Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Tuesday, October 9, 2012

Ayam Perap Masak Kicap - simple dan sangat sedap




Assalamualaikum.
Sape yang suka Ayam Masak Kicap....Mas rekemenkan mencuba resepi dari Kak Fida nie. Memang sangat sedapp...nak membuatnya pun sangat mudah, cuma ayam tu kena perap beberapa jam dulu sebelum dimasak @ nak sedap lagi, perap semalaman, lagi best...baru masak bahan2 perapan tu hingga masak. Mas dah banyak kali dah buat Ayam Perap Masak Kicap ni, baru kali ni teringat nak share....he3
Tima kasih pada Kak Fida yang tak lokek berkongsi resepi2nya yang mabeles di Myresepi. Kalau nak tengok cara2 membuat Ayam Perap Masak Kicap ni, boleh lihat diMyresepi.
Selamat mencuba...   (^__^)


Ayam Perap Masak Kicap

Bahan :
 1 famili 
1 ekor ayam (1kilo) - potong kecil
6 ulas bawang putih *- ditumbuk halus
1/2 ibu jari halia * - ditumbuk halus
1 sudu besar cili giling - lebihkan jika suka lebih pedas
1 sudu besar serbuk rempah kari *
1 sudu kecil serbuk kunyit *
1/2 cawan kicap manis *  - lebihkan jika suka, ikut selera
1 - 2 sudu besar air asam *
garam dan gula secukup rasa

Bahan B :
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 biji kentang  - potong baji dan goreng
2 biji tomato - belah 4
1 biji cili merah dan 1 biji cili hijau  - dipotong serong
1 biji lada benggala merah (jika suka) - potong kecil
sedikit daun sop,daun bawang - dihiris


Cara :
Bersihkan ayam dan toskan. Masukkan ke dalam sebuah mangkuk dan campurkan ayam dengan bahan2 yang bertanda * . Gaul rata2 hingga sebati.
Perapkan dan simpan dalam peti ais untuk beberapa jam atau semalaman.
Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali @ periuk dan masukkan perapan ayam dan gaul hingga rata.
Tutup kuali @ periuk dan masak lauk ayam hingga pekat atas api sederhana.
Buka penutup kuali @ periuk dan kacau lagi rata2 dan tambah sedikit air jika inginkan berkuah.
Tambah sedikit garam dan gula jika perlu secukup rasa. Akhir sekali masukkan Bahan B dan gaul sebati dan masak hingga lembut atas api kecil.
Siap untuk dihidangkan. Tabur sedikit bawang goreng,dan tambahan hirisan daun sop dan daun bawang jika suka.


26 comments:

  1. Mas...ko telah menyelamatkan akak dari pening nak masak apa ptg nih!!!Makacih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengerasnya ayam tu semangkuk yerk kak...kikikiki
      sempat lagi perap ayam tu kak....

      Delete
  2. Kak Mas... menu ape yang tak sedap.. tgk gambarpun dah terliur tau... tapi erma percaya sedap.. bila perap bhn2 akan meresap n sebati... wangi bahan rampai lagi.. nyum2 sedap neh.. mkn ngasi panas2 kak Mas.. nasi tambah satu he he he selera tul mknnyer he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. erma...selama akak mencuba resepi2 kak fida nie....
      Alhamdulillah....
      semuanya sedap2...
      puas hati menerai....
      betul tu erma...
      yang perap tu yg buat ayam ni lagi sedappp....
      makan ngan nasi putih jerk dah cukup....

      Delete
  3. Mas..menu simple mcm ni yg best, anak2 mesti suka ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak sofea...
      bukan sajerk anak2....mak ngan bapak pun tumpang dua tiga kaki...
      memang serius kak....sedapppp ayam nie..

      Delete
  4. Masak ayam kicap tak diperap pun anak-anak berebut makan... ni pulak ada resepi begini , lagilah sampai tulang2nya nak diratah he he he ehh boleh cuba ni!

    ReplyDelete
  5. kikikikikiki....
    betul tu...
    selamat mencuba yerk...
    memang berbaloi mencuba resepi kak fida nie...

    ReplyDelete
  6. esok kompom aku masak lauk neh tuk budak2. tq mas gali resepi kak fida..aku tengah duk skodeng resepi apam kak fida kat blog ko neh. xjumpa lagi haishh

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat jah jangan tak buat.....ko perap dulu ayam ni lama sikit...
      baru ada ummpphhh....he3
      dah jumpa kan resepi apam tu..
      buat lebih sikitttttt..he3

      Delete
  7. simple tapi sedappp.....
    cukup menyelerakan betul.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullll tu....
      hingga menjilat jari uuuu....he3

      Delete
  8. Salam kak mas!!! selamat petangggggggg!!! dah makan petang lum kak? ehehe... lauk ni mmg tak jemu nak makan n tambah nasikkk lagi dan lagi all time fav punyer lauk niii, suke betul ayam amsak kicap mcm nii, budak2 pun suke senang citer buat satu lauk jer kan kak ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa..betul tu ika...
      akak klu masak ayam nie...dah tak payah masak lauk lain dah......
      ain ngan daniel, berulang makan....he3

      Delete
  9. kak mas selamat petang....mintak 2 ketul wak lauk mlm karang..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. siti....
      udah pinissss la....
      gi sembelih ayam masak sendiri....kikikiki

      Delete
  10. alolah mas..lauk yang simple ni lah sampai menjilat siku tau!! dap3x....akak dtg pun nak skodeng lauk ayam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak nik...
      sampai kesiku ko...kkikkikiki
      dah abiss la kak....

      Delete
  11. Masssss...gambar ayam masak kicap pun dah menggoda ni.. Hishhhhh.....

    Ayam masak kicap versi apa pun mmg fav kat rumah ni.. Nak masak pun senang kan...

    ReplyDelete
  12. As'salam Mas

    2 hari lepas masak ayam kicap berempah, hingga menjilat jari anak2 kalau ayam masak kicam macam ni Mas hihi

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Mas,
    anak2 akak mmng suka kalau ayam masak kicap mcm ni, rasanya mcm pernah buat resepi ni...mmng sedap bila ayam tu diperap dulu..lebih mesra dan meresap rencahnya..kan...

    ReplyDelete
  14. Morning mas, akk mai nak C n P resipi ni, tgh hari ni nak masak, mesti anak2 suka ayam masak berkicap hitam2 mcm ni, tq mas berkongsi resipi

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum,
    kak mas! thx tuk rspi nim.. terliur tgok..
    compem mnjilat jari ni..
    thx again kak mas :)

    ReplyDelete
  16. sis..tenkiu ats resepi nih..somi n ank suke..adikk bdik pon suke..;)

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...