Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Thursday, September 16, 2010

Kuih Lapis Pelangi



Mas buat petang semalam, boleh makan masa sahur sekali...rasanya dah ramai yang dah buat...Mas jer yang terlepas keretapi...he..he...memang sedap kuih ni...resepinya Mas ambik dari Kak Hana, maceh kak resepinya..Kak Hana ambik dari  k.ummi..dan resepi asal dari  kak.liza ,dah lama teringin, baru semalam Mas buat...

Kuih Lapis Pelangi
Copy : Kak Hana
           K.Ummi
           Kak.Liza

Bahan-bahan: (loyang bulat 7 inci)
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2 sudu makan tepung beras
  • 2 sudu makan tepung kastad 
  • 1 sudu teh garam
  • pewarna merah, hijau, kuning & ungu - ungu tadak!
Cara Menyediakan
  1. Gaulkan kesemua bahan di atas hingga sebati. Tapiskan. Kemudian bahagian adunan kepada 4 bahagian.
  2. Masukkan pewarna merah ke dalam setiap bahagian secara berasingan.
  3. Panaskan kukusan dan masukkan 1 senduk adunan merah ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
  4. Kemudian lapiskan satu senduk adunan hijau dan kukus semula selama 5 minit juga.
  5. Diikuti dengan lapisan warna biru dan seterusnya warna kuning.
  6. Buatlah secara berselang seli hingga habis.
  7. Kukuslah hingga kuih masak. (adunan akhir sekali Ummi biarkan kukus selama 15 minit)
(Pesanan Kak Liza: Setiap kuih lapis dan talam yang menggunakan santan, hendaklah dijerang santan anggaran suam sebelum dituangkan ke dalam adunan)



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...