Recent Posts

Cari jerk apa2 kat sini

Loading...

Wednesday, July 18, 2012

Ungkep Ayam Style Jawa




Ungkep Ayam Style Jawa

Bahan :
600 gram ayam, potong saiz sederhana
2 batang serai - dititik
1 keping asam gelugor
2 helai daun salam @ 3 helai bay leaf - Mas dan Kak Yatie guna yg kering je
1 camca besar gula melaka
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan Kisar Halus :
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
3 biji buah keras
1 tangkai cili hijau
10 - 15 biji cili padi merah
1 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
3/4 inci kunyit hidup


Cara memasak :
Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga harum, masukkan serai dan daun salam @ bay leaf, kacau rata dan masukkan ayam.
Gaul rata dan biar ayam kecut sedikit.
Tuang air secukupnya (anggaran tenggelam ayam). 
Biar mendidih.
Masukkan asam gelugor dan juga gula merah serta garam.
Masak dengan api sederhana hingga kering.
Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. 
Masak sekejap, dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan..




7 comments:

  1. sedapnya....nampak sedap..tgk macam rendang pun ada...

    ReplyDelete
  2. Meleleh air liur tengok ayam tu dear! Haishhhh tak leh tahan la Mas :)
    Ngam with a plate of rice!

    ReplyDelete
  3. mas, ungkep memang sedap kan..aku pun suka..lmaa x buat..meleleh ayaq liuq tgk ungkep ko ni mas..aku suka gaul2 kuah yg x seberaapa tu ngan nasik panas2..sodapnye..nyumnyum

    ReplyDelete
  4. meleleh air liur tgk ayam ni mas..sodappppp tu

    ReplyDelete
  5. Ehhh samelaaa... tp baru masak semalam. ehehe sedap sedap

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...