Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Tuesday, February 14, 2012

Daging Dendeng Pandan


Assalamualaikum.
Meh layan entry tertunggak untuk pagi ni.....resepi daging yang sangat sedapp...suami Mas pun suka....pernah buat dulu, boleh lihat DISINI dan Mas buat lagi bila terkenangkan kesedapannya.....resepi Daging Dendeng Pandan ni datangnya dari Kak Ummi - Home Sweet Home, ada keluar dalam Majalah Jelita keluaran Mac 2011, tahniah yerk kak dan maceh Kak Ummi atas resepi daging yang sedap  ni...Mas sekeluarga sukaa...

Daging Dendeng Pandan

Bahan :
500 gm daging batang pinang
2 cawan air
* 2 batang serai - diketuk
* 1 inci halia - diketuk ( *untuk direbus dgn daging)
2 sudu besar cili kering yang dikisar
2 sudu kecil rempah kari daging
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar kicap pekat manis
1/4 cawan gula melaka yang dihancurkan
3 sudu besar gula pasir
garam secukup rasa
sedikit air (jika perlu)
1 helai daun pandan - disimpul
1/2 cawan bawang goreng
minyak masak secukupnya

Bahan Kisar : 
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm lengkuas
2 cm halia


Cara Memasak :
Potong daging kepada saiz 4 x 4 inci, bersihkan dan rebus hingga daging empuk.
Angkat dan toskan. Hiris daging nipis2. Buat hingga siap.
Tumbuk-tumbuk sedikit setiap keping daging.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap daging tadi hingga nampak garing sikit di bahagian tepinya. (boleh gunakan minyak lebihan bawang goreng untuk lebih sedap). Angkat dan toskan.
Keluarkan minyak dan tinggalkan lebihkurang 1/4 cawan dan tumiskan bahan kisar serta cili kering dengan api sederhana perlahan hingga pecah minyak.
Masukkan serbuk kari daging, serbuk ketumbar, kacau rata. (masukkan sedikit air jika terlalu kering)
Masukkan gula melaka, gula pasir, kicap manis dan garam secukup rasa. Seimbangkan rasa.
Masukkan daging dan daun pandan, gaul rata. Masak hingga daging benar2 bersalut dan sedikit kering atau pecah minyak.
Tutup api dan tuangkan bawang goreng. Gaul rata-rata menyelaputi daging. Siap untuk dihidangkan.



25 comments:

  1. Slam pagi kak mas!! Sblm kita berperang jap lg nii kan dtg nk suh akak simpankan daging tu :D takut tak sempat sampai mesti da abis :D menu daging2 ni mmg suke itu hari order daging 2 kilo sampai skrg belum guna sbb sayang nk guna ahahaha... Sebab takut habis :D

    ReplyDelete
  2. As'salam Mas

    macam lama sangat tak singgah kesini. satu faktor cuaca tu yang malas nak duduk depan laptop, tenet pun satu hal slow jer sebab dah macam nak habis tempoh nyawa dia..hahaha

    Mas, k.ct nak cuba jugalah resipi ni, Tapi nak tahu juga ada bau aroma pandan tak Mas..hehehe

    ReplyDelete
  3. ijayuji ,

    dah abiss la ika...
    tu entry tertunggak la cayang..he3

    haaa....banyak daging tu...
    nak simpan sampai tahun depan ke....
    gi buat cepat....

    ReplyDelete
  4. CT Delima,

    waalaikum salam kak..
    selamat mencuba yerk..
    hmm...ada kak aroma pandan..
    tu yg buat tak sabar2 nak makan daging tu...
    nama pun daging dendeng pandan kannnn...he3

    ReplyDelete
  5. Assallamualaikum Mas..

    Mas, like always, suka bila Mas snap gambar dekat2 cam tu.. Rasa cam nak colek sikit sambalnya tu dgn jari..nak rasa .. Sedap nampaknya tu Mas..

    ReplyDelete
  6. Assalam Mas, uwaaaaa rajinnya dia mendendeng, akak dpt virus ni kalau nak raya ke, anak2 nak balik U ke, baru rajin nak buat, tumpang makan sekali laaaa...kalau duk ber3 je, x kuassaaa... mintak sepiring Mas.. Thanks ya sudi dan alhamdulillah Mas n family suka, boleh jgk ejas mana2 patut ikut tekak kaann... :))

    ReplyDelete
  7. mmng confirm sedapkan Mas sbb dah buat 2 kali..akak pun lama tak masak daging..mmng nak kena cuba ni...menyelerakan sungguh...

    ReplyDelete
  8. sedapnya mas daging dendeng..kita suka...bila la agaknya nak buat lagi..huhuhu

    ReplyDelete
  9. Naz / Nadz COSK,

    he3....taktik menggoda tu kan...
    try la buat kak..
    memang best daging dendeng tu..

    ReplyDelete
  10. Ummi,

    maceh kak ummi atas perkongsian daging dendeng yg sedappp ni...
    tak sangka suami pun suka..
    tu yg buat lagi..he3

    ReplyDelete
  11. Yatie,

    selamat mencuba kak yati..
    memang sedapp sangat daging dendeng ni..

    ReplyDelete
  12. qaseh johanna,

    hingga menjilat jari uuu..he3

    ReplyDelete
  13. norlieharumaini ,

    compommmm.....
    tarak tipu punya..he3

    ReplyDelete
  14. quinnie ,

    ada daging...
    buat yerk quinnie...
    memang terbaik daging dendeng ni..

    ReplyDelete
  15. Confirm anak bujang akak suka menu daging ni...dia kalau lauk daging..emmmm...memang kesukaannya sgt2....:)

    ReplyDelete
  16. Mas, k.gee suka makan daging dendeng dgn pulut... sedap banget... TQ share resipi...

    ReplyDelete
  17. Salam Mas..Emmmm sedap juga buat dinner ni...terasa lama pula tak masak lauk berasaskan daging ni....

    ReplyDelete
  18. setuju! setuju! mmg sedap daging ni, ai pun penah terai resepi kak ummi ni...mmg world lah!

    ReplyDelete
  19. wah!!
    mas... rajin betul ko...
    mas.. ayu kan, dok senaraikan kawan2 yang pregnant tahun 2012..

    mas join kan>> ayu tulis due kamu tu betul tak>

    ReplyDelete
  20. salam Mas..emmmm sedapnya daging masak dendeng ni.Daging kat esbok habih lak :(.
    Nanti nk try la,nampak cam sedappppp.Mintak izin copy resepi ya.

    ReplyDelete
  21. salam Mas, yang ni pun mmg menjadi pebret akak..sedapnyee..

    ReplyDelete
  22. akak pun dah cuba resipi akak ummi nie.. sememangnya sedap...

    ReplyDelete
  23. Salam..baru terjumpa blog ini...wahh..semua resepi sedap and nak try la jugakkk...

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...