Search This Blog

Monday, August 1, 2011

Red Velvet Marble Cheese Brownies





Assalamualaikum. 
Selamat menjalani ibadah puasa buat semua.....jangan renung lama2 yerk Red Velvet Marble Cheese Brownies tu, nanti ada juga meleleh air liur....muahahaha...serius Mas cakap....masa tengok kat dapur Kak Anim hari tu, memang dah masuk list resepi ni....lepas tu Izahdaut lak tayang...katanya dek kesedapan makan kat rumah Kak Anim, dia buat Red Velvet Marble Cheese Brownies ni.......bila Mas renung lama2 red velvet Izah ni.....makin berkobar2 nak merasa red velved ni, tengok kak anim pun dah berulang2 kali buat.....jadi Mas pun try buat semalam, masyaAllah........kali pertama merasa  sepotong Red Velvet Marble Cheese Brownies ni, rasa nak nangis pun ada...sedappppp laaaaa...dah makan seketoi, nak makan lagi dan lagi.......terus bercadang nak buat masa raya ni, InsyaAllah........abang ngan Ain dan Daniel pun suka dan puji sedapppp....cuma Red Velvet Marble Cheese Brownies Mas ni tak kemas sikit bila dah dipotong, gara2 tak sabar nak simpan 4 jam lebih dalam freeze, tapi bila Mas potong masa sahur tadi, memang cantik, kemas jerk brownies ni sebab dah cukup sejuk....Alhamdudillah, tambah satu lagi koleksi resepi kek cheese yang sedappp......


Red Velvet Marble Cheese Brownies
Sumber : Kak Anim dan Izahdaut

Bahan :
(loyang 4 segi 7x7 inci) 

125 g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek @ tepung halus
1/2 sudu kecil garam
60 g mentega - suhu bilik
110 g gula halus *izah letak 100gm
1 biji telur saiz A - suhu bilik
1/2 sudu kecil essen vanilla
120ml susu segar - suhu bilik
1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
1/2 sudu kecil pewarna merah - maz guna merah strawberi
kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking powder


Lapisan Cheese :

200g cream cheese - suhu bilik
1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
60g gula galus * izah letak 50gm
1 sudu besar jus lemon







Cara :
Panaskan oven suhu 170 C. 
Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.
Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.
Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, kemudian masukkan gula dan pukul lagi dalam 2 - 3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.
Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.
Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.
Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.
Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. 
Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.


Lapisan Cheese :
Cara :
Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus leman dan telur. Putar biar sekata.
Tuang atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.
Bakar selama 30 - 35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath ( masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheesekek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering ). 
Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. ( seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras ). 
Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan. Selamat Mencuba..



29 comments:

  1. Salam MAs...

    Selamat berpuasa dari ira....

    Memang tak leh renung lama2 ni, dah berair mulut ni!

    ReplyDelete
  2. aaa keluar pun, baru je aku ngomen kat entry kad ko tu.. tetibe dah kuar brownies. hehee...

    sedapkan mas. elo la buat untuk raya ni. merasa jugak tetamu kek moist n sedap ni.. ko gune warne apa mas.. ke ko kurangkan warne. aku gune merah cerry, letak sikit je. tak sampai 1/2 sk pun, tapi merah betui..

    ReplyDelete
  3. salam K.Mas..

    Slamat berpuasa..yana dtg jeling jee nii tgk brownies tuu..hmm..xtahan lah tgk..hehee

    ReplyDelete
  4. hisy...mas ni memang tau... terguda kak gee dibuatnya...nasib baik ada si IMAN tu kalau tidak....

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikumwbh Sis…
    Ayu ingin mengucapakan selamat menyambut ramadhan. Semoga kita sama2 memanfaatkan bulan yang penuh rahmat, keampunan dan yg dijanji dijauhkan dari neraka ini oleh NYA. Mohon maaf jika ada tersalah, terusik, terkata dan terbicara yang mungkin ada menyakiti selama ini.:)

    Have a blessed and contented Ramadhan for u and family…Amen.

