Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Wednesday, October 10, 2012

Kuih Lompat Tikam - sedappppp




Assalamualaikum.
First time tau Mas buat Kuih Lompat Tikam ni. Selalunya Mas beli jerk. Berbaloi buat sendiri sebab dapat banyak untuk 1 adunan....puas juga makan...he3
Simpan dalam freeze lagi best.....sejukkk nyaman jerk bila makan....
Macam biasa, resepinya dari Kak Fida Myresepi. TQ kak....


Kuih Lompat Tikam 
Resepi :  Kak Fida Myresepi

Bahan :
10 -12 mangkuk kecil 

Lapisan bawah :
62 g tepung beras @ 8 sudu besar 
660 ml air @ 2 1/2 cwn + 2 sudu besar 
62 ml air pandan @ 3 sudu besar  + 1/2 sudu kecil pewarna hijau
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil air kapur - Mas x letak

Lapisan atas :
25 g tepung beras @ 3 sudu besar 
600 g santan pekat @ 2 cawan + 5 sudu besar 
1/2 sudu kecil garam

Air gula :
250 g gula melaka @1 cawan - yang telah dihiris halus
500 ml air @ 2 cawan 
1 helai daun pandan - di simpul

Cara :
Gula melaka, daun pandan dan air dimasak hingga mendidih dan gula larut.
Tapis dan sejukkan.




Cara :
Campurkan bahan2 lapisan bawah di dalam periuk, Kacau rata dan masak hingga pekat dan berkilat, sampai nampak adunan meletup letup besar. Matikan api.
Tuang adunan ke dalam mangkuk2 kecil yang bertutup hingga 1/2 bahagian mangkuk. Ketepikan.
Masak pula lapisan atas hingga pekat dan tuang keatas lapisan bawah tadi. Sejukkan pada suhu bilik.
 Tuang secukup air gula ke atas kuih dan boleh di hidangkan.
Jika suka makan sejuk,simpan kuih yang telah diisi air gula di dalam peti sejuk.



16 comments:

  1. As'salam Mas

    k.ct pun suka, abg k.ct pun suka..nanti nak cuba sebab bekas kecik2 tu banyak. stok tepung semuanya ada :)

    ReplyDelete
  2. Salam, Mas.
    Tengok yang dah cedok tu, awwwwwwwwww, ngancamnya Masssss

    ReplyDelete
  3. salam mas hemmm mmg sdp kuih ni..akk pun x pernah buat lg..biasa beli..sdp mkn sejuk2....nak try jugak..

    ReplyDelete
  4. amboii banyaknya kuah dia... sedap ye mas.. lama dah aku tak makan lompat tikam.. aku suke kalau ada santan pekat tuh.. sedaapp..peh tu ada pulut sikit.. kan sedap kan

    ReplyDelete
  5. emm, sedap, suka kuih-kuih cam ni...nanti boleh cuba...

    ReplyDelete
  6. Salam kak mas! walahhhhhhhh! suke sgt kuih mcm niii, lama sgt tak buat itu hari puasa pun tak buat kalau tak silap termengidam ler pulak mkn sejuk2 sedapnya!

    ReplyDelete
  7. Sedap tuuu nak try la nanti.....copy dulu recp hehehe.

    ReplyDelete
  8. Mas, akak suka sgt kuih2 lembut mcm ni..tapi malas nak melompat tikam..:)

    ReplyDelete
  9. Salam kak Mas... kak Mas erma tak pernah mkn kot kuih ni..mmm kenapa lompat tikam? kak rasanyer cam bubur som som ker? tgk ader air gula.. teringinnyer.. mkn time sejuk2 nyaman kat tekak nek.. nak semangkuk kak mas he he he

    ReplyDelete
  10. Mas...cantik molek kaler air gula tu...cap apa mas gula melaka tu? cap tiga serangkai ye...eh tu cap kain batik...gegege...Enak banget kalo mkn yg putih tu lg byk dr yg ijo...byk dapat ye...haa dh tu..tk reti2 lg nk nganto?

    ReplyDelete
  11. Salam Mas..nampak sedapnya klu mkn sejok2 kan.Meh,k.atie nk 2 bekas kecik tu:D

    ReplyDelete
  12. hmmm...sedapnya..laju aje ni kalau masuk ke tekak...

    ReplyDelete
  13. salam mas,
    tgok pic yg last skali tue..siap dgn air gula camtu waalaaweiii sluurppp2 kt tekak nie:)

    ReplyDelete
  14. Assallamualaikum Mas..

    Mas, ni kuih gangster ni Mas.. Lompat..pas tu tikam..heheheheee.. Kat sini bnyk jual ni mas.. Sbb tu akak malas nak buat..hahahaha..alasan...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...