Search This Blog

Wednesday, September 15, 2010

Karipap Kentang



Karipap Kentang
Copy :  Kak Hana
Bahan-bahan
  • 250g tepung gandum (2cwn penuh)
  • * 2 sudu besar minyak msk
  • * 2 sudu besar butter@marjerin
  • * 1 sudu besar shortening
  • >> * Campurkan semua menjadi 1/4 cawan.
  • garam
  • air
Bahan Inti Kentang
  • 5 biji kentang sederhana besar - dipotong dadu
  • 1/2 biji bawang besar - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 2 sudu makan ikan bilis
  • 2 sudu makan serbuk kari
  • hirisan daun sup
  • garam dan gula
  • air
>> Jika suka bleh campurkan ngan daging@ayam minced - mas letak daging dan isi ayam


Cara-cara
  • Utk membuat kulit karipap - Panaskan @ microvawekan minyak, butter @ marjerin, shortening sehingga menjadi 1/4 cawan.Masukkan ke dalam tepung. Gaul menggunakan garfu (sbb minyak panas) sehingga menjadi crumble. Bancuh air dan juga garam. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan uli sebati sehingga tidak melekat di tangan.
  • Utk membuat inti - Blend @ kisar bwg besar, bwg putih dan ikan bilis. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan kari yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau. Masukkan kentang dan air. Masak hingga kentang empuk. Masukkan skali garam dan gula secukup rasa. Taburkan daun sup dan gaul sebati.Tutup api.
  • Ambil adunan tepung tadi. Canai. Terapkan dengan mulut cawan besar atau apa2 terap yang bulat. Ambil satu, masukkan inti dan kelim seperti biasa. Goreng dengan minyak panas sehingga keemasan. Pastikan api sederhana sahaja. Angkat dan toskan.
  • Siap dihidang.


3 comments:

  1. salam mas.... karipap ni kuih feveret akak... lebih2 lagi yg inti daging... setakat ni lum sampai seru lagi nak wat... kita nak ngendeng karipap mas ni sebijik dua... hehehe... selamat hari raya... maap zahir batin!!!!

    ReplyDelete
  2. kak wana
    salam kak...selamat hari raya...karipap dah abis la kak...kuih raya ada banyak...nak tak...he..he...akak bawa mee udang tak...he..he..

    ReplyDelete
  3. salam kak mas

    ewah2...makin menjadi karipap dia

    ayu suka makan...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.