    ReplyDelete
  6. Wanieyra,

    maceh ira...
    he..he..jeling2 jerk yerk brownies tu...

    ReplyDelete
  7. izahdaut ,

    makcik..tu la pasal..agaknya pewarna merah aku tu tak merah sangat kot....
    nak cari warna merah cerry lah lain kali....
    tapi kan makcik...sedapppp bangattt kan kek ni..
    aku suka sangat..

    ReplyDelete
  8. Yana Shaiful,

    maceh yana,
    hmm..jeling2 jerk yerk...nnti ada lak yg terliur...he..he..

    ReplyDelete
  9. Gee®,

    he..he..sabo kak jee...
    nnti akak try la buat..
    sedapp tau..

    ReplyDelete
  10. Ayu Safieza @ Humaira',

    amin.....
    maceh kak ayu..
    mudah2an yerk kak...
    sayangg akak..

    ReplyDelete
  11. selamat berposa mas,
    hello maaaas,sedap kan mas?..ada kekesalan tak sbb lambat buat..hehe..kek ni dah berulang2 kali buat kat rumah ni mas.bebudak dah tak mau kek cekelat lagi..diorang kata setakat ni ini kek yang terbaik..maceh ya mas akhirnya bronis velvet ni sampai jugak ke rumah mas..

    ReplyDelete
  12. Slmt berpuasa Mas, uwaaa arini dah tayang red velvet brownies plk..bilalah akak nak buat...ni sibuk nak menyediakan juadah berbuka pose ni..poning kepala...hehehee...

    ReplyDelete
  13. Salam Mas..mmg trgoda tgk kek red velvet brownies nih!selamat menjalani ibadah puasa tuk mas sekluarga.masak apa ptg nanti?

    ReplyDelete
  14. Assallamualaikum Mas..
    Rajinnya... Buat brownies lak...
    Selamat berpuasa ye Mas.. Datang umah akak amik kad nanti eh.. Maaf salah silap kiranya ada..

    ReplyDelete
  15. salam ramadan mas n famili..dtg nanti bw brownies tu ya. :)))

    ReplyDelete
  16. rajinnya kak mas memarble lagi topping cheese tu...

    ReplyDelete
  17. sedapnya! boleh try...bila ek...masuk list dulu la...

    ReplyDelete
  18. salam mas.. selamat berpuasa ye.. kelmarin nampak rumah izah.. ni rumah mas.. plak bagus tul kawan baik ni..:) nanti boleh la cuba lepas2 puasa nanti

    ReplyDelete
  19. Salam ramadhan al mubarak buat mas sekeluarga... ramai yg dah cuba.. if buat raya pun bagus ni :o)

    ReplyDelete
  20. anymz,

    kak anim..memang mas menyesal lambat buat brownies ni..
    sedapppp bangat la.....

    ReplyDelete
  21. Yatie,

    try kak yati brownies ni...
    memang terbaik.....
    sedappp tau...

    ReplyDelete
  22. ♥♥azatiesayang ♥♥,

    maceh kak..
    memang terbaik brownies ni...
    sedapp tau...

    ReplyDelete
  23. kak naz,

    maceh kak,mas dah ambik kad yg cantik tu........

    ReplyDelete
  24. Deliah's Deli,

    maceh del...aku dah anto kat kau semlm...
    dapat tak..he..he..

    ReplyDelete
  25. nuwairani ismail,

    teringin kak..
    tu yang mencuba....
    sedapppppp la...

    ReplyDelete
  26. Lovely Kitchen,

    selamat mencuba e-na,
    memang terbaik brownies ni...

    ReplyDelete
  27. Juwita Jamaludin ,

    maceh ita,
    selamat mencuba yerk...
    memang best tau brownies ni...

    ReplyDelete
  28. Rima,

    maceh kak rima,
    tu la kak..
    mas pun bercadang nak buat raya ni..

    ReplyDelete
  29. mas..br je akk nampak izah buat..kekonon akk nak buat la sbb semua bahan ada..tp bertangguh je..alih2 mas dah buat dulu..mesti sedap kan...boleh la buat berbuka :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.