sama, goreng bawang dan juga cili hingga wangi dan masukkan ikan pekasam yang telah digoreng tadi, balik2kan dan boleh diangkat.



Thursday, September 22, 2011

Roti Sosej Rangup



Assalamualaikum. Untuk bekal Ain ngan Daniel, dah 3 kali Mas buat Roti Sosej Rangup ni atas permintaan anak2 Mas...suka sangat bebudak berdua ni ngan Roti Sosej Rangup ni...sedap dan rangup katanya....asalnya tengok Kak Nor buat, siap letak cheese lagi..tapi terlupa nak cuba ...he3...bila tengok Izahdaut buat..bertangguh lagi sebab puasa....baru2 ni baru teringat roti tu...bila sekali buat...suka sangat Ain ngan Daniel makan...tu yang berulang kali buat...cuma untuk salut roti tu Mas guna oats jerk...tetap sedapp.... 

Roti Sosej Rangup
Resepi :  Kak Nor 
Sumber : Izahdaut
Bahan:
  • 10 keping roti
  • 10 batang sosej ~ direbus sekejap
  • 10 keping slice cheese - Mas tak letak
  • 1 biji telur ~ dipukul sedikit
  • breadcrumbs @ serbuk roti secukupnya - Mas guna oats
  • minyak utk menggoreng

Cara membuatnya :
  1. Gelek roti hingga leper (boleh buang kulit tepi jika suka)
  2. Letakkan sekeping slice cheese dan letakkan pula 1 btg sosej.
  3. Sapukan hujung gulungan roti dengan sedikit telur (untuk melekatkan)
  4. Gulung dengan kemas. Buat hingga habis.
  5. Dengan menggunakan brush, sapu keseluruhan roti dgn telur yg dah dipukul sedikit tadi.
  6. Golek2kan ke dalam breadcrumbs dan goreng dalam minyak yg dah dipanaskan.
  7. Goreng hingga golden brown, angkat dan toskan.
  8. Hidangkan bersama sos kegemaran spt sos cili, mayonis dan jalapeno cheese.


Wednesday, September 21, 2011

Talapia Bakar Berempah Woku


Assalamualaikum. Menu talapia merah lagi...Mas kalau tengok talapia merah yang segar...terus teringat nak bakar....sedapp terasa manis ikan baru kan....memang sedappp talapia bakar ni...apa lagi dibuat resepi Ikan Bakar Berempah Woku...perrhhhh...sangattt sedappp....kiranya licin tinggal tulang la bila makan talapia bakar berempah woku ni semalam...sedapp sangat...memang dah jadi resepi peberet Mas kalau nak bakar ikan....maceh pada Kak Ummi yang mencuba resepi ikan bakar ni dan berkongsi didapurnya... kata kak ummi resepi diambik dari majalah sedap...maceh pada kak ummi dan tuan resepi ikan bakar berempah woku ni...memang terbaikkkk

Talapia Bakar Berempah Woku
Resepi : Kak Ummi
Sumber : MasDuniaku
Bahan : (akak wat sukatan untuk seekor ikan)
  • 2 ekor (550 gm) ikan siakap - dikelar-kelar - Mas guna talapia merah
  • 2 sudu teh air perahan limau nipis (*akak guna limau kasturi jek)
  • 1 sudu teh garam
# Lumur ikan siakap dengan limau nipis dan garam. Perapkan 15 minit. Bersihkan dan ketepikan.
  • 8 helai daun limau purut - buang tulangnya dan hiris halus
  • 4 helai daun pandan - hiris halus
  • 2 helai daun kunyit - hiris halus
  • 3 batang serai - ambil putihnya dan hiris halus
  • 5 tangkai selasih - diambil daunnya (*akak xda stok ni)
  • 2 biji tomato merah - potong dadu
  • 250 ml air
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula pasir
  • 2 tangkai daun bawang - dipotong-potong (*ni akak lupa nk tabur)
  • 3 sudu makan minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar :
  • 12 biji bawang merah
  • 7 biji cili padi merah (akak guna yg biasa je, campur2)
  • 5 biji buah keras - bakar kejap
  • 3 cm kunyit hidup - bakar (*akak x bakar pun)
  • 2 cm halia
Bahan Pelengkap :
  • Daun senduduk secukupnya (*akak guna daun salad jek)
  • 1 biji timun - dipotong serong
  • 4 tangkai selasih
  • 6 biji cili padi merah hiris untuk tabur

