Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Tuesday, September 21, 2010

Nasi Beriani Jus Oren



Ni menu untuk Mas berbuka semalam, Nasi Beriani Jus Oren, sedap tau....Ain ngan Daniel bertambah makan  Nasi Beriani ni, rempah beriani Mas guna rempah Beriani Faiza...memang sedap, Nasi Beriani ni Mas makan dengan Ayam Beriani dan telur rebus.....resepi hasil dari selongkar dapur Kak Hana dan  CMG pun dah try Nasi Beriani ni....rasanya yang lain pun dah mencuba kan, maceh banyak2 Kak Hana.....lepas ni nak buat lagi nasi beriani ni, tak puas lagi makan....he.he..

Nasi Beriani Jus Oren
Copy : Kak Hana
Boleh juga tengok kat dapur CMG 

Bahan-bahan :
  • 3 cawan beras basmathi - rendam sebentar dan toskan
  • 3 cawan air + 1/2 cawan susu cair (hana lebihkan 1/2cwn cecair utk nasik yg lembut, sepatutnyer sama sukatan cecair dan beras) - dan susu cair tuh hana cume ltk 1/2 cwn shj. klu ikutkan nisbah 2:1 (2 air, 1 susu)
  • 1/2 biji bawang besar - hiris
  • *3 biji bwg merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • rempah tumis
  • 2 sudu besar rempah beriani (hana gune faiza)-bancuh dengan sedikit air jadikan pes
  • 2 sudu besar jus oren @ 1 sudu makan sunquick
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1 ketul kecil gula batu
  • daun pudina, daun ketumbar, daun pandan
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu kecil saffron - bleh ganti dengan pewarna kuning (bancuh ngan sket air panas)
  • kismis, gajus dan bawang goreng
  • garam

Cara-cara :
  • Blend bhn yg bertanda *.Panaskan minyak sapi dalam kuali@periuk. Masukkan rempah tumis dan bawang besar hiris. Masukkan skali bhn blend.Tumis hingga naik bau.
  • Masukkan pes rempah beriani dan kacau rata hingga pecah minyak.
  • Masukkan air, susu cair, kiub ayam, gula batu, jus oren, daun pandan, daun pudina dan daun ketumbar. Masak hingga mendidih.
  • Masukkan beras basmathi yg telah ditoskan airnya. Kacau rata.
  • Pindahkan ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
  • Bila nasi dah kering, keluarkan daun2 yg ada. buat lubang dua tiga, gaul perlahan yer agar nasik tak mudah patah. masukkan saffron @ pewarna dan masukkan skali kismis, gajus, bawang goreng dan lebihan daun ketumbar yg dihiris halus. Tanakkan hingga masak.
  • Jika suka bleh masukkan skali ayam @ daging beriani yg sudah siap dimasak. bleh juga jika anda ingin melapis2kannya.
  • Hidangkan dengan acar, dan lauk beriani pilihan masing2.


7 comments:

  1. Salam Mas

    Nak tanya sket, terserlah tak rasa orange juice tu?..kalo lebih2 nanti bebudak nih tak mo makan..

    mungkin akak kurangkan sket orange juice tu..terasa nak wat pulak sebab sedap sgt nampak nasi nih.. :)

    ReplyDelete
  2. Kak Yat
    rasanya tak terserlah rasa oren tu...sebab letak sikit jer kan....untuk menyedapkan jer tu...
    mas letak sunquits kak....ok jer...
    kalau letak jus oren tu tak pasti pulak...mungkin boleh kurang kan sikit sebab rasanya jus oren lebih kuat bau dan rasanya dari sunquits...

    ReplyDelete
  3. slmt b,puasa mas....hari ni kami dah raya,..wahh,tentu sedap nasi beriani ni...k,ida pon selalu gak pakai rempah faiza tu..
    Kalau dah abih stok, pakai ja la rempah yg pakcik bangla jual kat sini...sedapp tapi pedass

    ReplyDelete
  4. mas...

    aduhai..masih susah nak blogwalking la masss...ni pun tak sempat nak tengok resepi nasi tomato mas ni, terus malware page merah tu..huhuhuhu...stress betul...mass.... nak tengok resepi nyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.. eh mas bagi emel boleh?

    ReplyDelete
  5. selamat hari raya kak...
    akak lagi cepat...tahniah2...
    betul tu, rempah faiza sedap kan kak...mas memang buat stok rempah faiza kat rumah...ok la tu pedas, janji sedappp...kan kak

    ReplyDelete
  6. mas guna rempah beriani brand faiza ke?
    belum pernah cuba masak nasi briyani lagi..bolehlah pi cari rempah tu..ada jual kat memana je kan!

    ReplyDelete
  7. Zarin
    try la buat zarin, senang jer...rempah tu mas beli kat giant...kat tempat lain macam susah jer nak jumpa....zarin try la cari...mas dah senang beli kat giant..memang cari kat situ jer...beli banyak2 buat stok...he..he..

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...