Search This Blog

Monday, July 16, 2012

Apam Strawberi





Apam Strawberi
Resepi : Ain Rusli

 Sumber: Majalah Rasa
Rujukan : Gallery MamaMimi

Bahan :

140 gm tepung gandum
1 1/2 sudu teh baking powder - diayak sekali bersama tepung gandum
110 gm gula halus
75 ml susu segar atau susu cair
2 biji telur 

1 sudu kecil ovelette
1/2 sudu esen vanilla @ perisa strawberi

Filling @ perasa adalah mengikut citarasa masing 

Sedikit perwarna hijau - untuk daun
Sedikit pewarna merah - untuk strawberi
Sedikit pewarna putih - untuk biji strawberi
30 keping mangkuk kertas





Langkah-langkahnya :
Utk lihat cara2 membuat bentuk strawberi, sila lihat di dapur Gallery MamaMimi.
1. Pukul telur  dan gula halus sehingga kembang 

2. Kemudian masukkan tepung gandum dan serbuk penaik yang telah diayak bersama diselang selikan 
    dengan susu segar
3. Selepas itu, masukkan ovalette dan perisa vanilla. Putar sebati hingga nmpk kembang dan gebu

4. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
5. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
6. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
7. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
8. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
9. Kukus 10-15 minit sehingga masak.

Nota:  
Jangan gunakan api besar semasa mengukus untuk mengelakkan apam ni jadi merekah atau mekar. Gunakan api yang sederhana sahaja.
Digalakkan untuk balut tudung periuk anda dengan kain bersih untuk mengelakkan air wap kukusan menitis jatuh ke atas apam dan menyebabkan apam tidak cantik. 
Adunan ini akan menghasilkan 30 biji strawberi
Antara rahsia apam anda gebu adalah ovalette diletakkan akhir sekali selepas tepung diputar sebati 

Diharap dapat berkongsi dengan rakan-rakan yang lain, semoga ianya bermanfaat.



Tempahan dibuka untuk sekitar Shah Alam dan kaw2 sewaktu dengannya....boleh email Mas di Mashitah80@gmail.com atau pm jerk kat FB....




16 comments:

  1. rupa macam apam polkadot, 1st time tgk yang 'distrawberikan'... comel!

    ReplyDelete
  2. To kucingorengemok,

    sajerk jerk buat bentuk strawberi..
    resepinya sama jerk..
    ikut kita nak dot2 ke...bentuk angry birds ke..he3

    ReplyDelete
  3. Mas, akak pun penah buat bentuk strawberry ni, laku betul, tapi bila dot biasa macam tak laku pulak, hehe.

    ReplyDelete
  4. best jugak Mas distrawberry kan dot dot ni cari kelainan sbb dot2 ni dah femes walaupun adunannya sama tapi rasa nya mesti lain sbb si strawberry tu kan...

    ReplyDelete
  5. omeynyerr!!! tun wat dot dot pun x sempat lagi.. nk buat strawberry lagi laaa..

    ReplyDelete
  6. wah..comel2nya apam ni..suke2x...

    ReplyDelete
  7. salam Mas..

    Rajinnya lah adik sorang ni..

    comel-comel apam tu.. tentu anak2 suka kan mas

    ReplyDelete
  8. rajinnya Mas mengedot2 apam pulak...cantiklah wat rupa strawberry mcm ni..akak nak wat gaklah...

    ReplyDelete
  9. alolololoo kiutnyerr... sayang nak makan nih! klu akak buat jd apa la si stoberi tuh yer! jd durian kot.. kekekeke

    ReplyDelete
  10. cantik betul tompok2 strawberry tu... gebus hihihi

    ReplyDelete
  11. cantik strwberinyaa....suka tgk klu org lain bt apam cani nii..semua cantik..kita xtau bile nk cuba bt sndiri..xde kerajinan langsung hihii

    ReplyDelete
  12. aahh.. comelnya apam tu.. jeles pon ada.. huhu

    baby adam ni baik sgguh la..xkco pon mama dia mengapam..

    ReplyDelete
  13. Salam rindu mas..

    tak pernah buat patern strawberi lagi kalau dot2 dh biasa...
    rajin lah mas!!

    ReplyDelete
  14. wewiiitt...lawola stoberi ko..bak sekilo:)

    ReplyDelete
  15. salam mas,
    cantik2 la..rajin btl ..nk join makan nie boleh x?..:)

    ReplyDelete
  16. Salam perkenalan kak mas.siti mohon share resipi ni yer..tgk comel jek apam strawberi akak ni.

    ReplyDelete

Terima Kasih Sudi Komen dan Tinggalkan Jejak Anda.