Cara Memasak :
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar, daun limau, daun pandan, daun kunyit dan serai sehingga terbit aroma.
  2. Masukkan tomato dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan air, gula pasir dan garam. Masak sehingga matang dan mendidih.
  4. Masukkan daun selasih dan ikan siakap. Masak sehingga kuah menyerap.
  5. Sediakan alluminium foil yang telah digriskan sedikit minyak dan letak angkat ikan tadi di atas alluminium foil.
  6. Tuangkan juga semua kuah pekat tadi rata-rata menyaluti ikan.
  7. Bakar selama 30 minit dengan suhu ketuhar 180C sehingga ikan masak.
  8. Hidangkan bersama pelengkapnya dan bahan taburan cili padi hiris.
  9. Selamat menjamu selera!!! Hingga menjilat jari uuuuu...


Tuesday, September 20, 2011

Puding Roti Sos Kastard



Assalamualaikum. 
Meh layan pulak Puding Roti Sos Kastard yang sangat sedapp ni...bak kata Izahdaut, makan puding roti tu masih suam2 panas bersama kuah kastard yang sejuk sejuk. Alahaiii memang sedapp la sangat. Memang sama citarasa kita ijahh...tak terasa bersudu2 masuk dalam mulut kan...dessert yang sangat sedap dinikmati sambil santai2 nengok tv....maceh pada cikgi yang dah lama mengtenggelamkan diri tu...Kak Hana, miss u kak...muahhhh...untuk puding roti yang sedapp ni, Mas tak letak kismis sebab dah abiss stock dan sos kastard tu Mas pekatkan sikit untuk rasa sos yang melekat kat puding roti tu....memang mabelesss...


Puding Roti Sos Kastard
Sumber : Izahdaut dan Kak Hana

Bahan :
8 keping Roti
* 500 ml Susu segar
* 4 sudu besar Gula halus
* 2 sudu besar Butter- cairkan
* 2 biji Telur
* 1 sudu teh Esen vanilla
* 1 sudu besar Tepung Jagung
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar Kismis

Cara :
Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
Biarkan sebentar dalam 20 - 30 minit agar roti terendam sepenuhnya.
Taburkan kismis diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.





Untuk Sos Kastard :
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard - hana ltk 11/2 sb je..
2 sudu besar gula

Cara membuat kuah @ sos Kastard :
 Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat.
Tuang ke atas puding roti tadi.



Kuah Kacang @ Kuah Satay




Assalamualaikum. 
Alhamdulillah...percubaan kali - 2 belajar buat kuah kacang @ kuah satay....kali ni menjadi dengan jayanya dan respon dari suami....sangatt sedapppp...abang siap kata boleh buat jual....Alhamdulillah....sebenarnya Mas pernah mencuba membuat Kuah Kacang @ Kuah Satay ni untuk kali pertamanya 2 tahun lepas...amat mengecewakan...tak de langsung rupa Kuah Kacang @ Kuah Satay, kecewa sangat pada resepi yang Mas ambik dari majalah tu...terus malas nak belajar buat Kuah Kacang @ Kuah Satay ni walaupun Mas dan suami suka sangat Kuah Kacang @ Kuah Satay, selain dimakan dengan satay...kami suka makan cucur ikan bilis @ jagung sambil mencolek dengan Kuah Kacang @ Kuah Satay.....memang sedappp
Alhamdulillah...resepi dari Kak Fida tak pernah menghampakan...gara2 Noorsha menayangkan Kuah Kacang @ Kuah Satay resepi Kak Fida ni, terdetik untuk Mas menerainya.....dan hasilnyaaa....memang mabelessss....tima kasih pada Kak Fida dan Noorsha....

Kuah Kacang @ Kuah Satay
Bahan :
300 gm kacang tanah - sangar dan kisar 
100 gm gula pasir
150 gm gula merah
40 gm asam jawa
1 sudu kecil garam 
1 sudu kecil kunyit serbuk
1 cawan minyak masak  - untuk menumis

Bahan kisar :
2 biji buah keras
1 sudu besar ketumbar biji - sangar
1 sudu kecil jintan kasar - sangar
1 sudu kecil jintan halus - sangar
2 hiris lengkuas
2 hiris halia muda
20 tangkai cili kering
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
7 batang serai - hiris
20 gm udang kering




Cara membuatnya :
1 - Satukan gula merah dan asam jawa, diramas dengan secukup air untuk mendapatkan 500 gm air asam, bancuh kacang tanah kisar dan gaul rata.
2 - Panaskan minyak  dan tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan gula, garam dan kunyit serbuk dan gaul rata.
3 - Masukkan bancuhan air asam dan kacang ke dalam bahan tumis. Seimbangkan rasanya dan masak hingga  keluar @ pecah minyak dengan api sederhana. Sentiasa kacau yerk...
4 - Selamat mencuba....

Update : 
Jika kuah kacang kelihatan agak pekat, boleh tambah sedikit2 air panas bergantung nak cair macam mana kuah kacang tu...kacau sebati atas api sederhana dan boleh dihidangkan..



Monday, September 19, 2011

Mee Jawa




Assalamualaikum. 
Untuk kali ke-2 Mas buat Mee Jawa resepi Kak Hanieliza ni, boleh lihat DISINI untuk mee jawa yang Mas buat sebelum ni...memang sedappp...ini la juadah yang Mas jamukan untuk tetamu yang datang beraya sabtu lepas...
Alhamdulillah, tengok tetamu pun berselera menikmati Mee Jawa ni...
Kuah mee jawa ni pulak..pada Mas, bila dipanaskan lagi keesokkan harinya...rasanya lebih sedapp tau...rasa tak jemu pulak makan mee jawa ni berulang kali...
Tima kasih pada Kak Yatie yang berkongsi resepi Mee Jawa Kak Liza ni didapurnya...dan membuatkan Mas teringin mencubanya dan Alhamdulillah...sangat sedappp mee jawa ni...

Mee Jawa
Resepi : Kak Hanieliza
Sumber : MasDuniaku 

Bahan : 
1 kg mee kuning - dicelur
1/2 kg daging - rebus lembut dan hiris nipis
300 gm tauge - buangkan kakinya
2 tangkai daun bawang - dihiris 
5 biji cili merah - dihiris 
3 keping tauhu goreng - dihiris nipis
3 biji telur rebus - dibelah 
3 biji limau nipis - dibelah 
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah: 
1/2 kg keledek - direbus dan dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
5 ulas bawang merah - dikisar
3 batang serai - dikisar
Sedikit halia - dikisar 
sedikit lengkuas - dikisar
100 gm udang kering - dikisar 
2 sudu besar cili kisar 
3 sudu besar serbuk kari daging 
air rebusan daging 
garam dan gula secukup rasa 
Mas tambah 1 ketul kiub ayam




Cara memasak kuah :
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing dan pecah minyak. 
Masukkan keledek yang dikisar halus tadi. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan. Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan hingga kuah mendidih. 
Masukkan mee yang dicelur dalam pinggan dan letakkan bahan2 sampingan dan kemudian tuang kuah atas mee tadi.
Sedia dinikmati....sangattt sedappppp.